Buktikan cinta itu

buktikanlah cinta

“saya sayang awak sepenuh hati saya. Saya cintakan awak sampai mati. Saya janji” si jejaka memulakan bicara.

“apa buktinya awak sayangkan saya?” si perempuan tersipu malu.

“tidak perlu pada bukti, cukuplah saya sahaja tahu bahawa awak seorang sahaja yang sedang bertakhta di hati saya” si jejaka meneruskan kata-kata manisnya.

“cukup awak sahaja tahu? Habis bagaimana saya mahu tahu yang awak cintakan saya? Cinta perlukan bukti, bukan sekadar kata-kata manis yang bermain di mulut”

“ok, kalau awak mahu buktinya, saya akan buktikan betapa cintanya saya pada awak. Sebentar” si jejaka mengeluarkan sekuntum bunga dari beg galasnya dan diberikan kepada si perempuan. Si jejaka tersenyum kerana yakin kekasihnya itu akan menerima cintanya.

“ni je buktinya?” tersentak si jejaka kerana tidak menyangka jawapan itu akan keluar dari mulut si perempuan.

“jadi, bukti apa lagi yang awak mahukan untuk membuktikan saya cinta awak sepenuh hati?”

“kalau benar awak cintakan saya. Saya minta awak buat satu perkara. Mudah sangat. Tapi itu pun kalau awak betul-betul mahu buktikan yang awak cintakan saya” tersenyum sinis si perempuan. Tertelan air liur si jejaka kerana cintanya kini dicabar.

“ok, saya bersedia. Benda apa yang awak nak suruh saya buat?”

“saya mahu awak meminang saya minggu depan. Jumpa mak dan ayah saya. Sanggup?”

***

Menyebut tentang cinta, pasti ramai akan membuat pelbagai jenis tafsiran. Ada yang mengatakan cinta ini umpama udara. Tiada udara, maka tiadalah kehidupan. Begitu juga ada yang menspesifikasikan cinta sebagai garam dalam masakan. Jangan terlalu lebih dan jangan pula terlalu kurang. Jika tidak masakan akan menjadi tidak sedap atau sempurna. Malah tidak kurang juga yang menyatakan cinta itu buta dan boleh membutakan. Apa pun pandangan dan tafsiran, mungkin ada benarnya dan mungkin tidak. Semuanya terletak pada cara pemikiran masing-masing yang pastinya berbeza.

Namun di sini aku tidak mahu mempersoalkan apakah itu cinta? Dan aku juga tidak mahu bertanya adakah cinta itu mesti dimiliki? Kerana semua orang tahu cinta itu fitrah. Dan setiap manusia yang normal pasti pernah merasai cinta. Cinta pada apa sahaja. Dan jangan sempitkan fikiran anda bahawa cinta hanya pada manusia. Tetapi luaskanlah skop cinta anda bahawa cinta itu boleh pada sesiapa sahaja selain manusia. Malah cinta itu boleh pada haiwan, tumbuhan, batu-batuan, bukit, angkasa, udara, air dan pelbagai lagi.

Apa yang ingin aku persoalkan ialah, adakah cinta yang diagung-agungkan itu sudah dibuktikan? Ya, jika anda menyatakan anda cinta pada sesuatu, pasti anda akan melakukan apa sahaja kepada objek yang anda cintai itu meskipun terpaksa menempuh pelbagai rintangan hidup. Jika anda cintakan manusia, sudah pasti anda akan membuktikan kepadanya bahawa anda sangat mencintainya. Segala permintaannya anda akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan. Anda akan sanggup berkorban masa dan harta hatta nyawa semata-mata untuk dirinya.

Tetapi bagaimana pula cinta kita pada Allah? Jika betul kita katakan kita cinta pada Allah, jadi mana buktinya? Adakah cukup menyatakan ‘aku cinta pada Allah’ tetapi tidak dibuktikan dengan tindakan? Sudah pasti tidak. Kerana andai kita menyintai sesuatu, kita sepatutnya sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi permintaannya. Tetapi kenapa jika Allah menyuruh kita melakukan sesuatu, kita tidak bersungguh-sungguh? Jom tanyakan pada diri, apakah sebabnya?

Pertama sekali kita bolehlah katakan cinta kita pada Allah sebenarnya semakin pudar. Memang cinta itu masih ada, tetapi semakin berkurang dan mula pupus. Andai kita masih mampu melakukan segala perintah-Nya yang wajib seperti solat dan zakat, tetapi tidak dengan bersungguh-sungguh, maka cinta kita pada Allah ketika itu bolehlah kita katakan kabur dan kusam. Jika kita sanggup bangun malam semata-mata untuk bersolat dan berdoa meminta ampun, ketika itu cinta kita pada-Nya sedang mekar dan harum.

Cinta pada manusia juga ada pasang dan surutnya. Seperti mana seorang suami yang sudah lama mengahwini isterinya, merasakan cinta antara mereka semakin hari semakin berkurang dek kerana terzahir sesama mereka keaiban masing-masing. Berbeza dengan sewaktu awal perkahwinan. Dialah nyawa, dialah segala-galanya. Dialah intan, dialah permata. Si suami sanggup berjaga malam semata-mata untuk menjaga isterinya dari digigit nyamuk. Si isteri sanggup mengeluarkan semua duit dari simpanannya semata-mata untuk membantu perniagaan suami. Tetapi bukan selalunya begitu, kerana ada kalanya cinta mereka akan kembali bertambah andai suami bijak mentarbiyah si isteri agar merasakan perkahwinan mereka bukan semata-mata kerana nafsu dan perasaan, tetapi tujuan utama untuk meneruskan kerja dakwah di dalam masyarakat dengan menambah zuriat yang soleh dan solehah. Semua itu membuktikan cinta ada pasang dan surutnya.

Begitu juga cinta pada Allah. Dan inilah sebenar-benar cinta agung yang tiada tandingannya. Betapa Allah telah membuktikan yang Dia sangat menyanyangi hamba-Nya dengan memberi begitu banyak peluang bertaubat meskipun kesalahan yang sama diulang. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah juga telah membuktikan cinta-Nya apabila telah mengurniakan segala macam nikmat dan rezeki yang tidak terhitung jumlahnya. Meskipun hamba-Nya melanggar perintah-Nya, tetapi Allah tidak pernah jemu memberi. Allah juga telah membuktikan cinta-Nya dengan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Meskipun manusia sendiri sering lupa pada-Nya. Semua itu dan banyak lagi bukti bahawa Allah sangat cintakan hamba-Nya.

Persoalan berlegar sekali lagi, adakah cinta kita pada Allah sudah benar-benar terbukti? Atau hanya omongan kosong yang bermain di hujung bibir semata-mata? Jika benar kita cintakan Allah, apa buktinya? Dan adakah kita meletakkan cinta Allah itu melebihi segala cinta kita pada makhluk-Nya? Tanyakan pada diri.

Jika benar kita cintakan Allah, maka buktikanlah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan hati yang terbuka. Jauh dari rasa terpaksa. Jauh dari rasa menunjuk. Apabila dipanggil, maka segera pergi. Apabila disuruh, maka segera laksanakan. Itulah sebenar-benar bukti cinta kita pada-Nya.

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah Kepada-Ku” (Adz Dzariyat : 56).

wallahua’lam.

Comments
38 Responses to “Buktikan cinta itu”
  1. ila says:

    -haiya muhasabah-

  2. kpah k-poh says:

    Assalamualaikum..izzy, ..kpah tak de apa nak komen…dtg hanya utk membaca dan mengambil iktibar…

  3. aNan says:

    dimana ada CINTA..disitu ada izzy ;p

  4. Zamri says:

    Pergh,izzy mmg power!

  5. mJ says:

    masih merangkak dalam meraih cinta…. Dihati dan dibibir sentiasa ada kata-kata dan niat, hanya buktinya belum cukup untuk dibuktikan =.=

  6. Ustaz izzy mahu jadi pakar chenta juga…moga Alloh give you inayah Amin2:)

  7. hadijah says:

    Subhanallah..syukran izzy..sesungguhnya, jalan menuju Allah itu memang penuh dengan godaan, ujian dan kesukaran..di sinilah iman kita diuji..jihad itu pahit, kerana syurga itu manis..

  8. sitibaizura says:

    buat saya terpikir sejenak lepas bace nie .. terima kasih ustaz .. tpi sy masih berpikir hahaha !

  9. faqih says:

    cinta dtg tanpa dipinta

  10. faqih says:

    btul.. tp hanya org yg melaluinya yg akan btl2 mngerti apa rasanya yg sbnr..

  11. faqih says:

    sdg mengalaminya.. mungkin🙂

  12. faqih says:

    x ptt sbnrnya:) tseksa ada la..

  13. faqih says:

    maybe yes..maybe not.. Doa ttp doa

  14. faqih says:

    sesuatu yg agak mustahil tp insyaAllah

      • mawar says:

        Tapi..kadang kala sukar untuk menerima cinta seseorang saat kita belum bersedia..kerana hati masih takut, kerana mengizinkan hati menyayangi seseorang yang bukan halal bagi kita..yang tidak selayaknya untuk kita kasihi..tapi sukar juga memberi harapan kepada seseorang, takut diri sendiri yang terjerat

      • izzysabki says:

        benar…manusia tidak dpt lari dr prasaan bimbang,takut n sbgainya..tp itu sume prasaan pd makhluk…andai cinta pd Allah dan Rasul…xperlu bimbang…sbb cinta kite pasti berbalas:)

  15. mawar says:

    benar..terima kasih kerana ingatkan..harap2, hati ini masih terjaga dari terjatuh kasih pada yang tidak selayaknya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: