Menjadi tetamu Allah sekali lagi

 

Hari ini aku sekali lagi bakal menempuh perjalanan panjang menuju tanah suci. Ini kali kedua. Biar panas dan penat menjadi teman, tetapi biarlah ia sekadar penguat kecintaan pada tuan empunya kaabah, bukan pengurang.

Perjalanan nanti menaiki bas dari Jordan terus menuju ke Mekah yang mengambil masa lebih kurang 24 jam. 1 hari penuh perjalanan. Pengalaman kali pertama dulu biarlah sedikit sebanyak menjadi guru dalam menghadapi perjalanan kedua ini.

Alhamdulillah, kali ini aku akan cuba siapkan diri sebaik mungkin. Bersedia jasad dan ruh. Kerana untuk berjumpa dengan kekasih hati bukan boleh sambil lewa. Segala persiapan harus padat. Biar perjumpaan nanti membuahkan seribu kenangan dan rahmat ke dalam hidup aku selepas ini.

Umrah kali ini bagi aku ia cukup bermakna. Kerana aku bakal merasai kepenatan bertawaf dan bersa’ie dalam keadaan panas dan berpuasa. Ya, itulah ujian sebenar. Kebetulan ramadhan kali ini jatuh dalam musim panas.

Aku gembira kerana aku menjadi tetamunya pada bulan Ramadhan yang penuh berkat. Lebih-lebih lagi apabila terkenangkan maksud sebuah hadis yang berbunyi:

Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji” [HR Bukhari dan Muslim].

Dikesempatan ini juga, aku berharap akan berjumpa dengan malam lailatul qadr yang dijanjikan Allah sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Moga bertemu insyaallah.

Rindunya aku mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Rindunya aku mahu mencium wangian masjidil haram. Rindunya aku mahu sujud di depan rumah-Mu. Rindunya aku mahu berjumpa kekasih hati-Mu Rasulullah s.a.w. Aku rindu semua itu.

“Ya Allah. Semoga Kau izinkan aku menjadi tetamu Mu lagi. Aku malu akan dosa-dosaku yang bertimbun. Kau hapuskanlah ia. Kau tanamkan dalam hati ini kebencian pada maksiat. Semoga segala amalanku diterima. Amin”

Comments
3 Responses to “Menjadi tetamu Allah sekali lagi”
  1. mawar says:

    Amin….

  2. siti asmah nordin says:

    assalammualaikum…semoga anta sentiasa berada dalam keredhaan الله… amin…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: