Edisi khas ramadhan 1432H : kelebihan bulan ini

month of blessing...

Bulan ramadhan sering disebut-sebut oleh orang ramai dengan pelbagai gelaran. Bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan dan pelbagai gelaran lagi yang membawa maksud kebaikan. Tapi kenapakah bulan ini sering digelar dengan pelbagai gelaran yang baik-baik? Adakah terdapat sesuatu pada bulan ini yang tidak terdapat pada bulan lain? Ya, memang ada. Malah terlalu banyak. Kemuliaan bulan inilah yang menjadikan umat islam yang TAHU timbul rasa MAHU melakukan sebanyak mungkin kebaikan. Jom sama-sama kita menjadi umat islam yang TAHU dan MAHU dengan mengetahui kelebihan bulan ini.

***

Bulan ini lain dari bulan yang lain kerana pertamanya bulan ini adalah satu-satunya bulan yang diwajibkan ke atas
seluruh umat islam di dalamnya untuk berpuasa. Berpuasa di bulan ramadhan adalah salah satu dari rukun islam. Dengan berpuasa, kita akan memperolehi pelbagai kelebihan. Berpuasa dapat menstabilkan semula kondisi makanan di dalam perut.

Berpuasa juga merupakan latihan untuk menguatkan jasad, akal dan seterusnya jiwa. Kerana perut yang kosong dapat memindahkan udara ke ruang lain yang selama ini digunakan untuk memproses makanan.

Sebuah hadis riwayat tabrani yang bermaksud: “Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat”.

Malah kajian perubatan semasa juga tidak dapat menafikan kelebihan berpuasa ini pada kesihatan badan manusia.
Berpuasa juga merupakan amalan yang sangat dimuliakan oleh Allah seperti tersebut di dalam hadis qudsi yang bermaksud:

“Semua amalan anak adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya”

***

Bulan ramadhan juga digelar sebagai bulan keampunan. Kerana pada bulan ini, pintu taubat dibuka seluas-luasnya. Sebaliknya pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Syaitan yang selama ini berusaha menyesatkan manusia, diikat. Nafsu yang selama ini menggoda, dibelenggu dengan kelaparan. Maka dengan itu, bulan ini adalah waktu terbaik untuk umat islam mengurangkan maksiat dan memohon supaya dihapuskan segala dosa sebelum ini. Kerana janji Allah itu pasti.

Tersebut di dalam sebuah hadis sohih yang bermaksud: “barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan keimanan dan rasa penuh pengharapan, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu”

***

Bulan ramadhan adalah bulan rahmat dan berkat. Bulan ini ialah bulan terbaik untuk umat islam yang berpuasa mengangkat tangan menadah doa. Kerana doa orang berpuasa adalah sangat makbul. Sebuah hadis riwayat ibnu majah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang berpuasa ada kelebihan tersendiri di mana doa mereka akan terus diangkat kepada Rabbul Jalil”.

Pada bulan ini juga, umat islam bukan sahaja dimudahkan untuk meminta keampunan, malah setiap amalan ibadah yang dilakukan akan digandakan dengan berlipat kali ganda. Rahmatnya Allah pada umatnya tidak pernah bertepi. Dia berikan pada kita peluang untuk menyucikan hati dan diri dari segala kekotoran maksiat yang pernah dilakukan 11 bulan sebelum ini. Malah ibadah sunat akan diganjari seperti ibadah fardhu, dan ibadah fardhu akan diganjari dengan 70 kali ganda pahala.

***

Bulan ini sangat mulia kerana terdapat di dalamnya satu malam yang menyamai 1000 bulan. Ibadah pada malam tersebut, kebaikannya seperti beribadah 1000 bulan. Iaitu lebih kurang 83 tahun. Sesiapa pun yang mempunyai akal yang waras pasti ingin menjumpai malam tersebut. Malam itu terdapat di dalam 10 malam terakhir ramadhan. Malam itulah digelar malam al-Qadar.

Maksud dari surah al-Qadr ayat 1-5: “sesungguhnya Kami turunkan Al-quran itu pada malam al-qadar. Tahukah engkau apakah malam al-qadar itu? Malam al-qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan ruh(jibril) turn dengan perintah tuhan mereka kerana membawa segala perkara(yang telah diputus oleh Allah). Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing”.

Malah Rasulullah s.a.w pun menggandakan amalannya pada 10 malam terakhir ramadhan bagi mencari malam al-Qadar. Seperti tersebut di dalam hadis yang disebut oleh Aisyah r.a yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain.” (sohih muslim)

***

Bulan ramadhan ialah bulan yang tercatat di dalamnya pelbagai sirah dan tarikh penting bagi umat islam. Antaranya ialah pada bulan ini, berlakunya perang pertama dalam islam iaitu perang Badar al-Kubra. Tercatat di dalam kanvas sejarah, perang ini yang disertai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang berjumlah 313 orang memperolehi kemenangan besar menentang 1000 orang tentera kaum musyrikin.

Tercatat juga di dalam bulan ramadhan tarikh penting bagi umat islam. Iaitu penurunan Al-Quran. Kerana itu jugalah bulan ramadhan sering digelar dengan bulan Al-Quran. Maksud dari surah al-qadr ayat 1: “sesungguhnya Kami turunkan Al-quran itu pada malam al-qadar”.

***

Jadi, penuhikanlah bulan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan ibadah yang dapat meningkatkan lagi tahap taqwa kita terhadap Allah. Semoga ramadhan kali ini benar-benar menjadikan kita insan yang beruntung kerana memperolehi semua ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah. Ameeen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: