Hafizah

 

“akmal!”

“ya Allah terkejut aku! Kau ni pis, kalau jantung aku lemah tadi, jadi arwah aku tau tak. Tak sempat merasai alam perkahwinan” akmal mengurut-ngurut perlahan dadanya kerana dikejutkan hafiz di tengah jalan menuju ke rumah setelah selesai sesi talaqi kitab di masjid abdulrahman sebentar tadi.

“hehe, bagus sangat tu. Sebut soal kahwin, aku nak bagitahu kau berita baik ni. Nak dengar ke tak?”

“apa dia?”

“nak dengar ke tak ni? Kalau nak, anggukkan kepala tu dulu” segera akmal menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh. Sengaja dia melayan karenah kebudak-budakan hafiz.

“ha, bagus-bagus. Pandai anak papa. Hehe” hafiz segera mengambil sesuatu di dalam begnya.

“apa dia berita best sangat tu?”

“ishk, sabar lah. Nak bagitau la ni. Tunggu sat. ha, ni dia. Tengok” hafiz menghulurkan sekeping kertas yang tertulis di dalamnya biodata lengkap seorang akhawat.

“apa ni pis?”

“baca la dulu. Nanti kau tau la” akmal segera membaca satu persatu butiran tulisan di kertas itu. Matanya tekun. Hafiz hanya tersenyum melihat akmal.

“kau gila ke pis? Kau curi mana maklumat ni?” akmal segera melipat kertas itu dan diserahkan kepada hafiz.

“kau buat-buat Tanya pulak, kakak aku la yang bagi”

“mana boleh macamni, biodata orang. Sepatutnya orang tu sendiri kena bagi kebenaran. Rahsia peribadi ni kot” akmal membuka langkah untuk meninggalkan hafiz.

“jap akmal, kau salah faham ni. Aku tak curi pun maklumat ni. Memang dia sendiri bagi!” hafiz cuba menjelaskan. Namun akmal masih terus berjalan meninggalkannya.

“akmal! Akhawat tu melamar kau!”

Langkahan akmal terhenti serta merta. Dia menoleh ke arah hafiz yang masih tegak berdiri tidak berapa jauh di belakangnya. Hafiz hanya membalas dengan senyuman.

“betul akmal. Dia melamar kau!”

Akmal yang masih terpinga-pinga cuba memikirkan sesuatu. ‘Adakah aku di alam realiti?’
Akmal segera mendekati hafiz. Akmal mengambil semula kertas biodata tadi di tangan hafiz. Akmal membelek semula. Hafiz hanya membiarkan.

“sekarang puas hati?” akmal masih berdiam diri. Dia memikirkan sesuatu. Mukanya Nampak muram dan kusam.

“kau ni akmal. Kenapa pulak tak happy ni? Patutnya kau gembira sebab ada akhawat nak melamar kau”

“kau tolong cakap kat akhawat ni. Mintak maaf sangat. Aku tak boleh terima dia”

“ya Allah. Aku tak faham la kau ni. Aritu beria-ria cakap nak kahwin masa belajar? Nak yang cantik. Berpurdah. Nak yang belajar luar Negara. Dan yang paling penting, kau nak yang hafizah 30 juz. Ha, akhawat ni semua ada. Umur pun ok. Muda dua tahun dari kau. Apa lagi yang tak cukup? Cuba cerita”

“ya, semua ciri-ciri yang aku idamkan ada kat dia. Aku tak nafikan. Tapi kadang-kadang kau kena fikir, tak semestinya setiap impian wajib kita tunaikan”

“tapi impian kau hampir jadi kenyataan. Hanya perlu cakap setuju. Semua berjalan”

“aku seorang yang setia pis” hafiz memahami maksud akmal.

“cinta kau dulu cinta monyet je akmal. Suka atas dasar nafsu. Lagipun masa tu kau budak-budak lagi. Kau bukan tau apa-apa masa tu. Kau lupakanlah dia tu”

“tu dulu pis. Sekarang dah lain. Cinta kebudak-budakan dulu dah berubah menjadi matang. Aku tak pandang dia 10 tahun dulu lagi. Aku pandang dia sebagai manusia dewasa yang dah belajar dari kesilapan dulu. pengalaman tu semua mematangkan usia. Kau tak boleh nafikan”

“tapi akmal, dia tak ada ciri-ciri wanita yang kau idamkan. Masih belum terlambat untuk kau mengubah arah. Lagipun dia belum sah menjadi milik kau. Korang berdua tak ada apa-apa ikatan pun”

“kau ingat wanita ni macam barang ke? Kalau handphone kau boleh tukar kalau kau tak berkenan. Ini wanita pis. Sekali kau dah ambil hati dia, kau kena jaga. Mana boleh tukar-tukar macam tu je”

“tapi akhawat ni hafizah 30 juz akmal. Kau kan nak sangat kahwin dengan hafizah? Nama dia pun hafizah”

“tak apa la hafiz, Allah dah susun sesuatu yang lebih baik untuk aku. Aku yakin. Kau doakan je la ye. Senang cerita, kau je la kahwin dengan dia. Nama pun dah dekat sama. Hafiz dan hafizah”

***

“termenung apa tu bang?” akmal tersentak dari lamunan.

“eh, tak ada apa la yang. Teringat kisah dulu je”

“kisah apa tu bang? Tak nak kongsi?”

“hehe. Malam nanti abang cerita ye” akmal mengukir senyum. Isterinya membalas dengan senyuman yang lebih manis. Akmal segera memegang erat tangan isterinya. Cinta yang disemai selepas nikah adalah jauh lebih indah dari yang dia sangkakan. Suasana menjadi sepi seketika. Mereka berdua tenggelam dalam perasaan yang sukar digambarkan.

“ring…ring…” tiba-tiba deringan telefon bimbit akmal memecah sepi. Akmal segera menjawab. Tangan kirinya masih tidak melepas genggaman tangan isterinya. Isterinya hanya tersenyum.

“assalamualaikum akmal, kau kat mana ni?”

“kat rumah la. Kenapa pis?”

“maaf la ganggu kau waktu macam ni”

“tak mengapa pis. Ada apa tu?”

“aku Cuma nak Tanya, zaujah aku ada dekat rumah kau tak sekarang? Aku telefon dia banyak kali tak dapat-dapat. Handphone dia tutup kot. Risau aku” isteri akmal yang mendengar perbualan itu segera mengangguk laju dan menunjukkan isyarat tangan kepada akmal.

“owh, tau pun risau zaujah. Dia ada kat sini. Datang la ambil dia. Dah lewat malam dah ni. Tak kan nak suruh dia balik naik teksi kot. Bahaya”

“fuh..lega hati aku dengar. Ok, memang nak ambil dia pun. Petang tadi aku busy sangat sampai tak boleh hantar dia. Mesti dia tengah merajuk tu. Tu sebab dia sengaja tutup handphone dia” isteri akmal yang mendengar sekali lagi membuat isyarat tangan bahawa telefon bimbit isteri hafiz tiada bateri. Akmal hanya mengangguk tanda faham.

“mana ada dia merajuk la. Bateri handphone dia habis. Tak sempat charge la tu. Ok la pis, datang rumah aku ye. Cepat sikit. Kalau lewat, nanti takut dia merajuk betul-betul pulak. Hehe” akmal bergurau. Isterinya hanya tersenyum.

“ok, aku on the way la ni. Assalamualaikum”

“waalaikumussalam” akmal segera mendapatkan semula tangan isterinya.

“bang, lupa nak bagitau tadi. Ada berita baik ni” isteri akmal memula bicara.

“ha, berita apa pulak tu?”

“anak kita, syazwani, dah hafal 1 juzuk bang”

“betul? Alhamdulillah”

“lagi satu bang, kak hafizah cakap anak kita ada potensi menjadi hafizah satu hari nanti” isteri akmal menguntum senyum. Akmal pun begitu.

“ok yang, pergi bagitau hafizah yang laki dia nak datang dah tu. Esok-esok boleh sambung mengajar anak kita tu”

“ops, lupa pulak ayang. Ok, ayang turun dulu ye. Sekejap lagi ayang naik semula”

“ok yang”

Akmal menarik nafas lega. Impiannya untuk memiliki seorang hafizah dalam keluarganya hampir tercapai. Meskipun bukan isterinya, tapi anaknya. Itu pun sudah cukup membahagiakan. Bagi akmal, setiap yang diatur Allah ini semuanya tersusun rapi. Cuma manusia yang celik mata hati akan mampu melihat segalanya. Kerana Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan, tetapi Dia memberi manusia apa yang diperlukan. Akmal merasakan pengorbanannya satu ketika dahulu kini sudah terbalas. Akmal memanjat syukur atas semua yang telah berlaku dalam hidupnya. Hidupnya kini bahagia.

“bang! Turun makan dulu. Dah siap dah ni. Kalau lambat nanti lauk sejuk. Tak sedap pulak”

“ok yang! Abang turun”

***

‘Tamat sebuah kisah cinta’

Comments
22 Responses to “Hafizah”
  1. kpah k-poh says:

    Gitulah ketentuan Allah…

  2. ila says:

    ehem.. pengalaman ke?:)
    papepun nice,mesej sampai n lagi satu, budak tu comellll sangat,culik mana tu^^

  3. qalamdaie says:

    helwa mata membacanya..🙂

  4. cawan says:

    benar.. “Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan, tetapi Dia memberi manusia apa yang diperlukan”..
    apepun nice story.. teruskan melakar perjuangan dijalan dakwah ini.. syukran,..

  5. faqih says:

    bile nk update wordpress ni.. bz sgt agaknye ye.. x sempat

  6. efa says:

    Kerana Allah tidak memberikan apa yang manusia mahukan, tetapi Dia memberi manusia apa yang diperlukan

    ~suke quote di atas~

  7. dina darwina says:

    hehehehe..suke cerpen ne~~

  8. siti asmah nordin says:

    assalammualaikum… tahniah kerana mendapat seorang zawjati yg solehah…🙂 ana doakan kalian bahagia until jannah…🙂 amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: