Erti susah

 

Ada waktunya aku berfikir sendiri. Sampai bila aku harus terus hidup dalam keadaan senang begini. Asalkan minta, semuanya dapat. Asalkan hajat, semuanya tertunai. kerana tidak semua manusia senasib sepertiku. Ada yang tidurnya tidak pernah bertilamkan tilam lembut. Mandinya tidak pernah menggunakan air bersih. Makannya tidak pernah berpinggan. Nasinya tidak pernah berlauk. Semuanya serba kekurangan.

Tetapi susah yang menimpa, ada hikmahnya. setiap ujian yang diberikan Allah pada manusia itu segalanya beragenda. Tiada satu pun yang sia-sia. Kerana setiap manusia pasti diberi ujian. Dan setiap ujian itu pasti diiringi penyelesaiannya.

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (surah al-insyirah: 5-6)

namun ujian yang menimpa setiap manusia tidak sama tahapnya. Kerana Allah memberi ujian mengikut kemampuan individu. Semakin hebat manusia itu, semakin hebat ujian akan menimpanya. Begitu juga sebaliknya.

“Aku tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (surah al-baqarah: 286)

Kesusahan yang menimpa adalah untuk menyedarkan manusia erti syukur. Hanya kerana susahlah manusia mula berfikir akan nikmat senang yang dikecapinya sebelum ini. Manusia juga akan sentiasa ingat dengan Allah. Dimana sebelum ini sering dilupakan. Ketika susahlah manusia akan mula menambah jumlah ibadah dan doa yang sebelum ini kurang. Ingatlah, susah juga nikmat. Hebatnya perancangan Allah terhadap hamba-Nya. Tiada satu pun akan terlepas dari kebijaksanaan-Nya. Hanya manusia yang menggunakan mata hati sahaja dapat melihat semua ini.

Lebih hebat lagi, ujian kesusahan yang menimpa manusia lain memungkinkan juga orang senang menambah pahala. Akibat berasa kasihan akan nasib yang menimpa orang susah, si kaya mula lembut hati untuk menabur bakti dan jasa. Mendermakan apa yang mampu dan membantu apa yang patut. Perasaan susah yang dirasai manusia lain turut cuba dirasai bersama. Kesenangan dan kekayaan dikongsi. Semuanya gara-gara adanya manusia yang susah. Sekali lagi membuktikan hebatnya kuasa Allah merencana. Memang benarlah setiap yang dijadikan Allah itu tidak pernah sia-sia.

Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Kerana semua itu hanya ujian bagimu. Allah ingin melihat betapa kau pandai bersyukur atau tidak. Bila-bila masa sahaja nikmat senang itu boleh ditarik semula darimu. Jadi sebelum terlambat, bersyukurlah. Dan andai kau susah, sedarlah bahawa masih ada orang lain yang lebih susah dari dirimu.

Pendek kata, bersyukurlah dalam apa keadaan sekali pun.

Wallahua’lam.

Comments
14 Responses to “Erti susah”
  1. faqih says:

    Allah.. benar sekali

  2. cheqna says:

    Cantik cantik…

    Semoga kita dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah SWT…dan termasuk di dalam golongan hamba-hamba NYA yang sentiasa bersyukur…amiin.
    🙂

  3. dhiera says:

    manusia memang selalu macam tu bila senang jadi lupa. bila susah baru belajar nak bersyukur~ terima kasih sebab saling mengingati. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. redha dan redah!

  4. ila says:

    betul .’susah juga nikmat’.masyaAllah..moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur

    *alhamdulillah,writer dah kembali lps sebulan lebih menyepi.selamat maju jaya=)

  5. dina darwina says:

    bersyukur dan muhasabah diri sebentar apabila mmbaca entry ne:)

  6. ucu keyna says:

    Allahuakbar!!sgt stuju…syukran kerane mengingatkan ^_^

  7. caliph says:

    bila susah kita akan blajar mhargai apa yg kita ada ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: