Demi cinta ilahi (bab 5)

Pagi itu izzat datang awal ke kelas. Memandangkan hari itu ialah hari dia bertugas sebagai tukang sapu sampah kelas. Sebelum ini dia pernah mengabaikan tugasnya sebagai tukang sapu sampah yang tertulis kemas di dalam kad manila besar dan berwarna warni yang ditampal di papan kenyataan, tetapi kemudiannya ditegur oleh guru kelas.

Fara yang mengetahui izzat bertugas pagi ini, datang awal juga ke kelas semata-mata untuk menjalankan strateginya yang seterusnya.

“Izzat. Kau sini jap” fara memanggil izzat apabila dia memastikan tiada siapa di dalam kelas kecuali mereka.

Izzat yang sedang menyapu sampah di hadapan kelas terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya, “ada apa fara? Kalau pasal hani aku tak nak masuk campur”

“weh izzat, kau dengar dulu penjelasan aku. Ini bukan soal main-main. Ini soal hati”

“jadi? Apa kaitannya dengan aku?”

“kaitannya ialah si hani tu dah terpikat dengan kau. Kalau kau tinggalkan dia macam tu je, dia boleh sakit. Dia tak boleh tumpu belajar. Dia selalu stress”

“habis tu? Kau nak aku buat apa? Nak sambung semula? Haha..sorry la fara. Aku ni jenis tetap pendirian. Kalau dah kata tak nak, aku tak akan kata nak”

“ok fine, kalau itu yang kau nak, aku tak boleh buat apa. Tapi tolonglah ambil surat ni dan baca. Ini mungkin jadi surat terakhir dari dia untuk kau. Aku malas nak paksa. Tapi ini yang terakhir aku janji” fara segera menghulurkan sekeping surat yang dilipat kemas kepada izzat. Izzat pada mulanya tidak mahu mengambilnya, tetapi diambil juga kerana perasaan kesian pada hani.

“ok aku baca. Tapi ini yang terakhir. Lepas ni aku tak nak apa-apa surat lagi. Boleh?” fara tersenyum lebar. Hatinya melonjak riang kerana dia tahu izzat pasti cair membaca isi kandungan surat itu.

“ok. Aku janji ini yang terakhir. Kau jangan risau. Ok aku blah dulu, nak makan. Simpan surat tu elok-elok. Jangan sampai kantoi ye!”

Fara berlalu pergi meninggalkan izzat keseorangan. Dia terpacak beberapa saat di tempat dia berdiri tadi. Surat yang diterimanya itu masih dalam genggamannya. Fikirannya mula tidak tenteram.

***

Tengahari itu, izzat dan azim makan bersama di kantin sekolah. Seperti biasa mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan di luar kelas. Sambil makan, mereka berdua bersembang tentang pelbagai perkara. Dari hal sekolah, rumah, cuti dan akhirnya masuk tentang hal cinta.

“macam mana izzat? Dah setel dengan hani?”

“macam tu la..”

“macam tu macam mana? Dah tak ada surat lagi dari dia?”

“surat? Tak ada dah kot..” jawapan izzat mendatar. Dia terpaksa berbohong untuk menyembunyikan hal surat yang baru diterimanya itu dari pengetahuan kawannya, azim. Niatnya dia mahu membaca terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hani.

“hmmm…baguslah. Maknanya dia memang tak suka kau. Aku dah bagitahu awal-awal. Cinta budak sekolah ni izzat, faham-faham lah. Cinta monyet. Cinta hangat tahi ayam. Mula-mula je semangat, last-last diam macam tu je. Hehe”

“hmmm..” izzat mengeluh perlahan.

“aik. Kau ni izzat? Kenapa? Macam tak suka je aku cakap pasal hani? Ke kau masih ingat dia?” azim menduga. Dia sudah dapat membaca air muka izzat berubah apabila menyebut nama hani.

“tak ada apa-apa la. Ok, aku nak ke tandas kejap. Kau habiskan ni boleh?” izzat menyerahkan semangkuk bubur yang masih berbaki kepada azim. Kemudian berlalu pergi. Azim menduga sesuatu. Ini adalah kali pertama izzat tidak menghabiskan makanannya.

“ok, nanti jumpa dalam kelas ye!”

Di dalam tandas, izzat sengaja membuka air paip supaya kerjanya tidak didengari orang di luar. Kemudian tanpa membuang masa, perlahan-lahan izzat mengeluarkan sekeping surat dari poketnya. Kemudian dia membuka lipatan surat itu perlahan-lahan. Mata izzat mula menumpu sepenuh perhatian pada surat itu setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat.

Setelah selesai membelek surat tersebut, izzat tersandar di dinding tandas. Fikirannya bercelaru. Hatinya resah. Memikirkan sesuatu yang menyerabutkan. Dia sudah agak, ini adalah surat pujukan. Bukan surat perpisahan. Fikirannya mula teringat pada peristiwa semalam. Dia ternampak hani yang berjalan longlai sambil menangis ditemani oleh fara dan kawannya  yang tidak jauh darinya. Pada mulanya dia menyangka itu hanyalah lakonan mereka untuk memujuknya. Sehingga surat ini dibaca, barulah dia dapat merasai bahawa hani betul-betul terseksa apabila izzat meminta untuk putus.

Izzat berbicara dalam hati: “apa yang perlu aku lakukan? Aku rasa bersalah. Memang benar cinta yang tidak melalui landasan syarak itu haram. Tetapi melukakan hati seseorang atas dasar kemanusiaan juga haram. Benarlah wanita itu makhluk hati. Tidak sama seperti lelaki. Luka hatinya mungkin boleh menyebabkan kesan seumur hidup. Ya Allah, berdosanya aku”

Izzat segera melipat semula surat itu dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia mengemaskan diri sebelum keluar dari tandas setelah memastikan waktu rehat sudah tamat.

“aku tidak temui jalan lain kecuali jalan itu. Ya Allah. Mudahkanlah”

Bersambung..:)

Comments
10 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 5)”
  1. dina darwina says:

    cerita yg slalu ada dlm diri remaja skrg kn🙂

    • izzysabki says:

      aah…insyaallah nk mngajar remaja erti cinta sbnar dlm realiti sbnar:)

      • mawar says:

        Cinta yang tidak melalui landasan syarak itu haram. Tetapi melukakan hati seseorang atas dasar kemanusiaan juga haram. Habis ap yg perlu dilakukan??

      • izzysabki says:

        heheheh…jadi tunggulah episod akan dtg…kite tgk apa yg izzat buat…mmg kedua2nya tdak boleh..tp pasti ada salah 1 yg mudharatnya kurg sdikit dr yg 1 lg..izzat trpaksa memilih salah 1:D

  2. mawar says:

    ermm..ok..smoga ia dpt bagi petunjuk kepada saya juga utk memilih..

    • izzysabki says:

      insyaallah…tp suka diingatkan yg cite ni hanyalah smata2 pngumpulan cerita2 dn pngalamn2 rakan2 yg prnah mngalaminya…bknlah brmakna ia bnar dan msti diikuti…skadar panduan dn pngajaran:)

  3. caliph says:

    aisey, ingat bole tau ending citer trus, huh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: