Pra Ramadan: Naik gaji!

“Assalamualaikum semua”. Seorang bos memberi salam ketika memasuki bilik mesyuarat.

“waalaikumussalam..”. Jawab pekerja-pekerjanya serentak.

“ok, pertama kalinya saya nak minta maaf kepada anda semua kerana keterlewatan saya. Dimaklumkan kepada saya bahawa masih ramai tidak mengetahui apa tujuan sebenar kita mengadakan mesyuarat tergempar ini”. Semua pekerja hanya mengangguk setuju dan tekun menunggu butiran selanjutnya yang akan keluar dari mulut bos mereka.

“Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada semua bahawa bulan September nanti gaji anda semua dilipat ganda sebanyak sepuluh kali ganda”. Semua tergamam. Mulut melopong seperti tidak percaya apa yang didengari sebentar tadi. Bos hanya tersenyum.

“ya, apa yang saya katakan tadi benar belaka. Setiap bidang tugas akan mendapat kenaikan gaji sepuluh kali ganda. Sebagai contoh, office boy yang bergaji RM1500 akan dinaikkan menjadi RM15000. Begitu juga dengan yang lain-lain” Semua pekerja masih tergamam tidak percaya.

“Tetapi ingat..hanya pada bulan September sahaja. Bulan-bulan selepas itu akan seperti biasa” Semua pekerja mula berbisik sesama mereka dan ada yang menggerakkan jari seperti mengira sesuatu.

“Semua setuju? Kalau setuju angkat tangan!”

“Setuju!!” Dengan nada yang kuat dan pantas, semua pekerja di dalam mesyuarat itu memberi respon sambil mengangkat tangan lurus ke atas.

“tetapi dengan satu syarat..”

“Apa dia syarat tu bos?” seorang pekerjanya bertanya.

“Semua mesti melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Lebih baik dari sebelum ini. Ok?”

“ok bos!!” semua pekerja menjawab serentak sambil tersenyum lebar.

***

Melihat situasi di atas, apakah respon kita jika kita adalah salah seorang dari pekerja itu? Pasti gembira yang teramat. Kerana kenaikan gaji yang tinggi beserta syarat yang mudah untuk ditunaikan.

Tetapi kita sering lupa. Kita sebagai seorang muslim juga sering kali ditawarkan kenaikan gaji seperti itu. Malah lebih baik dan besar ganjarannya. Setiap amal soleh atau ibadah pada satu bulan itu pasti diganjari dengan kenaikan gaji berlipat kali ganda. Malah setiap tahun akan diberikan peluang untuk berjumpa dengan bulan itu.

Gaji itu perumpamaan dari pahala.

Ganjarannya jauh lebih baik kerana bukan digandakan sepuluh kali ganda, tetapi 70 kali ganda.

Malah pemberi pahala sebanyak itu adalah Allah Tuhan semesta alam, bukan manusia.

Dan bulan itu ialah bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu (Ramadan) dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib, dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu” ( H.R Salman r.a.)

Nah! Mahu apa lagi? Sudahlah diberi peluang selama sebulan untuk mengutip ganjaran sebanyak mungkin, kemudian setiap 1 amalan diganjarkan pula sebanyak 70 kali ganda. Kalau peluang ini pun diabaikan, tak tahu la nak kata apa lagi.

Pandai-pandai lah fikir ya.

Selamat beramal. ^^

Comments
4 Responses to “Pra Ramadan: Naik gaji!”
  1. ila says:

    selamat menjalani ibadah puasa
    moga ramadhan kali ini lebih bermakna.insyaAllah

  2. dina darwina says:

    izzy..tiap kali dina baca post izzy msti meremang bulu roma🙂 syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: