Muhasabah dosa

muhasabah dosa~

Setiap anak adam melakukan dosa dan kesalahan. Samada kecil mahupun besar. Samada banyak ataupun sedikit. Samada sengaja atau tidak. Apa yang pasti, manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kecuali para nabi dan rasul. Kerana mereka maksum dan terlindung dari melakukan dosa.

Seperti maksud sebuah hadis: “setiap anak adam pasti melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat”

Sudah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesalahan dan dosa. Tetapi sejauh mana manusia mahu kembali bertaubat itulah yang menjadi persoalan. Syaitan tidak akan pernah berputus asa dari menghasut manusia. Kerana tugas mereka ialah menggoda manusia supaya melakukan maksiat dan terjun bersama-sama mereka ke dalam azab api neraka kelak. Malah mereka sendiri berazam dan bertekad mahu menyesatkan seluruh umat manusia sehingga tibanya hari kiamat.

Namun hanya manusia yang sedar dan beriman sahaja akan kembali menginsafi diri setelah melakukan kesalahan dan dosa. Kerana mereka sedar bahawa syaitan ialah musuh utama dan nyata bagi mereka. Berdasarkan maksud sepotong ayat suci al-quran: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Surah Al-Baqarah: 208).

***

Manusia beriman mempunyai ciri-ciri yang jelas apabila melakukan dosa. Iaitu mereka yang beriman apabila melakukan dosa, akan segera bertaubat dan segera menginsafi diri. Waktu malam dijadikan waktu terbaik untuk mengingati kembali kesalahan yang dilakukan. Solat taubat dan doa meminta keampunan Allah menjadi rutin. Air mata yang dikurniakan kepadanya dicurahkan sebanyak mungkin semata-mata bagi meraih redha dan keampunan dari-NYA.

Pada siang hari pula, rezeki yang sedikit digunakan untuk bersedekah. Masa yang lapang digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Inilah ciri-ciri yang tidak terdapat pada manusia biasa. Tidak terdapat pada kebanyakan manusia. Hanya manusia terpilih sahaja mampu melakukan semua ini. Kerana pada pandangan mereka, dosa kecil itu besar. Dan dosa besar itu sangat besar.

Setiap manusia pasti pernah melakukan dosa dan pahala. namun, diantara dosa dan pahala, manusia sukar membuat perbandingan dan perhitungan. Mana satu yang dilakukan sedikit dan mana satu yang banyak. Kerana itulah adalah lebih baik untuk kita mendahulukan untuk bermuhasabah dosa terlebih dahulu berbanding pahala. Kerana hanya dengan muhasabah dosa, hati kita akan insaf sehingga merasakan bahawa timbangan dosa kita adalah lebih berat dari timbangan pahala yang dilakukan. Kemudian timbul pula perasaan bahawa sebenarnya kita tiada masa yang cukup untuk mengurangkan atau meringankan timbangan dosa selama ini.

***

Muhasabah dosa boleh juga kita umpamakan seperti seorang peniaga yang mahu mengira untung rugi syarikatnya. Seorang peniaga sangat digalakkan untuk menghitung jumlah kerugian yang dialami, kerana hanya dengan melihat semula kerugiannya, pasti akan datang perasaan dalam dirinya untuk meningkatkan lagi perniagaannya pada masa akan datang. Malah segala kesalahan dalam teknik perniagaannya sebelum ini akan segera dibaiki dan dibetulkan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Dan apabila seorang peniaga yang hanya melihat keuntungannya sahaja, bimbang dia akan tenggelam dalam keadaan selesa dan lupa untuk meningkatkan perniagaannya. Begitu jugalah kita yang sedang berniaga dengan Allah. Pasti tidak akan terlepas dari situasi tersebut. Pahala itulah keuntungan kita. Dosa pula kerugian kita. Bezanya Cuma, kerugian perniagaan syarikat hanya di dunia, tetapi kerugian berniaga dengan Allah, kesannya di akhirat.

Muhasabahlah dengan segala dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hidup. Semoga dengan itu, kita dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam diri supaya amalan pahala kita akan ditambah dan dosa dapat dikurangkan pada masa akan datang.

Insyaallah.

Comments
4 Responses to “Muhasabah dosa”
  1. hadijah says:

    Assalammualaikum izzy..alhamdulillah, ada kesempatan utk akak bertandang di blog izzy..tahniah,nampaknya pemulisan izzy memang agak berbeza dgn dulu..wah, mesti berkat banyak menulis..:), akak yakin, usaha dakwah izzy tidak akan sia2..menarik, akak suka ayat..”dosa kecil itu besar dan dosa besar itu sangat besar”..dan point penting..”lebih baik untuk kita mendahulukan untuk bermuhasabah dosa terlebih dahulu berbanding pahala”..
    emm, Ya allah…berasa kerdinya diri..syukran, dengan tulisan ni, sekurang-kurangnya akak dpt berfikir dan muhasabah diri..

  2. ucu keyna says:

    salam..
    akhi,ucu nk muhasabah cinte leh?
    hehehe c[=
    gurau jek ^_^
    entry yg best🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: