Edisi khas ramadhan 1432H: adat atau ibadah?

ramadhan~

“mat, kenapa kita berpuasa ye?” dol cuba meleraikan kemusykilan yang terbuku sekian lama di dalam hatinya.

“sebab bulan ni kan bulan ramadhan. Jadi wajib la kita puasa” mat menjawab selamba tanpa menjeling sedikitpun pada muka dol.

“tapi aku tak tau la kenapa kita kena puasa. Sebab apa puasa wajib? Kalau tak puasa, apa jadi?”

“wajib la sebab kita orang islam. Kan puasa ada dalam rukun islam. Kau ni macam tak pernah dengar pulak cikgu rosmah pernah cerita dalam kelas bab puasa”

“tapi kan…kenapa puasa mesti ada dalam rukun islam?”

“ishk kau ni, banyak tanya la pulak. Kau tanya la mak kau. Aku pun tak reti la nak cakap macam mana”

“aku dah tanya mak aku, mak aku cakap puasa je la. Jangan banyak tanya” dol membuat muka sememeh kerana kemusykilannya masih belum terungkai.

“ha, kalau mak kau cakap macam tu, betul la. Kau puasa je la. Aku pun puasa sebab mak aku suruh puasa, kalau dia tau aku tak puasa, mati aku kena rotan”

***

Puasa di bulan ramadhan adalah wajib bagi sesiapa yang mencukupi syarat. Iaitu islam, baligh, berakal dan berkemampuan. Kerana puasa di bulan ramadhan adalah salah satu rukun islam dan telah disyariatkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat-umat sebelum baginda. Tersebut di dalam hadis Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya..”

Seterusnya seperti yang terukir di dalam kitab suci al-quran dari surah albaqarah ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Tentang hukum wajib berpuasa memang tidak dapat disangkal dan dipersoalkan. Kerana hukum ini ialah hukum qat’ie. Tiada perbahasan tentang kewajipannya. Kerana hukum ini turun dan tercatat dalam al-quran dan hadis yang juga merupakan dua sumber utama bagi umat islam. Bukannya datang dari perbahasan ulama’ yang kemungkinan hukumnya boleh disangkal. Namun yang pasti, ada beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu jatuh ke atasnya keringanan dari berpuasa. Meskipun diringankan keatas seseorang, yang pastinya dia perlu menggantikan puasanya itu pada hari lain selepas ramadhan.

Seperti tersebut pada ayat seterusnya dari surah yang sama: “(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Di sini aku tidak akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang ganti puasa. Cukuplah sekadar mengetahui secara umum tentang hukum ini. Kerana perbincangan tentang perkara ini memerlukan masa yang lama dan perbincangan yang panjang lebar. Apa yang penting, kewajipan puasa itu bukannya datang dari ikut-ikutan atau adat, tetapi ia sebuah ibadah yang disyariatkan ke atas umat islam sejak dari dulu.

Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui sesuatu perkara sebelum melakukannya tanpa usul periksa. Kerana mengikut tanpa pengetahuan adalah umpama seorang budak kecil yang mengikut segala arahan ibubapanya. Kerana setelah kita TAHU, akan timbul dalam diri kita perasaan MAHU. Tahu hukum berpuasa, menjadikan seseorang mahu berpuasa. Dengan formula ini maka jadilah seorang insan yang berpuasa atas dasar pengetahuannya dan keyakinannya terhadap hukum itu. Bukan hanya ikutan.

Anda ingin tahu apa pula fadhilat atau kelebihan bagi orang yang berpuasa? Dan kelebihan bulan ramadhan? Tunggu edisi khas ramadhan seterusnya…selamat berpuasa:)

Comments
8 Responses to “Edisi khas ramadhan 1432H: adat atau ibadah?”
  1. ila says:

    salam~
    suka formula tu..tahu+mahu

    p/s: pinjam jap wallpaper ustaz.TQ^^

  2. dhiera says:

    thanx izzy~
    dulu, masa kecik2 pun selalu tanya dekat ustazah. “kenapa kena puasa? boleh ye puasa setengah hari? kalau main lari-lari nanti penat, letak ais dekat kepala boleh tak?”

    ok, lawak bila ingat balik~

  3. iefwat says:

    nak buat cemana, jgn kata budak kecik.. orang dah tua pun tak reti nak puasa.. hahaha

  4. hadijah says:

    Betul2..setuju sgt..kita lebih menumpukan kpd adat,ikutan .atau warisan..masalahnya, bila pengetahuan atau penjelasan tdk disampaikan dgn cara yg betul, formula tahu dan seterusnya mahu sukar dicapai..tanggungjawab menjelaskan alasan dan sebab atas sesuatu kepada anak2 harus diambil berat..di sinilah ilmu keibu bapaan amat penting.yg selalu terjadi, bila anak tanya khususnya yg melibatkan agama, ibu atau ayah tdk mampu memberikan jawapan dan akhirnya membiarkan si anak membisu atau dlm kekeliruan..menarik2..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: