Demi cinta ilahi (bab 3)

surat-surat cinta~

Asrama puteri – sekolah menengah islam klang

Hani teresak keseorangan di sudut bilik. Dia tidak lagi menghiraukan pandangan rakan sebilik terhadapnya. Semua yang menegurnya tidak diendahkan. Basah kainnya menanggung lelehan air matanya. Begitu juga luka hatinya menanggung hirisan duri dan sembilu. Semuanya gara-gara sepucuk surat dari kekasihnya izzat yang diterimanya petang tadi melalui kawan baiknya sendiri.

“eh hani, kenapa kau ni?” fara menegur secara tiba-tiba. Hani yang perasan kehadiran fara tidak menjawab soalannya terlebih dahulu, tetapi memeluk erat tubuhnya. Esakan hani semakin deras. Lagak fara menggosok-gosok belakang hani seperti gaya seorang ibu memujuk anaknya sendiri.

“kau kenapa ni hani? Tak pasal-pasal menangis. Malu orang tengok la. Dah-dah la tu. Cerita kat aku masalah apa ni?” hani cuba memberhentikan esak tangisnya. Dia memandang tepat wajah fara.

“fara….dia….dia…nak….” perlahan-lahan hani menutur kata. Fara tekun menunggu setiap butir perkataan yang keluar dari mulut hani.

“dia…izzat..nak putus…” esakan hani bertambah kuat setelah nama izzat meniti bibirnya. Fara yang mendengar kenyataan itu serta merta terkejut. Dia segera menarik tangan hani menuju ke bilik air di belakang asrama. Bimbang ada orang yang mendengar perbualan mereka. Malah sebentar tadi, fara perasan ada dua tiga orang memerhati mereka berdua. Bimbang mereka ialah kaki repot yang diupah makcik dalila. Dan itulah yang paling dikhuatiri oleh fara. Bimbang segala rancangannya untuk menyatukan hani dan izzat terhalang. Dan baginya, jika izzat meminta untuk putus, itu hal kecil. Kerana dia tahu macam mana mahu memujuk izzat. Dia kenal siapa izzat.

***

Masjid manjak – suq jazmatiah, medan, Damsyik.

“dah-dah la tu izzat” zarul menegurnya dari belakang. Izzat tersentak.

“apa yang dahnye?” izzat hairan dengan soalan zarul yang tergantung.

“macam la ana tak perasan. Termenung ke mimbar tu kenapa? Orang nikah kat belah sana. Dipandangnya tempat lain kenapa?”

“la, pandang mimbar pun tak boleh ke? Lagipun yang kahwin orang lain, bukan ana. Tak kan nak tengok pengantin lama-lama kot”

“salah tu tak adalah, Cuma renungan anta tu tajam. Sikit lagi kot nak tembus dinding ana tengok” izzat hanya mendengus perlahan. Malas melayan zarul lama-lama. Buat penambah sakit hatinya sahaja. Zarul perasan perubahan pada riak wajah izzat. Dia tahu izzat sedang mengenangkan kisah lama. Kisah yang dipendamnya dari dulu. Kisah yang tidak tahu ke mana hujungnya.

***

Izzat memerhati dua pasangan sejoli di ijab kabulkan di depan matanya. Pemerhatiannya tawar. Dia tidak dapat merasai kegembiraan yang sedang dirasai oleh pasangan itu. Sedangkan orang lain tersenyum gembira menyambut pasangan yang juga merangkap kawan mereka sendiri. Fikiran izzat melayang. Fikirannya kini memaut kembali pada kisah dahulu. Kisah sehelai kertas yang menjadi pemula konflik kehidupannya.

***

Sekolah menengah islam klang

‘kriiiiiiiiiiiiiing’. Loceng berbunyi tanda waktu rehat bermula. Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas masing-masing menuju ke kantin. Kantin menjual kuih muih dan makanan itu tidak sebesar mana. Hanya mampu menampung seramai 50 orang pelajar dalam satu masa. Pelajar terpaksa berkejaran untuk mendapatkan makanan kegemaran masing-masing. Jika terlambat, bimbang makanan habis. Tetapi situasi itu sedikitpun tidak mengganggu izzat yang sedang duduk seorang diri di kelas.

izzat membuka begnya dan mencari sesuatu. Dia mengeluarkan sebuah buku teks. Dibelek-beleknya sehelai demi sehelai. Dia terhenti di satu muka surat. Dia mengambil sepucuk surat yang tersisip kemas di celah buku.

Setelah memastikan tiada seorang pun di kelasnya ketika itu, Izzat membuka perlahan-lahan surat itu bimbang terkoyak. Surat itu dibeleknya cermat. Setiap patah perkataan di baca dan dihadamkan. Ayat di dalam surat itu berbentuk puisi. Puisi yang dianggapnya indah dan bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang menerimanya. Dan itu adalah kali pertama dia membaca ayat puisi seindah itu. Malah lebih teruja kerana puisi itu ditulis dan digarap khas untuk dirinya sahaja. Bukan kepada orang lain.

Izzat kebingungan. Dia tahu hani sedang memujuk hatinya. Malah dia tahu hani menulis surat itu ketika hatinya sedang terluka. Masakan tidak, minggu lepas izzat mengutus kepadanya surat untuk meminta hubungan ini diputuskan. Semua kerana dia tersedar dari kesilapan. Dia tahu bercinta ketika waktu muda yang tiada arah tujuan ini hanya merosakkan dirinya dan kredibilitinya. Dia juga tahu gara-gara cinta ini, dirinya tidak lagi disayangi oleh ustaz imran. Malah makcik dalila juga berperasangka buruk padanya. Izzat bimbang kerana cintanya pada hani, akan menjejaskan seluruh hidupnya. Dia sedar bukan mudah memutuskan hubungan ini, tetapi dia terpaksa. Tiada cara lain selain cara ini. Dan kerana itulah izzat tetap dengan keputusannya.

***

Izzat membelek kembali helaian surat dari hani. Surat itu diberi kepadanya melalui seorang kawan hani petang semalam. Ketika menerima surat itu, izzat sudah dapat meramal apa isi kandungannya. Dan ramalannya betul apabila surat itu memang surat untuk memujuknya. Izzat tersekima. Dia kini berdiri di antara dua. Meninggalkan hani dalam keadaan terluka, atau memilih untuk menyatukan kembali hubungan ini. Izzat ligat berfikir. Matanya berkaca-kaca tetapi segera dikesat. Surat itu dilipat kembali dan diselit semula ke dalam buku teks.

Bersambung…..

Comments
11 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 3)”
  1. dhiera says:

    sambungan sambungan…he.

  2. krole says:

    lepas tu!!! lepas tu!!! argh!!! bestnye!!!

  3. Kesiannye si izzat ni..akhawat syria ramai lg tuh, awat duk fikir kat Hani ja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: