Tragedi 1 syawal (bab 2-akhir)

langit yang cerah bisa melupakan kegundahan semalam...

***

“encik salman, sini sebentar” seorang doktor yang baru keluar dari bilik bedah memanggil salman untuk membincangkan sesuatu yang amat penting. Salman berlari anak mendekati doktor di satu sudut yang agak jauh dari pandangan dan pendengaran orang lain.

“macam mana doktor? Anak saya. Isteri saya?”

“Alhamdulillah. Encik dapat anak perempuan. Kembar tidak seiras” doktor menguntum sebuah senyuman. Kerana terlalu gembira, salman segera memeluk tubuh doktor yang dipenuhi percikan darah.

“sabar encik salman, ada satu berita yang kurang enak” salman segera meleraikan pelukan.

“ha? Macam mana keadaan isteri saya doktor?” salman memegang erat kedua belah lengan doktor. Doktor hanya menggeleng ringan. Tiada lagi senyuman terukir di bibirnya. Salman bertukar bimbang.

“harap encik salman dapat bersabar. Dengar baik-baik. Isteri encik selamat menjalani pembedahan. Tapi kami dapati dia mengalami ketumbuhan. Ketumbuhan di paru-paru. Keadaannya masih tidak stabil” doktor menutur perlahan agar kenyataannya itu hanya didengari oleh salman.

“jadi? Kenapa doktor tidak buang saja ketumbuhannya tu?” salman memberi cadangan kepada doktor.

“boleh. tapi ketumbuhannya sudah besar. Dan sukar untuk membuangnya. Saya kira, pembedahan hanya akan membahayakan nyawanya. Maafkan saya encik salman. Saya tidak dapat membantu. Mengikut perkiraan, nyawa isteri encik salman hanya boleh bertahan selama 2 tahun setengah. Paling lama 3 tahun. Harap encik salman redha. Maaf sekali lagi” salman yang mendengar kenyataan doktor, terdiam kaku tanpa kata.

“papa, mana mama?” syahrul bertanya sambil menarik perlahan baju ayahnya. Salman yang tersedar, segera memeluk erat anak sulungnya itu sambil menangis.

***

1 syawal. 2011

“papa, termenung apa lagi tu? Kan kita nak bertolak dah ni?” farah menegur ayahnya yang sedang membelek sebuah diari.

“bertolak? Ke mana pulak dah? Tak bagitau papa pun” salman membetulkan duduknya. Dia segera membuka diarinya dan mencari sesuatu.

“papa ni, asyik lupa je tau. Meh sini sarah carikan mana yang papa tulis semalam” sarah yang datang secara tiba-tiba duduk di sebelah ayahnya sambil tersenyum. Dia membelek-belek diari ayahnya dan segera diserahkan kepada ayahnya semula setelah menanda muka surat yang dicarinya.

“nah papa tengok, semalam papa tulis. Esok 1 syawal. 2011. Menyambut hari raya bersama anak sulung, syahrul” Salman pula tersengih seorang diri. Tulisannya semalam pun dilupakan.

“papa ni. Asyik lupa je. Entah-entah nanti farah dan sarah pun papa lupakan” farah mencebikkan bibirnya melihat ayahnya. Buat-buat merajuk.

“haha, kamu berdua mana boleh papa lupakan. Tiap hari tengok muka korang. Haha” salman mengusap lembut tudung yang membaluti kepala anaknya.

“ok. Ayah duduk diam-diam je kat sini tau. Kitorang ada benda nak cari ni” sarah segera menarik tangan farah dan berlari anak meninggalkan ayahnya di bilik.

“korang nak cari apa lagi tu? Tadi cakap nak bertolak? Kita dah lewat ni” salman membebel seorang diri. Farah dan sarah sudah tiada di biliknya. Salman segera membelek diarinya itu. Ada sesuatu yang belum habis dibacanya. Tapi tiba-tiba farah datang mengejutkan ayahnya.

“papa, ada berita kurang baik. Err..Tiket flight hilang. Kitorang dah simpan elok-elok, tapi…” farah sengaja tidak menghabisi ayatnya. Menunggu reaksi ayahnya.

“ha? Hilang? Tu la. Lain kali biar papa simpan. Jadi sekarang macam mana? Melepas lagilah papa nak beraya dengan syahrul kat Negara orang. Amerika tu” salman mencebik sedih. Farah geli hati melihat gelagat ayahnya.

“papa ni, bukan amerika la. Abang syahrul belajar kat Jordan. Hehe”

“ala, dekat-dekat je tu” salman segera mengambil pen dan mencatat sesuatu di dalam diarinya. Farah hanya memerhati sambil tersenyum.

“papa. Hari ni kita tak jadi nak lawat abang syahrul. Sebab tiket hilang. Papa tak marah kan?” farah menguji.

“tak la. Buat apa nak marah. Dah bukan rezeki kita. Kita beraya kat sini pun tak apa” salman mahu bangun dari duduknya dan segera dihalang oleh farah.

“jap papa. Tapi tadi kan, masa sarah cari tiket, dia jumpa benda lain. Papa nak tau benda apa yang sarah jumpa tu?” farah sengaja membuat ayahnya suspen.

“benda apa?”

“papa tengok belakang. Apa yang sarah jumpa” farah tersenyum. Tidak sabar menunggu reaksi yang bakal terpancar dari wajah ayahnya. Setelah menoleh, salman terkejut. Matanya membulat. Mulutnya dibiar terlopong.

“masyaallah. Betul ke apa yang papa tengok ni? Syahrul?” syahrul yang sedari tadi berdiri bersebelahan sarah di muka pintu bilik berlari laju mendapatkan ayahnya sambil menangis. syahrul segera menyalami ayahnya dan memeluk erat tubuhnya. Salman turut menangis. Farah dan sarah tidak terlepas dari situasi sedih itu. Mereka semua tenggelam dalam syahdu.

“syahrul. Bila kamu balik ni? Tak bagitau papa pun?”

“papa, kan syahrul dah bagi surat kat papa minggu lepas. Mesti lupa la ni” syahrul yang masih menangis mula menguntum senyum.

“surat? Owh, ada-ada. Papa lupa la ni. Kejap ye” salman segera mengambil pen dan mencatat sesuatu dalam diarinya. Syahrul, farah dan sarah hanya memerhati sambil tersenyum gembira.

“korang senyum-senyum ni kenapa? Papa belum nyanyuk lagi tau. Papa Cuma pelupa sikit” kali ini salman pula tersenyum melihat karenah anak-anaknya yang kian membesar.

“papa, hari ni syahrul nak bawak papa pergi perlis. Nak lawat tok lang dan tok ngah. Dah lama rasanya tak memandu kereta kat Malaysia ni” syahrul tersenyum gembira sambil menggayakan gaya seorang pemandu.

“ha, elok sangat tu. Lagipun kita semua dah siap-siap. Cuma nak angkat barang masuk dalam kereta je” farah menyampuk. Salman hanya tersenyum.

“Alhamdulillah. Papa pun dah rindu kat diorang. Jom la. Tapi bawak kereta tu slow-slow tau” syahrul mengangguk faham. Salman segera bangun dari duduknya dan menuju ke katilnya. Didapati ada 2 beg besar di situ. Salman jadi hairan.

“aik, kenapa ada 2 beg ni? Siapa punya 1 lagi ni?” Syahrul,farah dan sarah menahan gelak. Mereka awal lagi sudah menjangka.

“amboi abang….tak kan saya pun abang dah lupa? Mentang-mentanglah saya ni dah tak cantik macam dulu” kehadiran nur sambil mencekak pinggang di muka pintu membuatkan suasana bertambah riuh. Syahrul,farah dan sarah tidak dapat lagi menahan gelak. Kemudian mereka segera keluar dari bilik ayah dan mak mereka. Tidak mahu masuk campur. Salman hanya tersenyum sambil menggaru kepala.

“eh, sayang. Abang tak lupa la. Saja je nak uji. Hehe” salman segera mengambil diari dan dicatatkan sesuatu. Nur hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Dia tahu salman mudah melupakannya. Tapi nur tidak kisah. Asalkan suaminya itu bahagia bersama anak-anak pun, dia sangat bersyukur.

“dah la abang, jom turun. Diorang dah siap angkat barang tu” nur segera turun meninggalkan suaminya seorang diri.

Salman membelek diarinya. Dia terhenti pada 1 muka surat. Muka surat itu sering dibukanya apabila dia melihat kehadiran nur. Segala catatan di dalamnya dibaca dengan teliti.

‘1 syawal. 1993. Ketumbuhan yang sudah membesar itu tiba-tiba hilang. Doktor sukar untuk percaya. Perkara mustahil itu pertama kali berlaku sepanjang kerjayanya sebagai doktor. Tetapi semua berlaku atas kehendak Allah. Ajal maut juga di tangan-Nya. Apa yang lebih mengejutkan, semua itu berlaku hanya dalam masa setahun’

Salman menutup diarinya sambil tersenyum. Kebahagiaan yang dinikmatinya kini, adalah hasil redhanya pada Allah. Segala kesedihannya dahulu, digantikan dengan kegembiraan yang tiada tolok bandingannya. Salman menadah tangan sambil mengucap syukur tidak terhingga pada Allah.

::TAMAT::

Comments
11 Responses to “Tragedi 1 syawal (bab 2-akhir)”
  1. dhia says:

    Happy Ending for this story..tapi realitinya yang kat sini tidak begitu…hope diri ini diberi kekuatan untuk melalui semua dugaan ini..Amin..

  2. hadijah says:

    salam izzy, selamat hari raya maaf zahir batin..akak sedih sbnarnya baca kisah ni walaupun akhirnya happy..tapi, byk mesej yg boleh akak dapat..paling penting, kita sbg manusia tidak dpt menidakkan kuasa Allah..Allah itu Maha Berkuasa..bila membaca kisah ni, akak rasa bersyukur sbb mungkin ada org yg di luar sana mempunyai sakit spt dialami salman..bukan mudah juga menjadi salman, tapi baik buruk itu kan pd pandangan manusa..sedangkan Allah itu Maha Tahu yg terbaik utk setiap hambaNya..sememangnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan..:), hanya kita perlu bersangka baik dgn Allah..:)
    Syukran izzy atas kisah ini..

    • izzysabki says:

      wslm kak….maaf zahir dan batin….
      pasai cite ni..xtau la nak kate apa…sbb mnulis masa Allah turunkn ilham…xsedar plak ada byk pngajaran terselit..smoga bermanfaat utk sume..klu akak ada idea apa2,bg la cdgn ye..syukran ye kak sbb membaca:)

  3. tiefazatie says:

    sedihnya… tq ye..macam2 mesej ifa dpt nie..tq ye izzy..

    slmt hari raya..
    maaf zahir batin..=)

  4. Wanita2u says:

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula.🙂
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

  5. ieha says:

    Mula2 sdih.lpas 2 hepy ja.keluarga bhagia:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: