Seputar kehidupan di Syria

 

Semenjak dua menjak ini, rata-rata manusia seluruh dunia sudah mendengar kisah perang di Syria yang sedang berlaku sekarang. Tidak kurang mereka yang bersungguh-sungguh mencari berita terkini tentang syria. Samaada dari berita rasmi Malaysia atau dari sumber-sumber lain termasuk dari facebook.

Bagi mereka yang tidak terlalu mengambil endah kisah perang di sana, mereka lebih gemar menonton  apa sahaja yang ada di kaca tv atau surat khabar. Kebiasaannya golongan seperti ini akan menerima bulat-bulat apa yang disampaikan dalam berita tersebut. Dan golongan seperti inilah yang akan sambil lewa dan selambanya mengecop atau menganggap peperangan yang berlaku di Syria adalah perang saudara atau perang diantara kerajaan dengan pemberontak. Lebih buruk lagi ada pula mereka yang mempercayai bahawa perang tersebut adalah peperangan yang dirancang oleh yahudi dan amerika untuk menjatuhkan kerajaan ‘islam’ syria.

Penulis selaku bekas penuntut di Negara berdarah itu mahu berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan berkaitan Negara itu sepanjang 3 tahun di sana. Sekadar perkongsian. Bukanlah kenyataan yang rasmi. Tetapi hasil pengumpulan pengalaman sepanjang tinggal di sana.

Pada awal jejak kakiku di sana, hatiku sudah mula tertanya-tanya apabila melihat banyak gambar-gambar seorang lelaki yang digantung di sana sini. Di atas bangunan. Di rumah. Di airport. Di dalam kereta. Di dalam pengangkutan awam. Besar ada, kecik pun ada. Lebih hebat lagi, ada tugu dan patung yang diukir rupanya. Untuk mengetahui siapakah gerangan orang tersebut, aku bertanya kepada seorang senior.

“aiman(bukan nama sebenar), gambar siapa tergantung sana sini tu? Presiden Syria ker?”

“shhhhhh!!!cakap perlahan-lahan sikit. Kat sini jangan cakap perkataan presiden, nanti SB dengar susah kita” dia berbisik di telinga aku.

“owh, jadi dia ni presiden? Siapa nama dia? Jap, SB tu apa?” aku pula berbisik padanya.

“nama dia basyar al-assad. Kalau kau nak cakap nama dia, kau tukarkan kepada paklong. Kat sini semua pelajar Malaysia memang panggil dia paklong. SB tu special branch. Atau mata-mata kerajaan. Kau panggil SB atau siput baik je senang. Orang Malaysia sini semua faham. Kalau SB ni tahu kita tengah cakap pasal paklong, habis kita kena soal”

“owh. Sampai macamtu sekali ye? Apa sebab diorang takut sangat? Sampai kena letak SB banyak-banyak ni?”

“nanti kat rumah aku cerita” kawanku menghabisi ceritanya di situ.

Pemerintah kuku besi? Itulah persepsi pertama aku apabila menjejakkan kaki di bumi Syria. Presidennya bukan calang-calang orang. Gambar diletakkan di mana-mana. Kemudian aku mendapat tahu bahawa setiap kedai dan rumah perlu meletakkan gambarnya supaya tidak diganggu oleh SB yang berkeliaran. Jadi rakyat menjadi takut. Terpaksa berlakon seperti orang yang tidak faham agama semata-mata untuk mengelak dari diganggu oleh SB. Ada juga yang menjadi SB hanya kerana tekanan hidup yang tinggi. Mungkin gaji menjadi SB lebih lumayan dari berniaga. Ini kerana system pemerintahan di Syria adalah mengikut system komunis. Separuh dari gaji perlu diserahkan kepada kerajaan. Sebab itu jangan terkejut jika anda dikenakan bayaran mahal ketika menggunakan perkhidmatan teksi. Ustaz yang mengajar aku di university juga terpaksa bekerja sebagai pengajar di pagi hari, pembaiki paip di petang hari dan dalam masa sama juga seorang peniaga. Hidupnya sederhana. Pergi ke university menaiki pengangkutan awam. Bekerja menggunakan basikal. Bayangkanlah kesempitan hidup rakyat Syria.

Fahaman atau gerakan yang berunsur islam dan jihad juga diharamkan di sana. Jika dapat ditangkap, penjara la jawabnya. Malah buku-buku tentang jihad atau yang berkaitan dengan kumpulan jihad juga disekat kemasukannya. Seperti buku yang dikarang oleh Hassan Al-Banna dan pengikut-pengikut ikhwanul muslimin sangat-sangat dilarang. Dan hampir mustahil untuk menemuinya di semua kedai buku di sana. Selain itu buku-buku dari sesetengah ulama’ salafi juga disekat.

Khutbah-khutbah, ceramah-ceramah, kelas-kelas pengajian juga mestilah tiada unsur-unsur jihad, kerajaan, politik dan yang berkaitan dengannya. Ulama-ulama muktabar di sana lebih berhati-hati dalam penyampaian mereka kerana bimbang ditangkap dan dipenjara. Aku juga sudah mendengar pelbagai cerita dari senior di sana berkaitan perkara ini. Ada ulama ditangkap selepas mengkritik kerajaan di mimbar masjid. Ada yang ditangkap di rumah . Ada yang di tangkap ketika mengajar. Dan banyak lagi. Semuanya kerana ada menyebut atau menyentuh soal kerajaan atau jihad atau politik. Jangan ditanya bagaimana boleh ditangkap. SB berkeliaran di mana-mana. Hatta ada yang menyamar menjadi anak murid semata-mata untuk mendapatkan maklumat tentang ulama’ tersebut. Begitulah nasib para ulama’ di sana.

Di university tempat aku belajar juga ada sekatan-sekatan dibuat. Lebih-lebih lagi kerana universityku adalah kepunyaan kerajaan. Pakaian berunsur islam seperti jubah tidak dibenarkan. Pakaian selain itu tidak mengapa. Malah aku mendapat tahu bahawa di kalangan pelajar juga ada yang diupah menjadi SB. Setiap Negara ada wakilnya. Termasuk Malaysia. Dan jangan terkejut, di kalangan tenaga pengajar juga ada. Dan aku juga mendapat tahu, anggaran banyaknya SB di sana ialah seorang setiap 10 orang. Lihatlah betapa ramainya SB dan hampir mustahil untuk lari dari perhatian mereka.

Untuk memohon visa pelajar amat-amat sukar. Ada mereka yang sudah 4 tahun baru mendapat visa pelajar. Yang lebih menyedihkan, sejak awal datang ke Syria sehingga balik Malaysia pun tidak pernah mempunyai visa pelajar sendiri. Jadi, kebanyakannya akan belajar di sana menggunakan visa pelancong. Yang perlu diperbaharui setiap 2 bulan sebanyak 3 kali. Kemudian setelah lengkap 6 bulan, perlu keluar dari Syria kemudian masuk semula ke Syria barulah visa pelancong bermula semula. Begitulah rutinku setiap 6 bulan di sana. Sebab itu tidak hairan aku banyak melancong ke Negara jiran Syria seperti Jordan, lubnan dan sekali ke turki. Bukan kerana mahu melancong, tetapi terpaksa melancong.

Seorang senior juga pernah memberitahu, bahawa pakaian seperti jubah tidak digalakkan selalu pakai. Malah janggut sebaiknya dipotong pendek. Kerana kebiasaannya SB akan menjadikan orang seperti ini sebagai sasaran soal siasat. Jadi jangan terkejut kerana orang-orang di Syria kebanyakannya tidak menyimpan janggut. Sedangkan mereka kaum arab mempunyai genetic mudah tumbuh janggut.

Permainan politik basyar dan ayahnya agak berbeza, tetapi lebih kurang sama. Sewaktu pemerintahan ayahnya dahulu, hafiz al-assad, lebih terbuka dari segi memberi masuk pelajar asing. Berbeza dengan anaknya basyar. Tetapi dari segi memberi ruang kepada pejuang-pejuang pembebasan palestin seperti hamas, basyar lebih terbuka. Tujuannya supaya dunia akan mlihat bahawa Syria secara terang-terangan menyokong hamas dan palestin. Hakikatnya adalah sebaliknya. kerana basyar tahu hamas adalah antara sayap-sayap ikhwanul muslimin. Tetapi masih diberi ruang dalam masa sama tidak membenarkan fahaman ikhwanul muslimin tersebar di dalam Syria. Bahasa ringkasnya, politik. Persamaan antara mereka berdua ialah membunuh rakyat sendiri. Sejarah telah menceritakan segala-galanya. Pada tahun 1982 di Hama, salah satu daerah di Syria, hafiz al-assad telah membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri. Hanya kerana mempunyai kaitan dengan ikhwanul muslimin. Pada waktu kini pula, anaknya meneruskan tradisi ayahnya. Lihatlah sendiri. Sudah berpuluh ribu rakyatnya dibunuh, tetapi dunia masih menyepi.

Rakyatnya pula yang didapati terlibat dengan aktiviti jihad atau politik, akan dipenjarakan dan nasib mereka tidak diketahui. Malah ada yang dipenjara selama bertahun-tahun tanpa disoal siasat. Tidak dibenar diziarahi oleh keluarga. Tidak dibenar melihat matahari sepanjang tahanan dan banyak lagi. Semua kisah dipenjara akan aku coretkan dalam artikel akan datang. Berkaitan pengalaman aku di dalam penjara bawah tanah di Syria.

Lihatlah sendiri dengan hati yang bersih. Anda boleh nilaikan sendiri bagaimana kehidupan di sana. Akal dan jasad Rakyat seperti dipenjarakan. Kerana itu rakyat bangkit menentang kezaliman. Tetapi sedih apabila rakyat yang bangkit menentang kuku besi dilabel sebagai pemberontak oleh sesetengah pihak termasuk media-media utama di Malaysia. Basyar kaki pembunuh pula disanjung sebagai mempertahankan islam dan Negara dari jajahan Negara luar. Cukup bijak media memutar belit fakta sehingga terlihat tahi itu menjadi wangi dan bunga itu menjadi busuk.

Satu faktor kenapa pembunuhan rakyat di Syria masih diteruskan oleh basyar dan disokong oleh Negara seperti iran, Iraq dan lubnan adalah kerana faktor perbezaan fahaman. Rakyat Syria rata-rata adalah berkefahaman dan beraqidah sunnah wal jamaah. Sedangkan basyar adalah syiah. Jadi tidak mustahil mereka membunuh rakyat mereka sendiri kerana dalam fahaman syiah, darah ahli sunni adalah halal dibunuh.

Jadi renungkan lah apa yang sebenarnya sudah berlaku di sana bertahun-tahun lamanya. Rakyatnya hidup seperti dipenjara di Negara sendiri. Segalanya tidak bebas. Suara tidak bebas. Tidak demokratik dan sosialis. Rakyat bangkit setelah bertahun-tahun jiwa mereka dipenjara. Bangkit menentang kezaliman. Bangkit menuntut hak sebagai rakyat. Dan bangkit untuk membawa islam yang sebenar kembali bertapak di bumi barakah Syria.

Layakkah mereka ini dipanggil pemberontak? Pengganas? Penceroboh?

Fikir dan renungkan. Siapa di pihak yang salah. Dan siapa di pihak yang benar.

Comments
6 Responses to “Seputar kehidupan di Syria”
  1. anon says:

    Haaa. Baru lah tahu cerita asal. Bila tanya orang yang duk share2 tu “kenapa asalnya ni?” semua geleng kepala. Tapi duk share. Hee.

  2. ila says:

    jazakallah ustaz.perkongsian sgt bermanfaat. *baca sambil angguk2,bnyk info.
    sama-sama sentiasa berdoa untuk saudara seakidah kita.dengan izin Allah yang haq itu pasti menang!

    • izzysabki says:

      waiyyak…insyaallah skadar brkongsi sdikit pngetahuan dn pngalaman..xlbh dr tu…utk info2 yg lbh..prlu kaji sndiri dgn mmbaca dr sgala sumber…apa2 pon kte doakn smoga saudara kite d sana beroleh kmenangan…ameeennn..:)

  3. syazwani says:

    dengan suasana tgh bergolak skrg, boleh tak kalau nak ke syria? n blh ke backpackers?

    • izzysabki says:

      dlm suasana skrg…rasanye sgt xsesuai utk ke syria ats urusan bercuti atau melancong…tp jika ats urusan blajar,bantuan kpd rakyat syria…insyaallah masih blh dprtimbangkan…tp cdangan sy,sbaiknya klu tnpa sbrg urusan,xprlu la ke syria buat masa ni…tggu reda dulu bru fikirkn utk ke sana…ni ats cdangan sy shaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: