Demi cinta ilahi (bab 6)

Petang itu Izzat duduk seorang diri dalam bilik asrama. Semua rakannya yang lain sibuk melakukan aktiviti luar. Izzat perlahan-lahan menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Sekeping surat diambil dan dibuka lipatannya. Surat itu adalah yang ke-5 dari hani. Dan hari itu secara rasminya izzat dan hani menjadi pasangan bercinta selama lebih 3 bulan.

Izzat tersenyum seorang diri tatkala membaca setiap baris dan rangkap dalam surat tersebut. Kali ini izzat lebih berhati-hati dalam soal cintanya. Kini dia lebih ‘matang’ dalam menyorokkan rahsia tersebut dari pengetahuan umum termasuk kawan baiknya sendiri, azim. Dan petang itu izzat amat yakin azim sedang di bilik studi mentelaah subjek SMA yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

“hehe, kali ni tak ada siapa tahu yang aku betul-betul cintakan hani. Hani kekasih hatiku dan akan jadi pemaisuri hatiku suatu hari nanti. Aku janji”. Izzat bermonolog dalam hati sambil tersenyum kambing mengenangkan senyuman manis hani di sekolah pagi tadi. Muka izzat berubah kemerahan.

Sedang izzat melayan perasaan jiwangnya, tiba-tiba izzat terdengar bunyi derap langkah seseorang di luar biliknya. Dia segera melipat kemas surat tersebut dan diselitkan semula ke dalam poket seluarnya dan terus berpura-pura tidur.

“izzat! Dah nak maghrib ni. Cepat siap-siap mandi. Apa tidur petang ni? Nanti gila baru tahu! Orang masa petang-petang la waktu amik udara kat luar, bukan tidur bagai. Aih..apa nak jadi dengan kau ni izzat. Cakap nak kahwin? Kalau nak kahwin mana boleh tidur petang, nanti isteri dan anak-anak ikut perangai kau…..”. azim sengaja membebel panjang untuk melihat respon dari izzat.

“yela-yela aku bangun. Haish..membebel je kau ni. Sakit telinga aku”

“haa, pandai pulak kau bangun bila sebut pasal kahwin. Izzat…izzat…”. Azim segera meninggalkan izzat dengan membawa kelengkapan mandi sambil tersenyum.

***

Petang itu pula hani sedang membantu ibunya di dapur bagi menyediakan makan malam. Ibunya tekun memasak. Hani berada disebelahnya pun seperti tiada. Hani seperti tidak dipeduli. Muka ibunya masam mencuka tidak seperti sebelum ini. Hatinya mula berdebar. Fikirannya ligat berfikir apa sebenarnya yang sedang difikirkan oleh ibunya. Ibunya sebelum ini ceria, suka bersembang di dapur. Tetapi kali ini tidak.

“umi, umi ok ker?” hani cuba memecah sepi. Tetapi tidak berhasil apabila ibunya segera meninggalkan dapur tanpa berkata walau sepatah ayat.

Hani terkedu. Ibunya tidak pernah begitu. Itu kali pertama. Hani tiba-tiba berperasangka. Mungkin ibu dan ayahnya sudah mengetahui kisah cintanya di sekolah. Setiap kali dia memikirkan perkara itu, hatinya berdegup kencang. Jantungnya lemah. Wajahnya pucat.

“macam mana kalau umi tahu? Kalau babah tahu?”. Hani berhenti dari memotong bawang setelah membayangkan wajah garang ayahnya. Pisau di tangannya dilepaskan. Akalnya mula ligat berfikir mencari penyelesaian jika andaiannya tadi tepat. Hani segera meninggalkan dapur dan masuk ke biliknya. Pintu bilik dikunci. Petang itu hani hampir tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya terbaring lemah. Segala anggota tubuhnya kaku. Hani ligat berfikir sehingga penat dan akhirnya dia tertidur.

***

“hani. Babah dan umi ada sesuatu nak cakap dengan hani” pakcik razak memulakan bicara. Makcik khadijah hanya memerhati dari tepi. Melihat respon anaknya dengan pandangan tajam menikam. Hani terkedu. Wajahnya pucat.

“err…ada apa babah?” hani sengaja mengukir senyum supaya Nampak tenang. Tapi senyumannya hambar.

“pagi tadi babah dan umi ada terima panggilan dari makcik dalila”. Muka pakcik razak serius. Tiada tanda-tanda akan reda dengan segera.

“hmm..” hani tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya mampu mengeluh. Dia sudah dapat merasakan andaiannya tadi tepat. Tambahan apabila mendengar nama makcik dalila disebut oleh ayahnya.

“jadi babah dan umi tak mahu banyak bertanya. Cuma kami nak dengar pengakuan dari mulut hani sendiri. Betul ke hani bercinta di sekolah?” soalan ringkas dan padat itu bagai sudah mampu meluluhkan jantung hani. Badannya tiba-tiba lemah dan tak berdaya. Wajahnya terus tertunduk memandang ke lantai. Fikirannya kosong.

Hani diam seribu bahasa. Air matanya akhirnya mengalir tanda setuju dengan soalan ayahnya sebentar tadi. Pakcik razak dan makcik khadijah masih menunggu jawapan yang pasti dari mulut hani sendiri.

“hani? Jawab soalan babah tadi” pakcik razak masih mendesak. Hani terus mendiamkan diri.

“hani, jawab hani!” kali ini suara mula ditinggikan.

“hani!”

“hani, bangun hani!”

Tiba-tiba hani terjaga dari lenanya. Hani menggosok-gosok matanya yang basah. Hani melihat sekeliling. Dia di dalam bilik tidunya. Dia memandang tepat muka kakaknya dihadapannya. Hani masih kabur dengan apa yang berlaku tadi. Kakaknya tersenyum melihat hani.

“woi hani, kau ni kenapa? Kena rasuk jin ke? Aku kejut kau tadi macam kejut orang pengsan. Kau ni ok ker?” aisyah memegang dahi hani. Tak panas. Tak sejuk. Suhu normal.

“errr…kak aisyah baru balik ke?” hani mula bersuara setelah memastikan dirinya sudah betul-betul kembali ke alam nyata.

“hai kau ni hani, buat aku risau je la. Yang kau kunci pintu kenapa? Nasib baik aku bawak kunci. Aku ingat kau pengsan tadi”

“err..tak ada apa-apa lah. Pening sikit je tadi. Babah dan umi mana?”

“ada bawah, tengah tunggu kau la. Solat maghrib berjemaah. Dah pukul 8. Cepat siap”

“owh..ok” hani lega setelah memastikan semuanya tadi hanya mimpi. Tapi segera memikirkan semula tentang ibunya yang bermuka masam petang tadi. Hani masih ragu-ragu.

“kak, kenapa dengan umi tadi? Dia Nampak macam lain je hari ni?”

“owh, umi sakit-sakit kepala. Katanya macam nak demam. Tapi tadi umi ok semula”

“owh..ok” kali ini hani betul-betul lega. Jantungnya yang dirasakan hampir luruh tadi kembali berfungsi dengan baik. Darahnya mengalir ke seluruh urat sarafnya seperti biasa. Hani beristighfar panjang.

“astaghfirullah…”

Bersambung…^^

Comments
2 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 6)”
  1. ila says:

    Emm..kebetulan^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: