Kenapa dengan melayu?

 

Sepertinya sudah menjadi penyakit berketurunan dalam diri setiap manusia. Lebih-lebih lagi manusia bernama melayu. Bukan memperlekeh bangsa melayu, tapi semua kita sudah boleh menerima hakikat ini meskipun kita sendiri melayu. Tetapi fokusnya di sini bukanlah semua orang melayu, tetapi segolongan melayu yang agak ramai mempunyai penyakit seperti ini. Nak tahu apa penyakit itu? Jom teruskan bacaan.

Melayu sepertinya tidak pernah berubah. Mungkin sikap ini sebenarnya sudah menjadi darah daging bangsa kita sendiri. Atau malah ibu bapa sendiri sering terlepas pandang dalam mengubati penyakit anaknya sendiri. Atau masyarakat yang berpenyakit menjangkiti orang melayu di sekelilingnya. Atau kita yang berpenyakit ini sengaja membiarkan penyakit ini merebak dan menjangkiti orang disekeliling kita. Semua itu sebenarnya soalan tanpa sebarang jawapan. Kerana apa yang pasti, penyakit ini ialah penyakit hati. Tidak ramai yang tahu mengubatinya tetapi ubatnya ada.

Penyakit hati yang dimaksudkan di sini ialah hasad dengki dan iri hati. Kenapa penyakit ini berbahaya dan sering difokuskan? Kerana penyakit ini sering disebut ulang dalam al-quran dan al-hadis. Malah Rasulullah s.a.w sendiri pernah disihir hanya disebabkan penyakit dengki.

Maksud surah al-falaq: “katakanlah: aku berlindung kepada Rabb yang menguasai subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita yang menghembus pada buhul-buhul(kegiatan sihir). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki”
Daripada az-Zubair telah bersabda Nabi s.a.w: “Telah merebak kepada kamu semua penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu; hasad dan kebencian”

Penyakit hati ini mungkin dipandang enteng atau mungkin dipandang sepi oleh pelakunya. Kerana menganggap penyakit ini kecil dan tidak memudaratkan. Tapi awas! Penyakit ini seperti virus liar yang sentiasa merebak dan bercambah. Malah yang paling ditakuti ialah penyakit ini bakal membakar semua amal ibadah yang dilakukan selama ini. Maka menjadi sia-sia sahaja semua amalan seperti debu yang berterbangan selepas dibakar.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api.”

***

Mari fokus semula pada tajuk ini. Kenapa aku kaitkan penyakit ini dengan melayu. Kerana jelas sepanjang aku meneliti sejarah, membaca berita, membuat selidikan, mengikuti hal ehwal semasa, terbukti melayu adalah bangsa yang paling banyak terjebak dalam masalah ini. Tidak perlu menuding jari pada orang lain, tudingkan pada diri sendiri. Pada batang hidung sendiri. Tanyalah, Pernahkah aku mempunyai penyakit ini? Jawapannya anda sendiri tahu.

Melihat pada ragam tanah airku ketika ini, aku menjadi sebak dan sedih. Kenapa kita harus bergaduh sesama bangsa? Kenapa harus berkelahi hanya kerana berbeza pendapat? Dan kenapa harus hasad dengki pada kemajuan bangsamu sendiri? Aku tidak katakan pada sesiapa. Sekadar peringatan kepada bangsaku sendiri. Lebih dari itu, agamaku sendiri.

Jika dahulunya, melayu sering dikaitkan dengan dengki dalam perniagaan. Ya, memang tidak dinafikan fakta ini. Malah sehingga hari ini fenomena ini masih belum berkurang. Pantang melihat perniagaan bangsa sendiri maju, pasti ada sahaja penyakit hati yang timbul. Fikiran mula ligat berfikir bagaimana mahu menjatuhkan perniagaan pesaing. Malah ada yang lebih kejam, berfikir bagaimana untuk memusnahkannya terus dari muka bumi ini.

Hakikatnya, perniagaan adalah persaingan. Tetapi persaingan yang sihat dan adil. Bersaing dan berlumba untuk memperolehi keuntungan dan memajukan perniagaan sendiri. Bukan bersaing untuk saling meruntuhkan perniagaan orang lain. Di situ bezanya kita dengan bangsa lain terutamanya bangsa cina. Mereka bukan sahaja tiada hasad dan dengki kepada pesaingnya, malah mereka saling tolong menolong untuk sama-sama maju. Atas nama bangsa, pesaing menjadi sahabat.

Tidak cukup dengan itu, bangsa melayu sekali lagi mempelopori penyakit hati ini. Sihir dan santau menjadi makanan biasa bagi penyihir melayu ini. Prinsipnya mudah, siapa musuhku, pasti akan ku hapuskan. Bukan sahaja mencederakan, malah mungkin sampai tahap membunuh. Tidak mengambil kira halal haram sesuatu perkara, semua cara dihalalkan atas nama matlamat yang halal. Sedangkan ulama’ fiqh sudah mengeluarkan kaedah yang kekal zaman berzaman: “matlamat tidak menghalalkan cara”.

Kini, Beberapa slot semasa pula membimbangkan aku. Bagaimana persaingan politik sering menjadi kayu ukur dalam menentukan ideologi seseorang terhadap agama. Benarkah menyertai parti islam sudah dikatakan selamat? Atau bolehkah dengan menyertai parti berasas bangsa sudah dikatakan selamat? Jom kita tengok semula. Mana satu benar mana satu tersimpang.

Apabila nabi Muhammad turun ke tanah arab dengan membawa wahyu dari Allah, perkara pertama yang diajar dan diseru kepada umat manusia Cuma satu. ‘lailahaillallah muhammadarrasulullah’. Dua kalimah yang merangkumi keseluruhan sistem alam. Menyeru kepada menyembah Allah dengan mengikuti segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Seterusnya ditunjuk dan diajar secara praktikal oleh Rasulullah s.a.w. Dengan memahami dua kalimah syahadah, maka sepatutnya kita faham apa yang dibawa oleh ajaran islam adalah untuk umat manusia keseluruhannya. Bukan pada bangsa tertentu.

Kalimah ini menunjukkan bahawa tiada satu bangsa pun yang ditinggikan darjatnya oleh Allah kecuali bangsa itu memenuhi ciri-ciri yang disebut tadi. Hatta bangsa arab sendiri. Selagi tidak mempraktikkan kalimah syahadah dalam hidup mereka, tiada sedikitpun nilainya di sisi Allah.

Congak aku mudah, biar apa pun parti yang kau sertai, jangan cuba memperlekeh parti lain. Kau boleh menyanjung parti sendiri, tapi jangan sampai kau memijak parti lain. Kerana kita sedang bersaing dengan sihat. Bersaing untuk memerintah Negara. Biarlah rakyat yang tentukan. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Hormatilah agar menang nanti bermaruah, kalah juga bermaruah. Tapi malangnya pada hari ini, maruah ditolak ketepi, hasad dengki juga yang disanjung tinggi.

Setelah arena politik, melayu ini masih tidak pernah insaf. Tidak kira di mana sahaja, pasti melayu juga yang dihinggapi penyakit ini. Dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Jadi tidak hairanlah, jika ada melayu yang cuba berdakwah secara perlahan-lahan, maka ada juga melayu yang cuba menghalang. Bukan sahaja dicaci, malah lebih dari itu sehingga melayu yang cuba berdakwah mula hilang rasa manisnya di jalan dakwah. Sekali lagi bangsa kita yang lakukan.

Congak aku mudah, biar apa pun teknik dakwah yang cuba dilakukan, asalkan caranya halal dan matlamatnya pun halal, aku sokong. Kerana apa? Kerana aku tahu aku tidak mampu untuk melakukan dakwah sepertinya, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak menghalang dakwahnya, malah aku menyokong. Begitulah kita sepatutnya. Pilih antara dua, sokong atau diam. Tiada pilihan ketiga.

Ingatlah sahabat-sahabat ku. Kita semua mempunyai penyakit ini. Seperti kuman di dalam badan. Sehebat mana kita cuba membasminya, ia tetap ada. Tetapi semua itu bukan alasan, kerana andai kita bijak mengawal, penyakit ini tidak akan bercambah dan menjangkiti orang lain.

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Janganlah kamu saling berbencian, janganlah saling memutuskan persaudaraan, janganlah saling memalingkan muka, jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.”

Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.

Wallahua’lam…

Comments
12 Responses to “Kenapa dengan melayu?”
  1. ucu keyna says:

    mentaliti manusie dah dikuasai ngn politik..Allah…wahai org melayu..jgn la kite asyik nk ‘melayu’ je…segarkn diri kite..yok bukak minda…takbir!!!

  2. kui3x says:

    hurm..benda ni makin lama makin berlarutan..kita yang tgk pon dah naik semak..kalo nak tengok pemimpin pon ehm..paham2 sendiri lah..dalam perbincangan sesame mereka pon bahasa2 yang tak enak didengar lancar je meluncur keluar..

    dalam konteks perniagaan plak..lagilah..pantang lebih sikiiiiiiiiiiiiiiiit je..mulalah..haish

  3. tiefazatie says:

    erm..doakan je la moga berubah semuanya..

  4. caliph says:

    dengki dlm bisnes mmg permainan kotor.. menjatuhkan bangsa sendiri secara x langsung…

  5. dhiera says:

    penyakit ni dah lama. sihir menyihir. dengki lihat ada yang lebih maju. sepatutnya kita kena saling sokong menyokong tapi yang jadi ye lain.
    arena politik negara kita lagi lah. kadang-kadang sampai susah nak buat pilihan. parti sini kata sane. parti sana kate sini. macam dua2 pun tak betul~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: