Tragedi 1 syawal (bab 1)

langit tak selalu cerah

***

Salman membelek diari peribadinya. Di dalamnya tercatat pelbagai jenis cerita dan kisah. Cerita suka mahupun duka. Dari kecil sehingga dewasa. Diarinya itu amat penting bagi dirinya. Kerana tanpa diari itu, dia hampir lupa asal usulnya. Dan tanpa diarinya itu juga, dia mungkin melupakan siapa dirinya.

***

1 syawal. 1970

“abang, bawa kereta tu perlahan-lahan la. Saya tau la abang nak cepat sampai, nak lumba dengan angah dan alang. Tapi tak kesian ke kat anak-anak kita kat belakang tu? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?” seorang isteri menegur si suami yang sedang memandu laju. Seorang ibu itu juga memandang sayu anak-anaknya di belakang.

“mulut awak ni memang tak bertapis la. Kalau anak-anak kita dengar macam mana? Lagi la diorang takut. Awak jangan risau sangat la, abang dah 10 tahun memandu laju. Bergesel dengan kereta lain pun tak pernah tau tak!” seorang suami membalas dengan kata herdik. Anak-anak dibelakang hanya memerhati kosong. Salman anak terakhir dari 3 orang adik beradik mencatat sesuatu. Salman seorang kanak-kanak bijak. Baru berumur 9 tahun sudah minat menulis dan membaca. Baginya masa adalah amat berharga. Kerana itu hampir setiap kejadian yang berlaku di dalam hidupnya ditulis di dalam diarinya itu.

“abang, tolong la dengar cakap saya sekali ni je. Tolong la perlahankan kereta. Saya tak sedap hati la abang. Lagipun hari ni banyak kenderaan. Semua orang nak sampai ke tempat masing-masing. Bahaya kalau bawa laju” si isteri memperlahankan suara. Dia masih mengharapkan toleransi si suami. Berharap supaya kenderaan yang dipandu laju itu segera diperlahankan.

“awak duduk diam-diam. Pening kepala saya la. Bukan baru semalam saya dapat lesen memandu. Dah 10 tahun tau tak! Setakat laju macam ni, biasa sangat….” Si suami yang leka memarahi isterinya tidak sedar di hadapannya terdapat sebuah lori tersadai ditengah jalan. Si isteri dan anak-anak yang tersedar hanya mampu menjerit.

“abang!!!!!”

“ayah!!!”

***

Salman tersedar dari lena yang panjang. Doktor dan 3 orang jururawat mengelilingi katil salman dalam wad ICU itu.

“Alhamdulillah. Sedar juga anak kecil ni” seorang jururawat membuka bicara.

“aduh..sakitnya..” salman cuba bangun dari baringnya sambil memegang balutan di kepalanya.

“salman, baring dulu. Nanti malam kita sembang panjang ye” doktor membuat temu janji tidak rasmi sambil menulis sesuatu di dalam sebuah dokumen. Kemudian diserahkan dokumen itu kepada jururawat di sebelahnya.

“pakcik. Sekejap. saya di mana?” salman masih tidak dapat mengenalpasti dimana dia berada sekarang. Sehingga seorang doktor pun dipanggilnya pakcik.

“salman sekarang di hospital. salman terlibat dengan kemalangan” doktor menyusun ayat sehalus mungkin agar kenyataannya tidak menambah kerunsingan di kepala salman.

“aduh, sakitnya. Doktor, mana diari saya?”

“diari salman? Owh, ada. Ni dia” doktor mengambilnya di atas meja di sebelah katil salman dan memberikan padanya. Ketika kejadian, pasukan penyelamat menjumpai salman yang luka parah dan tidak sedarkan diri, terbaring di dalam kereta yang remuk sambil memeluk erat diarinya itu.

Salman membuka perlahan sehelai demi sehelai diarinya itu. Kerana tangan kanannya dibaluti simen. Sehingga tiba di satu muka surat, salman terhenti. Muka surat itu dikotori dengan kesan percikan darah. Salman tekun membaca setiap baris ayat di muka surat tersebut. Doktor dan jururawat hanya memandang sayu.

“doktor, hari ni hari apa?”

“hari ni hari selasa. 13 november 1970”

“13 november? Tapi kemalangan tu berlaku 1 syawal. 27 oktober. Lamanya saya tak sedarkan diri. 16 hari. Doktor, mana keluarga saya? Emak, ayah, abang dan kakak saya?” salman mengharapkan jawapan jujur dari doktor. Namun doktor dan jururawat hanya terkaku diam. Sayu memandang seorang kanak-kanak yang masih kecil terpaksa menghadapi ujian seberat itu.

“mereka semua selamat. Alhamdulillah. Tak mengapa salman, jangan difikirkan sangat, malam nanti kalau salman dah betul-betul sihat, kita sembang-sembang ye” doktor segera meninggalkan salman dengan 1001 persoalan. Jururawat yang sedari tadi mengalirkan air matanya membuat pemeriksaan pada alat denyutan nadi di sebelah katil salman.

“kenapa kakak menangis?”

“err..tak ada apa-apa dik. Habuk masuk mata. Ok la dik, akak ada kerja lain. Nanti kita jumpa lagi ye” sambil tersenyum tawar, jururawat itu pun meninggalkan salman dengan pelbagai soalan. Salman masih kabur dan tidak pasti apa yang telah menimpa dirinya dan keluarganya. Salman mengambil pen di atas meja dan mencatat sesuatu di dalam diari peribadinya.

***

1 syawal 1992

“abang, baca apa tu?” nur yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan salman. Cepat-cepat dia menutup diarinya itu dan diselitkan di bawah surat khabar.

“eh, tak ada apa-apa la. Abang tengah baca surat khabar ni. Berita panas-panas sekarang ni kan? Kemalangan sana, kemalangan sini” salman sengaja menukar subjek perbualan. Tidak mahu isterinya yang sedang sarat mengandung itu memikirkan kesedihan yang menimpanya 22 tahun lepas.

“ala abang ni, tak payah la sorok-sorok. Bukan ayang tak tau kisah 20 tahun lepas. Setiap tahun, kalau 1 syawal je, abang wajib bukak diari abang ni. Masa kita mula-mula kahwin dulu pun abang dah cerita semuanya kan. Lupa la tu” nur mendekati suaminya sambil mengesat sisa air mata di pipi suaminya.

“aah la, kenapa abang ni pelupa sangat ye? Teruk kan abang ni? Asyik-asyik lupa” salman sengaja memaniskan roman wajahnya di hadapan isterinya.

“abang bukan pelupa, tapi abang kan sakit. Mari sini ayang tunjukkan” nur mengambil diari di bawah surat khabar dan membuka pada satu muka surat yang ditandanya. Kemudian menyerahkan pada suaminya untuk membaca.

Salman mengangguk faham setelah selesai membacanya. Kejadian 20 tahun lepas telah mengubah segala-galanya. Salman sukar menerima kematian seluruh ahli keluarganya ketika kemalangan itu. Bukan itu sahaja, serpihan besi yang masuk ke dalam otaknya juga menjadikan salman seorang yang lemah daya ingatan dan sukar mengingati peristiwa penting dalam hidupnya. Kerana itulah segala perkara penting akan segera dicatatnya di dalam diari peribadinya. Apabila lupa, diarinya itu akan menjadi pengingat.

Setelah memperisterikan nur, semuanya kembali berubah. Kebahagiaan kembali menyinari hidupnya. Isterinya itu bukan sahaja menjadi penemannya, malah menjadi ‘diari peribadi’ nya yang baru. Nur akan membantu suaminya mencatatkan apa sahaja peristiwa penting di dalam diari itu.

“abang termenung apa lagi? Jom kita makan. Semua dah siap kat bawah tu. Lemang ada, ketupat pun ada. Makanan kegemaran abang pun ada, kuih batang buruk” sambil tersenyum, nur pun berjalan perlahan meninggalkan salman sambil memegang perut saratnya. Salman masih duduk di depan meja. Diari peribadinya dipeluk erat. Dalam diam, salman berdoa dan berharap agar kebahagiaannya itu akan kekal lama. Setelah dahulunya, kebahagiaan itu pernah hilang di dalam hidupnya.

‘ya Allah ya Tuhanku..aku redha pemergian mereka. Aku tahu mereka hanya pinjaman untukku. Dan Engkau layak mengambil mereka semula. Kerana mereka milik-Mu. Andai kau ingin mengambil semula kebahagiaan yang ku kecapi hari ini, Kau ambillah. Aku pasti redha. Asalkan Kau terima redhaku ini. ameeen”

Salman mengesat air matanya yang tumpah ke pipi. Salman segera meletakkan diarinya ke atas meja semula. Belum sempat dia bangun dari duduknya, secara tiba-tiba, syahrul anak sulungnya berlari mendapatkannya.

“papa..mama jatuh tangga. Mama sakit. Banyak darah keluar” syahrul tercungap-cungap menyusun ayat agar difahami ayahnya. Salman tidak banyak berfikir, dia mendukung anak sulungnya itu dan segera berlari mendapatkan isterinya yang sedang lemah menahan sakit.

Sambung…

Comments
8 Responses to “Tragedi 1 syawal (bab 1)”
  1. hatikubaik says:

    slm aidil fitri”)

  2. hadijah says:

    Salam aidil fitri izzy..permulaan menarik..
    tak sabar nak tahu kesudahannya. cerita ni sedih la izzy..

  3. dhia says:

    Salam izzy..selamat hari raya aidilfitri..sedih la citer ni…sayu jer rasa hati..raya kali ni pun rasa sayu jer..

  4. kpah k-poh says:

    baru berkesempatan membaca….sedihnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: