Rindu

Rindu berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka bermaksud: (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. Atau maksud lainnya: ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dengan seseorang. Contoh peribahasa: bagai pungguk rindukan bulan.

Perasaan rindu ialah satu anugerah mahal yang tidak boleh diada-adakan. Bahkan ia adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya apabila teringat pada seseorang atau perkara yang dia sayang. Terkadang rindu ini boleh datang walaupun baru semalam berjumpa dengan seseorang.  Jadi tidak menjadi mustahil andai rindu datang apabila sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

Perasaan rindu yang timbul tanpa diundang adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya. Ia bukan satu kesalahan kerana manusia tidak mampu menghalang perasaan rindu. Ia soal hati. Perasaan dalaman. Bukan seperti mencuri yang tindakannya menggunakan tangan. Dan mencarut yang tindakannya menggunakan mulut. Kerana Allah Maha Adil. Soal hati hanya Allah sahaja mampu menghukum. Manusia tidak.

Kerana itu di dalam syariat islam, tiada satu pun hukuman yang dikenakan keatas pesalah hati. Semua hukuman adalah berdasarkan kepada tindakan luaran dan zahir yang dipilih sendiri oleh manusia untuk melakukannya. Seperti hukum mencuri. Seorang pencuri hanya dihukum selepas dia mencuri. Bukan dihukum kerana niat dalam hatinya untuk mencuri. Kerana maksiat yang terlintas di hati untuk melakukannya tetapi tidak dilakukan, tidak dikira berdosa. Tetapi ibadah yang terlintas di hati walaupun belum melakukannya, dikira pahala. Inilah bukti Sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah kepada hamba-Nya.

Berbalik pada perasaan rindu. Hebatnya Allah menciptakan perasaan ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia. Rindu sebagai tali penghubung hati meski jasad dipisahkan oleh jarak dan masa. Allah Maha Tahu bahawa hamba-Nya yang bertemu sesama mereka pasti ada waktunya terpaksa berpisah. Kerana itu rindu dicipta semata-mata sebagai pertalian yang tidak mungkin terputus antara manusia meski terpaksa melalui perpisahan. Malah manusia yang dipisahkan oleh dua alam yang berbeza pun mampu merasakan kewujudannya dengan perasaan rindu. Masyaallah.

Namun rindu yang timbul ini andai disalah guna, ia mampu menukar daripada sesuatu anugerah kepada kesalahan. Kerana rindu yang timbul jika tidak dikawal, mampu membawa manusia ke arah kerosakan. Seperti mana harta. Kehadiran harta dalam hidup manusia pada asalnya rezeki dan anugerah untuk manusia hidup atas muka bumi ini dengan senang. Tetapi andai harta disalah guna, maka harta tadi mampu membawa manusia kearah kerosakan. Seperti itulah rindu.

Tetapi sebaik-baik rindu manusia ialah pada Pencipta manusia. Allah. Rindu yang tiada tandingan. Meski tidak pernah bertemu, tetapi perasaan rindu untuk bertemu Allah cukup kuat. Kerana hati kita juga makhluk ciptaan-Nya. Hati mampu berbicara pada penciptanya. Bukan sahaja hati, malah seluruh jiwa dan anggota badan kita pasti merindukan untuk bertemu dengan Allah di akhirat kelak dan melihat wajah-Nya.

Daripada Suhaib daripada Nabi s.a.w sabda baginda: “Apabila Ahli Syurga telah memasuki syurga, Allah akan berkata: ‘Kamu menghendaki sesuatu supaya Aku tambahkan lagi?’ lalu mereka menjawab: ‘Bukankah Kamu telah memutihkan wajah kami? Bukankah Kamu telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?! –kata baginda- : Maka Allah menyingkap tabir dan tidaklah diberi nikmat yang lebih mereka cintai selain daripada melihat kepada Tuhan mereka Azza wa Jalla” (H.R Muslim)

Hebat sungguh rindu pada Allah. Berbeza rindu pada manusia. Andai seseorang rindu pada sahabatnya, belum tentu sahabatnya tahu kecuali selepas ia memberitahunya. Tetapi istimewanya rindu pada Allah, tidak perlu memberitahu Allah, Dia sudah Tahu hamba-Nya rindu pada-Nya. Masyaallah. Begitulah hebatnya rindu pada Allah. Rindumu pasti berbalas di dunia. Malah ditambah lagi ketenangan. Ditambah rezeki dan ditambah pula nikmat syurga dan melihat wajah-Nya di akhirat kelak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa merindukan Allah. Insyaallah.

Comments
6 Responses to “Rindu”
  1. ila says:

    benar.rindu itu anugerah.maka haruslah dijaga dan dikawal dengan iman,bukan nafsu dan syaitan yang sering menyesatkan.

    moga sentiasa dalam peliharaanNya.moga Allah redha kita semua.Allahumma ameen^^

  2. dina darwina says:

    entry yg berjaya menitiskan air mata..rasa kerdil sdgkn kite slalu merindui org yg salah..tetapi x merindui yg akn membalas rindu kite..masyaallah..syukran izzy..betul2 menyentuh hati T_T..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: