Dia selalu berpesan

“bangun la izzy. Solat subuh. Pukul berapa dah ni? Kat luar dah terang benderang. Cepat-cepat” mak mengejutku.

“hmmmmm..” aku malas menjawab.

“apa hmm? Dah lewat dah ni. Ya Allah..solat la subuh sekejap. Bukan lama. Dua rakaat je pun. Tak sampai 5 minit” mak masih belum berputus asa. Tangan lembutnya tidak berhenti menggoyangkan seluruh badanku.

“okla..bangun la ni..” aku masih malas untuk bangun. Hanya duduk. Sambil mata terkebil-kebil melihat suasana bilik yang terang benderang. terlihat mak yang bertelekung duduk di birai katil sambil membebel. Wajah mak tenang walaupun banyak garis tua terukir di dahinya.

“mak cakap bangun. Maknanya diri. bukan duduk. Nanti mak keluar mesti kamu tidur balik. Mak tau sangat perangai kamu” bebelan mak masih belum berhenti selagi kakiku belum menjejakkan kaki di lantai bilik.

“yela-yela. Ni betul-betul bangun la ni. Tapi kenapa mengantuk sangat ni? huh..” aku gagahkan berdiri sambil membetulkan kain sarung yang membaluti separuh badan. “mak, ada tips tak nak bagi hilang rasa mengantuk ni?” tanyaku sambil menguap kuat.

“memang la kamu mengantuk sekarang ni. Tapi cuba kamu ambil wuduk. Mesti terus hilang rasa mengantuk. Biasalah syaitan, macam-macam cara dia buat tak nak bagi orang islam solat subuh” pesan mak ringkas tapi sudah cukup menusuk kalbuku.

***

Selesai aku menunaikan solat subuh, aku keluar dari bilik. Memang betul cakap mak, lepas ambil wuduk, terus hilang rasa mengantuk. Aku ke ruang tamu ingin menonton tv. Pagi-pagi macam ni biasanya rancangan berunsurkan motivasi dan sembang-sembang secara langsung memenuhi ruang udara.

Sampai sahaja di ruang tamu, aku sedikit tersentak. Mak sedang duduk bersandar di sofa. Nampak keletihan. Matanya dipejam rapat dan dahinya berkerut. Mulutnya berkumat-kamit menyebut sesuatu dan tangan kanannya sedang mengira butir-butir tasbih. Fikirku mungkin mak sedang berzikir. aku membiarkan mak dalam dunianya. Malas mengganggu.
Aku membuka tingkap dan menyisir langsir di ruang tamu. Sebahagian yang lain sudah siap terbuka. Mungkin mak lebih awal lagi membukanya. Cuma separuh jalan mungkin kerana keletihan. Aku menyempurnakannya. Aku memasang tv dan mengurangkan bunyinya. Bimbang mengganggu mak. Mak segera mencelikkan mata dan memerhatiku. Pandangannya penuh makna. Aku membalas dengan senyuman.

“mak letih ke mak? Nak air?” aku menawarkan perkhidmatan kepada mak.

“tak apa. Nanti mak nak masuk bilik, mak minum la” mak menolak lembut tawaranku. “izzy, mana aman dan amin? Diorang dah bangun solat?” mak menanyakan tentang adik-adikku.

“tak tahu la mak, mungkin belum kot. mak tak kejutkan diorang ke tadi?” aku pula bertanya pada mak.

“mak tak larat la nak jalan zi, kamu tolong kejut diorang boleh tak?” jelas riak keletihan menghiasi wajah mak.

“owh, ingatkan mak dah tolong kejutkan. Tapi diorang kan budak lagi mak. Biarlah diorang” aku memberi alasan. Sebetulnya aku sedang malas. Lebih-lebih lagi perangai adik-adikku ini yang mempunyai sifat malas dua kali ganda dari aku.

“bukan soal budak atau dewasa, tapi tanggungjawab kita kena ajar diorang solat masa kecik lagi. lama-lama nanti diorang biasalah bangun solat sendiri” mak menambah pesanan. Sekali lagi pesanannya ringkas dan menusuk kalbuku. Rasa macam kena tampar pun ada. Aku yang dah berumur belasan tahun tapi masih susah bangun sendiri. Mesti orang lain yang kejutkan. Perasaan malu mula timbul. Aku tanpa membuang masa segera ke bilik adik-adikku mengejutkan mereka.

***

Setelah selesai tugasku, aku kembali duduk bersila di depan tv. Mak masih di tempatnya. Di sofa. Tidak berganjak walau sejengkal. Apabila mak perasan aku di situ, dia terus membuka mulut.

“izzy, tolong tarik tangan mak ni. Tak larat nak bangun la pula” mak menghulurkan ke dua belah tangannya minta dibantu. Aku segera menarik tangan mak sehingga mak mampu bangun sendiri. Kemudian mak berjalan merapati dinding untuk menyokong badannya yang lemah. Aku Cuma memerhati.

“mak perlukan bantuan lagi?”

“tak apa lah, mak boleh jalan sendiri” perlahan mak menutur kata sambil jalan terhenjut-henjut. Aku memerhati pilu. Mahu ditolong tapi ditolak. Sekadar pandanganku yang mengiringi mak berjalan menuju ke biliknya. Sebelum mak hilang dari pandanganku, mak menoleh.

“izzy, ingat pesan mak. Tak kira kamu letih macam mana pun, kat mana sekalipun, jangan tinggal solat. Jaga adik-adik tu. suruh diorang solat. Nanti mak dah tak ada, siapa lagi nak kejut korang solat. Yang tua macam kamu la kena kejut adik” pesanan mak kali ini betul-betul membuat hatiku terjentik.

“insyaallah mak” aku menjawab sayu. Sambil mataku mengikuti tubuh mak berlalu pergi dan menghilang di sebalik dinding.

***

Aku berfikir sendiri. Memang betul semua pesan mak. Walaupun mak tak membawakan dalil nas dalam setiap pesanannya, tapi yang pasti tak ada satu pun yang salah. Tapi hati kerasku yang selalu menolak. Mak yang sedang sakit, tua dan lemah juga masih mampu bangun untuk solat. Malah mengejutku untuk sama-sama solat. Bukan itu sahaja, malah mak sanggup tunggu sehingga semua adik-adikku bangun untuk solat. Sedangkan mak boleh je terus kembali ke biliknya untuk sambung tidur. Tetapi mak tak buat semua tu. Mak lebih sayangkan kami. Mak nak tengok kami semua tak robohkan tiang agama dalam diri. Walaupun hakikatnya umurku sudah mencapai tahap baligh dan semua dosa pahala adalah tanggungjawab aku sendiri. Bukan lagi pada mak.

Pesanannya sentiasa dalam ingatan. Pesanannya sentiasa membuatku kembali semangat. Pesanannya juga sentiasa membuatku bangun dari lena. Aku rindu mak. Walaupun mak sudah tiada, tapi pesanannya sentiasa ada.

dirimu sentiasa dalam doaku..

Al-fatihah buat mak tercinta.

Comments
20 Responses to “Dia selalu berpesan”
  1. ila says:

    T_T
    moga arwah sentiasa dicucuri rahmat.ameen

  2. ieha says:

    izzy..sedih la..TT____TT

  3. dhiera says:

    al-fatihah buat mak kamu izzy~ semoga Allah tempat kan beliau dalam kalangan orang beriman~

  4. Siti Hanisah says:

    Salamun’alaikum… Tersentuh. Seorang ibu itu selalu disisi, sentiasa disisi. Walau beribu kali disakiti, dikasari, sayangnya tak berbelah bahagi malah berkali-kali kasih sayangnya itu.🙂
    Semoga Arwah dan semua ibu didunia mendapatkan posisi yang terbaik iaitu solehah-solehah dan bidadari di syurga.🙂

  5. shida says:

    sedih baca izzy..moga tabah mjalani khpdan walau tnpa mak..ingt setiap nafas izzy mak sntiasa brda dekat dgn izzy cuba pejam mata..ingt kngan bsama mak..mst terasa mak berada dismping izzy..insyallh..alfatihah buat arwah mak izzy =)

    adoii..mate kecik benor..slh entri lawk pn ade ^_^

  6. caliph says:

    al-fatihah utk arwah mak izzy…

  7. shakshaf says:

    sedih aku baca post hg ni.. moga hari2 hg kuat noh..

  8. dhia says:

    Salam Izzy..lm dhia x jenguk sini..takziah atas kepulangan arwah ke Rahmatullah..Semoga beliau sentiasa dlm lindungan Allah dan ditempatkan dalam kalangan hamba2-Nya yg beriman..Amin

  9. hadijah says:

    “Tangan ibu sentiasa di atas, kerana hanya ibu yang memberi tanpa minta dibalas.
    kenanglah jasa dan segala pengorbanannya’-ustaz pahrol..Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..al-fatihah..

  10. efa says:

    alfatihah..ibu awak pasti amat berbangga dgn awak skrg ni…insyaAllah..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: