Syria bumi berdarah

 

syria bumi berdarah

“muhannad, datang sini sekejap. Koh koh koh!” seorang ibu tua memanggil anaknya sambil terbatuk-batuk.

“ya ibu. Muhannad datang ni” muhannad duduk dan memegang tangan ibunya yang agak kering dan kasar. Wajah muhannad berubah. Tangan ibunya tersangat panas. Dengan pantas muhannad memegang pula dahi ibunya. ‘demam panas’. Muhannad menduga.

“muhannad jangan risau. Ibu sihat je. Cuma batuk sikit. Muhannad tolong ambilkan ubat batuk dan air kosong di dapur. Koh koh koh!” perlahan ibunya menutur bicara. Muhannad hanya mengangguk dan segera ke dapur.

Seminit kemudian, muhannad muncul dengan raut wajah yang muram.

“kenapa muhannad? Mana ubat?. Koh koh!”

“ubat dah habis ibu. Tak mengapa ibu. Ibu tunggu di sini, biar muhannad cari di pekan” muhannad mahu bangun dari duduknya. Tapi segera dihalang ibunya.

“jangan muhannad. Bahaya di luar. Tak kan muhannad dah lupa apa yang berlaku pada ayah dan adik muhannad? Koh koh!”

“tak apa ibu. Muhannad bukan mahu menunjuk perasaan, tapi hanya mahu membeli ubat untuk ibu. Insyaallah tiada apa yang akan berlaku. Ibu jangan risau ya” muhannad sudah bertekad. Apa pun yang bakal berlaku, semuanya pasti takdir yang tidak mampu dielakkan. Demi membantu ibunya yang sedang sakit, muhannad terus tabah.

Kini ibunya tidak mampu lagi menghalang. Hanya mampu melihat muhannad mengikat tali kasut dan membawa sedikit wang simpanan keluarganya.

“ok ibu, muhannad pergi dulu. Sebentar lagi muhannad pulang membawa ubat. Insyaallah” muhannad terus meninggalkan ibunya setelah mengucap salam. Muhannad tahu tindakannya mungkin berbahaya. Tapi apakan daya, itu sahaja usaha yang mampu dia lakukan ketika itu.

***

Setelah 1 jam

“koh koh koh!” ibunya masih terbatuk kuat. Muhannad masih belum pulang membawa ubat. Hati ibunya kuat menduga. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

“tok tok tok tok” pintu diketuk kuat oleh seseorang di luar rumahnya.

“siapa tu? Muhannad ke? Koh koh koh!”

“ya. Saya muhannad. Buka pintu ibu” ibunya ragu-ragu. Itu bukan suara muhannad. Dia cukup kenal suara anaknya sendiri.

“awak bukan muhannad. Siapa awak? Saya tidak akan buka pintu ni. Koh koh koh!”

“bukalah pintu ni! Jangan degil!” segera pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka luas.

Terkejut ibunya melihat di depannya dua orang tentera yang lengkap bersenjata memikul badan muhannad yang berlumuran darah.

“ya Allah…ya Allah…” hanya itu yang mampu dituturkan oleh ibunya. Air mata deras membasahi pipi.

“ini anak kau kan! Kau nak tengok dia mati depan mata kau ke??!!”

“apa…apa salah anak saya sampai kau nak bunuh dia?”

“anak kau ni berlari laju menuju kami. Kami tahu dia pasti nak serang kami. Jadi kami tembak dia. Nasib baik dia tak mati lagi!”

“ya Allah….muhannad…betul ke apa yang mereka cakapkan? Allah…”

“ibu…..muhannad tadi mencari ubat di merata tempat..tapi tak ada satu pun farmasi yang buka. Jadi muhannad nak pergi kepada mereka dan nak minta ubat dari mereka. Tapi mereka salah faham. Mereka tembak muhannad….” Muhannad menutur perlahan kerana menahan sakit. Tentera itu masih seperti tadi. Tiada sedikit pun rasa simpati.

“korang tolong lepaskan anak saya. Tolong. Betul apa yang dia cakap tadi. Dia tak bersalah” ibunya merayu sambil menangis. Sakit batuknya sudah tidak dihiraukan lagi. Asalkan anaknya dilepaskan.

“kau nak anak sampah kau ni?? Nah!” tentera tersebut segera melemparkan muhannad yang tidak berdaya di atas lantai. Ibunya segera mendekati. Ibunya memegang seraut wajah muhannad yang dilumuri darah.

“terima kasih banyak-banyak sebab lepaskan anak saya”

“kau ingat kitorang nak lepaskan macam tu je?”

“maksud korang?”

“nak ubat kan? Nah amik ni. pong!” sedas tembakan dilepaskan mengena tepat pada dada muhannad. Darah terpercik di muka ibunya. Muhannad syahid dipangkuan ibunya. Ibunya memeluk erat sekujur tubuh muhannad sambil meraung kuat. Tentera tersebut segera meninggalkan rumah muhannad sambil tergelak puas.

***

Mungkin ini situasi yang pernah atau sedang berlaku di Syria. Bagaimana perasaan kita? Adakah kita masih tidak ada apa-apa perasaan belas? Mungkin hati kita sudah mati. Atau mungkin kita sama sahaja dengan dua tentera tersebut. Apa yang sedang berlaku di Syria tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Kerana apa? Kerana kita tidak pernah merasa bahawa orang islam di Syria adalah saudara kita. Adik beradik kita. Keluarga kita. Jika itu benar, bermakna kita belum betul-betul memahami konsep saudara dalam islam.

Sedarlah bahawa siapa pun kita, di mana pun kita, bangsa apa pun kita, selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita semua saudara.

” Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah ” (al-hujurat: 10)

Sepatutnya kita merasa pedihnya mereka saudara seakidah kita di Syria. Kerana orang mukmin itu umpama sebuah jasad.

“perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih-sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebuah jasad. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (H.R bukhari dan muslim)

Jika mampu, hulurkan bantuan berupa kewangan pada agensi yang terlibat. Jika tidak mampu, maka berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa orang yang ikhlas mendoakan insyaallah akan diperkenankan.

Semoga bantuan Allah datang segera memusnahkan kezaliman kerajaan kuku besi di Syria. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Comments
8 Responses to “Syria bumi berdarah”
  1. faqih says:

    peluru kezaliman x mngenal usia..

  2. ucu keyna says:

    tbe2 ade air jatuh la kt pp sy😦

  3. ila says:

    ” siapa pun kita, di mana pun kita, bangsa apa pun kita, selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita semua saudara” -kenyataan yang semakin ramai umat islam lupakan T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: