Tahu atau tidak?

gambar sekadar hiasan - google

Di Negara gerkhatinistan terdapat seorang alim yang bijaksana. Namanya shah khan. Dia juga merupakan seorang khatib yang sungguh terkenal di negaranya itu. Pada suatu hari, sultan gerkhatinistan telah memberinya tugasan. Iaitu dia mesti berkhutbah jumaat di Negara jiran, kharistan selama 3 minggu berturut-turut tanpa teks. Ia adalah tugasan yang sangat berat. Kerana selama ini, shah khan berkhutbah menggunakan teks. Sedangkan selama ini, penduduk kharistan mendengar khutbah tanpa menggunakan teks. Dan bagi mereka, jika khatib berkhutbah menggunakan teks, khutbahnya tidak sah dan solat jumaat pada hari itu juga tidak sah. Tetapi shah khan seorang yang bijaksana. Dia sudah merangka strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

***

Pada hari pertama, shah khan naik ke atas mimbar dan memulakan muqadimah khutbahnya. Kemudian dia bertanya pada para hadirin.

“adakah kamu semua tahu apa yang ingin aku sampaikan?” semua hadirin saling berpandangan sesama mereka kemudian semua menggelengkan kepala tanda mereka tidak tahu.

“kalau anda semua tidak tahu, maka sia-sia saja lah jika aku sampaikan khutbah pada hari ini. Assalamualaikum” shah khan segera turun dari mimbarnya dan berlalu pergi dari situ. Semua pelik dan hairan dengan sikap shah khan. Tetapi mereka tahu minggu depan shah khan akan memberi khutbah sekali lagi. Jadi mereka berpakat jika ditanya lagi, mereka semua akan mengangguk tanda mereka tahu.

***

Minggu kedua, sekali lagi shah khan naik ke mimbar. Dan dia bertanya soalan yang sama pada para hadirin.

“adakah kamu semua tahu apa yang ingin aku sampaikan?” semua hadirin segera mengangguk tanda mereka tahu.

“kalau anda semua sudah tahu, tidak perlulah lagi untuk aku sampaikan khutbah pada hari ini. Assalamualaikum” shah khan pun turun dari mimbar dan berlalu pergi dari situ. Semua hadirin saling berpandangan. Nampaknya strategi mereka tidak menjadi. Kali ini mereka memikirkan strategi lain. Pada minggu depan, mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan. Jika shah khan memberikan soalan yang sama, satu kumpulan akan mengangguk dan satu kumpulan lagi akan menggeleng. Mereka cukup yakin kali ini shah khan pula akan terperangkap dengan strategi mereka.

***

Minggu terakhir, shah khan sekali lagi naik ke mimbar. Dan dia pun bertanya soalan yang sama pada para hadirin.

“adakah kamu tahu apa yang ingin aku sampaikan?” semua hadirin berpandangan sesama mereka dan mereka pun menjalankan strategi yang telah dirancang. Satu kumpulan mengangguk tanda tahu dan satu kumpulan lagi menggeleng tanda tidak tahu. Mereka semua tersenyum riang kerana yakin shah khan pasti terperangkap dengan soalan sendiri. Tetapi sangkaan mereka meleset apabila shah khan membuka mulut.

“baguslah kalau macamni. Ada yang tahu dan ada yang tidak tahu. Pada mereka yang tidak tahu, boleh bertanya pada yang tahu. Pada yang sudah tahu, boleh memberitahu pada yang tidak tahu. Assalamualaikum”

Shah khan terus turun dari mimbar dengan perasaan yang lega. Kerana tugasan yang diberikan oleh sultan dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang masalah. Hadirin terus terpinga-pinga kerana pertama kali bertemu dengan khatib sepertinya.

Comments
4 Responses to “Tahu atau tidak?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: