Demi cinta ilahi (bab 4)

cinta~

Asrama putera, sekolah menengah islam klang

Setelah memastikan hanya mereka berdua di biliknya, Izzat mencampakkan sekeping surat di depan kawan baiknya azim. Izzat terus duduk di birai katil tanpa bercakap satu patah perkataan pun pada azim. Dia meletakkan begnya di tepi almari pakaiannya. Mukanya masam. Fikirannya runsing. Azim sedar perubahan pada muka izzat sejak dari sesi persekolahan lagi. Dia malas bertanya. Dia cukup kenal dengan sikap kawannya itu yang tidak suka diganggu atau ditanya apabila sedang runsing. Azim segera mengambil surat di depannya itu dan segera membukanya. Setelah 2 minit membelek surat itu, baru azim bersuara.

“haaa….dah agak dah. Sebelum kau suruh aku baca surat ni lagi aku dah agak”

“apa yang kau dah agak?” suara izzat hanya mendatar. Tanda runsingnya masih belum reda.

“aku dah agak dia akan pujuk kau. Kalau aku la, aku buat tak tau je. Aku tau sangat kerja siapa ni. Ayat bunga-bunga macamni tak lain tak bukan ayat si fara tu la” azim menuduh tanpa sebarang bukti.

“entah la. Mungkin mudah la bagi kau, tapi bukan mudah bagi aku”

“apa yang susah sangat. Aku rasa si hani tu pun bukan betul-betul suka kau. Tak kan kau dah lupa macam mana korang kenal dulu? Siapa yang susun? Rancangan siapa? Cuba cakap kat aku”

“hmmm…rancangan fara. Tapi tu kan mula-mula. Memang hani tak suka aku dulu. Tapi sekarang dah lain. Dia memang dah suka kat aku. Selalu senyum-senyum kat aku. Selalu kirim salam. Ni surat dia sebelum ni. Bukti dia betul-betul suka aku” izzat mengeluarkan 2 keping surat yang terlipat kemas dari poket seluarnya.

“ala. Perempuan. Setakat 2 keping surat dah membuktikan dia suka kau? Kalau surat tu dia tulis atas telunjuk si fara tu macam mana? Kau mana tau kan?”

“memang aku pun ragu-ragu jugak. Tapi serius la, aku memang dapat rasa dia betul-betul suka aku. Aduh…macam mana ni?” izzat bertambah runsing dengan masalah yang diciptanya sendiri.

“dah-dah. Kau tak payah pening-pening. Aku nasihat kau ni. Tak payah la layan surat dia ni. Buat tak tau je la. Kalau dia betul-betul suka kau, dia akan berusaha lagi pujuk kau. Tapi aku tak rasa la dia akan pujuk kau lagi. Sudah la tu dengan dunia kau ni. Kita SMA nak dekat tau tak. Kau tak risau ke?”

“hmm..risau jugak. Tinggal 1 bulan lebih lagi percubaan kan?. Apa yang aku baca pun sehabuk tak faham”

“bagus la kalau kau tahu yang SMA dah dekat. Aku bukan apa zat, kesian aku dengan kau. Belajar pun lebih kurang macam aku. Tak berapa nak pandai. Tambah pula masalah cintan-cintun ni. Tak ke mana la zat. Takut belajar entah ke mana, cinta entah ke mana”

“betul jugak cakap kau. Waktu sekolah ni, kita kena pilih salah satu je. Cita-cita atau cinta. Tapi aku pilih cita-cita kot. Cinta boleh datang kemudian kan? Hehe” muka izzat bertambah ceria setelah masalahnya cuba ditolak setepi mungkin.

“haaa…pandai pun. Ok la zat, aku pergi tandas dulu. Kalau ada apa-apa, bagitau aku. Aku boleh tolong nasihat je”

“terima kasih azim. Kau memang kawan baik aku. Kali ni aku dengar nasihat kau. Jadi, tak payah layan surat ni ye?” izzat memberi isyarat mata pada azim sambil tersenyum.

“tak payah. Hehe”

***

Asrama puteri, sekolah menengah islam klang

“sudah la tu hani. Malu la orang tengok” fara memujuk hani yang sedang menangis di atas katilnya. Ramai yang bertanya, tapi fara dan hani tidak mengendahkan semua soalan itu.

“hani, kau tau tak ramai orang dah mula pelik tengok kau nangis. Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba hujan. Kalau aku jadi diorang pun aku pelik”

“habis tu, kak fara nak aku buat apa? Nak berhenti tiba-tiba? Sakit hati aku ni macam mana? Kak fara cakap boleh tolong pujuk dia??”

“shhh..kau ni cakap kuat-kuat kenapa? Habis semua orang dengar la. Diorang report kat makcik dalila padan muka kau”

“biarlah diorang nak report ke apa ke…”

“hani, kau kena guna otak waras kau tu. Jangan sebab hal yang kecik ni je, kantoi semua benda. Aku tau kau tengah sedih, tapi cuba kawal emosi tu. Aku tengah tolong kau la ni. Esok aku jumpa dia waktu rehat cakap depan-depan. Puas hati?”

“janji?”

“ehem…apa janji-janji ni??” makcik dalila yang datang secara tiba-tiba menegur. Fara dan hani tersentak lalu segera menoleh ke arah suara itu. Mereka cukup kenal pemilik suara itu.

“eh, makcik dalila. err…tak ada apa-apa makcik. Kitorang bincang pasal cuti hujung minggu nanti. Kitorang janji nak balik sama-sama. Hehe” fara terpaksa menipu untuk menutup cerita sebenar.

“kalau pasal cuti, kenapa sampai hani nangis?” makcik dalila mencekak pinggang.

“err…dia..dia sakit sikit. Pening-pening dia cakap” fara sekali lagi menipu.

“betul ke hani? Kamu sakit ke? Kenapa tak cakap kat makcik awal-awal, boleh bawak ke klinik”

“hmm…sa..sakit sikit je makcik. Tak payah susah-susah nak bawak ke klinik. Dah nak sihat dah pun” hani segera mengesat sisa air mata di pipinya menggunakan tangannya. Kemudian Hani terpaksa memaniskan roman wajahnya bagi mengelak makcik dalila daripada mengecam sesuatu.

“owh, kalau dah sihat tak mengapa. Tapi kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa jumpa makcik ye. Insyaallah makcik boleh tolong” kali ini makcik dalila pula tersenyum. Namun senyumannya agak sinis. Lalu dia terus beredar dari situ. Sesekali dia menoleh pada hani dan fara sebelum hilang dari pandangan mereka berdua.

***

Fara perasan senyuman makcik dalila tadi adalah senyuman menyindir. Dia dapat merasakan makcik dalila sepertinya sudah tahu perkara sebenar. Cuma makcik dalila masih tidak mempunyai bukti kukuh untuk membawa cerita ini pada ustaz rahim, guru disiplin sekolah. Malah fara perasan kedatangan makcik dalila tadi diiringi oleh 2 orang pelajar. Dan dia cukup kenal siapa mereka berdua.

“hani, aku rasa tak sedap hati la. Malam ni jumpa aku kat kelas lepas prep ye. Ada banyak benda nak bincang. Aku rasa banyak telinga dan mata makcik dalila la kat sini” fara sengaja merapatkan mulutnya di telinga hani dan memperlahankan suaranya supaya tidak didengari oleh sesiapapun di situ.

“ok”

“surat-surat izzat kau simpan mana?”

“ada bawah tilam ni. Kenapa?”

“nanti kau bawak sekali”

“ok”

Bersambung….

Comments
4 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 4)”
  1. ila says:

    lagi…..

  2. faqih says:

    ni citer rekaan atau pngalaman?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: