Surat buat si dia

surat buat si dia

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan pemilik rusuk kiri ku, semoga ketika ini kau sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta dan di bawah lindungan redha pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.

Sengaja aku menuliskan surat ini semata-mata sebagai peringatan kita bersama bahawa cinta itu bukan di tangan kita, tetapi di tangan Sang Pencipta.

Mungkin kini kau merasakan jarak, masa dan urusan dunia telah memisahkan kita. Tapi ingatlah, Jarak bukan alasan untuk kita berkasih. Masa bukan alasan untuk kita merindu. Dan urusan dunia bukan alasan untuk kita bercinta.

Ketahuilah bahawa cinta tidak pernah bersalah, kerana yang bersalah ialah pengendali cinta. Malah cinta itu bertamu tanpa diundang. Kerana itu cinta perlu dikendali dengan baik. Dilawan, sengsaralah jiwa. Dilayan, matilah jiwa.

Kendalikan cinta dengan sebaiknya. Andai cinta tidak didasarkan pada cinta dan keredhaan Allah, maka sia-sia sahaja ucapan cinta yang diluah. Malah mungkin sahaja cinta itu yang akan membuatkan diri kita jatuh ke lembah hina. Malah mendekatkan kita dengan azab-Nya. Nyahkan cinta seperti itu dari hidup kita. Junjunglah cinta Allah dan Rasul di atas setiap gerak geri agar cinta selain itu ikut serta dalam lindungan-Nya.

Mungkin kau tertanya apakah yang harus dilakukan untuk mendambakan cinta dari manusia soleh andai cinta tidak diluah dan rindu tidak disemai. Jawapanku mudah. Sudah lupakah kau pada ayat suci Al-quran yang bermaksud:

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Tetapkan hati dan yakin sepenuh jiwa bahawa janji Allah itu benar. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Cintailah manusia kerana Allah, bukan cintai Allah kerana manusia.

Seperkara yang penting, manusia sudah pasti tiada yang sesempurna malaikat. Jika kau mendambakan sempurna tiada cela dan cacat, sebenarnya kau telah tertipu. Malah hakikat pernikahan adalah untuk saling menampung yang kurang dari pasangan. Redhalah bahawa aku bukanlah lelaki sempurna. Begitu juga aku redha kau adalah wanita yang tidak sempurna.

Kerana apa aku mengharapkan pernikahan menjadi pengikat antara kita? Kerana tiada jalan lain yang lebih suci dan bersih selain jalan ini untuk menghalalkan sesuatu hubungan antara dua jantina berbeza. Mungkin kau menduga bahawa jalan ini sukar dan penuh liku. Ya, aku akuinya. Memang ianya sebuah jalan yang penuh liku. Kerana tiada sebuah kebahagiaan pun yang ingin digapai tanpa dibasahi peluh dan dicalari duri. Untuk memperoleh syurga Allah pun perlu mengorbankan harta dan jiwa. Jadi bersabarlah menghadapi kepahitan terlebih dahulu kerana aku yakin dipenghujungnya pasti kau akan temui kemanisan.

Marilah kita merealisasikan impian mahligai perkahwinan. Kerana hanya dengan perkahwinan, hati kita menjadi satu. Janji kita menjadi jitu. Dan cinta kita menjadi padu. Kemudian pasti datang menerpa kita sakinah, mawaddah dan rahmah. Aku yakin kerana janji Allah tidak pernah dimungkiri.

Pesan terakhirku buat pemilik tulang rusuk kiriku, bagaimana mungkin rumah yang cantik dan besar dibina di atas tapak yang rapuh dan goyah. Begitu juga pernikahan yang suci dan mulia mana mungkin terbina atas dasar cinta yang palsu dan menipu. Kerana itu aku takut berjanji, kerana aku bimbang tidak mampu menunaikannya. Kita hanya merancang, keputusan tetap di tangan-Nya. Yakinlah. Insyaallah.

Yang benar,

Lelaki tidak sempurna.

 

Comments
28 Responses to “Surat buat si dia”
  1. ucu keyna says:

    mohon copy ek..
    nk bg kt org 🙂

  2. faqih says:

    harapan yg sekian lama kini tinggal angan,tiada lg ruang…tahniah dan berbahagialah!!

  3. faqih says:

    sape insan yg btuah tu?

  4. faqih says:

    wow!!hehe…terbaek la jwpn

  5. caliph says:

    smoga ketemu nanti pelangi indah, insyaAllah 🙂

  6. Mawar says:

    Sungguh indah..Teruskan beusaha dan jangan berputus asa mencari pemilik rusuk kiri awak..InsyaAllah..kan ketemu jua..tertarik dengan ayat..

    “cinta tidak pernah bersalah, kerana yang bersalah si pengendali cinta”

    Andai hati dikecewakan oleh orang yg trsyg, cinta jgn disisihkan…

  7. ucu keyna says:

    stuju ek?
    hehe..tocey2..
    ucu x ske tande seru..
    rase cm di marahi jek..

  8. ila says:

    pinjam surat ustaz ni boleh..syukran

  9. efa says:

    wahhh..sebak bleh baca surat ini.. 😥

  10. siti asmah nordin says:

    assalammualaikum…ana suka surat anta… moga anta berjumpa gadis yg dicari… insyaAllah… الله akn permudahkan segalanya… 🙂

    • izzysabki says:

      wslm….insyaallah..surat tu tulis main2 je…mana tau jodoh sy kt luar tu trbaca…blh tau skt2 apa yg sy mksudkn…bknlah mngharap smpurna…dn sy pon yakin jodoh sy nnt bkanla smpurna dn blh trima sy yg xsmpurna…:)

Leave a reply to caliph Cancel reply