Lif Berpenghuni (episod 15)

 

sumber: pakcik google

Pagi itu bad dan alex tergesa-gesa ke flat sri wangi mencari khair. Mereka membawa dokumen penting yang perlu dibaca dan disahkan oleh khair. Semua itu atas arahan bos mereka. Lagipun masuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut khair tidak ke pejabat. Tiada sms atau telefon dari khair. Tapi bad dan alex yakin khair tidak akan sengaja ponteng kerja jika tiada sebarang urusan yang sangat penting. Tambahan pula tiada sebarang pesanan yang sempat ditinggalkan.

“bad, kau dah cuba telefon khair?”

“dah”

“dia cakap apa?”

“dia tak angkat telefon”

“laaa..kalau dia tak angkat telefon, maknanya dia ada urusan yang penting la tu. Entah-entah dia tak ada kat rumah kot. Jom la balik. Buang masa je cari dia masa ni. Kita pun ada urusan lain kan?”

“releks la alex. Alang-alang kita dah sampai flat ni, kita pergi terus la ke rumah dia. Mana tau dia ada kat rumah. Senang sikit. Terus selesai kerja”

Tanpa membuang masa, mereka berdua pun terus berjalan memasuki flat tersebut. Mereka menggunakan tangga kerana lif yang dikatakan berpenghuni itu masih ditutup. Sampai sahaja di tingkat 13, mereka melalui sekumpulan manusia yang berkerumun di kawasan lif. Mereka terlihat beberapa orang pegawai polis sedang mengawal keadaan. Suasana riuh kerana ramai yang datang bersembang sesama mereka untuk memastikan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Tetapi bad dan alex tidak mempedulikan. Asalkan urusan mereka datang ke situ selesai, baru boleh menarik nafas lega.

Setelah sampai betul-betul di hadapan pintu rumah khair, mereka mendengar suara dari drama tv. Mereka pasti televisyen rumah khair sedang terpasang. Dan mereka juga pasti khair pasti ada di dalam sedang menonton televisyen.

“assalamualaikum khair!”.

Bad memberi salam sambil mengetuk pintu. Bad mengulangi sebanyak 3 kali. Dia meninggikan suara. Tetapi masih tiada sahutan. Alex hanya memerhati. Perasaan hairan timbul.

“bad, aku pelik juga tengok perangai khair akhir-akhir ni. Telefon tak angkat. Tv terpasang. Sebelum ni tak pernah lagi aku tengok dia macam ni”

Bad masih berusaha mengetuk pintu sekuat daya. Tetapi masih tidak bersahut.

“alex, kau cuba telefon dia sekali lagi. Mana tau dia tertidur ke”

Alex terus cuba menghubungi khair. Dicubanya berkali-kali, tetapi tiada yang menyambut. Bad yang memerhati bertanya menggunakan isyarat. Alex hanya menggeleng beberapa kali.

Kali ini bad pula hairan. Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang negatif. Serta merta wajah Bad berubah kebimbangan. Dia memandang mata alex dalam-dalam. Bahu alex dipegang. Alex hairan.

“kau kenapa ni bad?”

“alex, kau ingat tak khair pernah cerita kejadian sebelum zack ditemui mati?”

“apa kau merepek ni bad?” alex dapat meneka telahan dari bad. Tetapi sengaja buat-buat tidak tahu.

“aku tahu kau pun fikir benda yang sama kan? Kita telefon dia tak angkat. Tv terpasang. Ketuk pintu rumah tak sahut. kau boleh rasa tak apa yang aku sedang rasa ni?” wajah bad dan alex segera berubah. Tetapi alex berlagak tenang.

“mustahil. Mustahil”

“apa yang mustahilnya. Tak ada yang mustahil. Lagipun cuba kau fikir, buat apa ramai-ramai orang berkumpul tadi?”

“sudah. Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku tahu khair tak apa-apa. Kau jangan fikir bukan-bukan la. Aku tak rasa khair akan…”

Tiba-tiba telefon bad berbunyi. Bad sedikit tersentak. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya yang resah. Dia memerhati skrin telefon untuk memastikan siapa yang cuba menghubunginya. Bad menghembuskan nafas lega kerana nama khair yang tertera. Alex yang melihat pun turut sama berasa lega. Mereka berdua mengukir senyum.

“assalamualaikum bad”

“waalaikumsalam khair! Kau kat mana? Kau tau tak kitorang dua risau gila dengan kau?? Dah la telefon tak angkat, pergi rumah tak ada orang. Lepas tu dah lama tak ke pejabat. Bos pun dah Tanya pasal kau. Nasib baik kitorang backup kau. Macam-macam kitorang pusing. Bos pun percaya”

“ok-ok..releks..tarik nafas panjang-panjang. Aku ok je la. Maaf la tak sempat nak telefon korang semula. Mesej pun sempat baca je, tak sempat nak balas. Ada hal penting sangat-sangat yang mesti aku selesaikan. Nanti ada masa, aku cerita?”

“ok baguslah kalau macam tu. Lain kali jangan buat lagi ye..”

“yelah. Kali ni je. Selesai kerja ni, aku akan kembali hidup seperti manusia biasa. Hehe. Korang kat mana sekarang?”

“sepatutnya soalan tu kitorang yang tanya kat kau. Bukan kau Tanya kitorang. Sekarang ni kitorang kat depan rumah kau. Ada dokumen dari bos. Dia suruh kau baca dan sahkan. Bos nak segera. Sebab tu kitorang kelam kabut datang ni”

“Allah. Dokumen lagi? Dokumen yang sebelum ni pun aku tak bagi lagi pada bos. Baca pun belum sempat. Tapi bagus jugak korang datang flat ni. Boleh tolong ambilkan sekali dokumen dalam rumah aku. ada dalam fail warna biru kat atas almari ruang tamu”

“kuncinya?”

“ops. Lupa. Ada kat bawah pasu bunga kat depan rumah aku. pastu kau bawak dua-dua dokumen tu kat kawasan lif yang rosak ni”

“aik? Kau kat situ ke? Kenapa kau tak ambil sendiri? Dekat je kot”

“jangan banyak Tanya la. Kau ikut je arahan aku. nanti aku cerita la”

“ok”

***

Khair yang sedang berada bersama beberapa pegawai polis hanya memerhati tingkah ustaz Ibrahim yang sedang duduk bersila di hadapan lif. Bibir ustaz Ibrahim terkumat kamit membaca sesuatu. Jari jemarinya laju membilang butir-butir tasbih. Matanya tertutup rapat. Mukanya dibasahi peluh yang berjejeran laju keluar dari ruang-ruang halus kulit.

Mr.cheng berada tidak jauh dari situ. Bersamanya juga seorang pegawai polis. Dibelakangnya sekumpulan penduduk flat sri wangi yang berkumpul untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Mereka tertanya-tanya dan bersembang sesama mereka sehingga suasana menjadi riuh. Seorang pegawai polis berkawal untuk menenangkan suasana. Terdapat juga seorang dua yang sedang merakam kejadian menggunakan kamera handphone.

Ustaz Ibrahim masih terus membaca sesuatu. Kali ini peluhnya semakin deras mengalir. Urat-urat terbentuk di dahi dan tengkoknya menandakan ustaz Ibrahim sedang melawan sesuatu. Bacaannya semakin laju. Kemudian ustaz Ibrahim mengangkat kedua belah tangannya seperti sedang memohon doa. Matanya dibuka sedikit untuk memerhati keadaan lif di hadapannya. Bibirnya masih terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian dihembus perlahan-lahan.

Secara tiba-tiba pintu lif terbuka dengan sendiri. Semua di situ terkejut. Keadaan bertambah riuh apabila lampu dalam lif pula terpasang. Ustaz Ibrahim masih duduk di situ. Tidak berganjak walaupun satu langkah.

“dengan izin Allah yang Maha Menjadikan sesuatu, tiada kuasa lain yang mampu menafikan keizinan-Nya!”. Ustaz Ibrahim akhirnya bersuara.

Pintu lif tertutup kembali. Kemudian terbuka semula.

“dengan kuasa Allah Yang Maha Agung, tiada satu makhluk pun yang dapat menandingi-Nya!”.

Kali ini lampu lif pula saling terpadam dan terpasang. Semua yang berada di situ semakin teruja. Suasana semakin lama semakin riuh dan bising. Khair tekun menanti apa yang bakal berlaku.

Alex dan bad yang menghampiri kawasan lif itu bertambah pelik apabila mendengar suara riuh dari orang ramai. Mereka terjengket-jengket ingin melihat apa yang sedang terjadi. Mereka terpaksa mencelah dalam riuhan penduduk untuk memastikan apa yang berlaku dalam masa sama mencari kelibat khair. Dalam ruang-ruang kecil itu, alex terlihat khair sedang berdiri ditepi seorang pegawai polis.

“khair! khair! aku kat sini! Aku alex ni!” alex dan bad sama-sama melambaikan tangan pada khair. Seorang pegawai polis yang perasan alex dan bad yang sedang memanggil khair, segera memberitahu khair. Khair memandang pada alex dan bad dengan wajah ceria. Kemudian menghampiri mereka sambil diiringi oleh pegawai polis. Alex dan bad yang memerhati bertambah hairan.

“khair! Aku rindu kau! Lama tak Nampak. Kau sihat ke?” alex dan bad memeluk tubuh khair tanda kerinduan yang memuncak.

“aku ok je la. Aku pun rindu kat korang berdua. Macam mana korang? Sihat?” khair memulakan bicara setelah menarik mereka berdua supaya jauh dari kebisingan manusia. Pegawai polis mengikut.

“kitorang mestilah sihat. Tengok badan alex, makin besar kan?”. bad sengaja mengenakan alex. Sambil tangannya mengusap perut alex.

“hahaha”. Mereka bertiga tergelak riang. Tanda persahabatan mereka tidak pernah pudar walaupun lama tidak bersua.

“khair, apa cerita? Ni apa ni? Kecoh-kecoh ni? Ada kejadian lagi ke??” alex mengacukan jari telunjuknya pada segerombolan manusia yang berkumpul di hadapan lif. Dan menjeling pada pegawai polis di sebelah khair.

“haaaa..kalau korang nak tau la, sebab ni lah aku ponteng kerja. Kisahnya panjang. Hajat nak cerita kat korang dari dulu lagi. Tapi selalu tak ada masa.”

“ala, cerita je la. Ringkaskan pun tak apa”. Bad teruja menanti cerita dari khair.

“ok, nak dengar jugak? ceritanya macam ni….”

Khair menceritakan beberapa situasi penting yang berlaku dalam hidupnya sejak berpindah ke flat sri wangi.

***

Wajah ustaz Ibrahim Nampak resah. Seluruh badannya sudah bermandi peluh. Lidahnya tidak henti-henti melantunkan zikir. Lif itu seperti tadi. Pintunya terbuka luas dan lampu sekejap padam sekejap tutup. Seperti ada satu lembaga yang sedang mengawalnya. Suasana semakin riuh dengan kehadiran semakin ramai orang. Polis masih mengawal keadaan.

Ustaz Ibrahim secara tiba-tiba bangun dari duduknya. Badannya sedikit terhuyung hayang. Seperti hilang punca. Matanya masih terpejam rapat. Tangannya mencari-cari tempat berpaut. Badannya seperti dibawa sesuatu. Menariknya masuk ke dalam lif yang terbuka pintunya. Pegawai polis yang berada di situ hanya memerhati tanpa berbuat apa-apa untuk menghalang. Mereka seolah-olah takut untuk membantu. Bimbang jika masuk campur, diri mereka pula yang menjadi mangsa. semua orang yang berada di situ hanya mampu terjerit-jerit. Terkejut melihat ustaz Ibrahim seperti hilang punca dan seperti ditarik masuk ke dalam lif.

Setelah seluruh badan ustaz Ibrahim berada dalam lif, tiba-tiba lampu lif terpadam dan pintu lif pun tertutup rapat. Seorang pegawai yang hanya mampu memerhati sejak tadi, segera menghubungi khair.

***

“macam tu lah serba sedikit ceritanya. Aku pun tak reti nak cerita bagi menarik. Tapi boleh faham kan?”

“faham je. Tapi agak menakjubkan kisah ustaz Ibrahim. Tak sangka dia betul-betul berani mengaku salah. Sedangkan dia boleh je nak lari dari kesalahan dia tu. Sebab bukti pun tak ada. Jadi ustaz Ibrahim la yang tengah halau jin dalam lif tu?”

“ya. Aku sekarang ni kena teman ustaz Ibrahim datang sini. Aku jadi penjamin sementara. Sebab tu ada polis iring aku ni…”. Belum sempat khair menghabisi ayatnya, dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Setelah memastikan pegawai polis yang menghubunginya, dia segera menjawab.

“ya ada apa?”

“en.khair! datang segera! Ustaz Ibrahim macam kena rasuk! Dia masuk dalam lif! Cepat datang!”

“ya Allah!!”

#Bersambung lagi…maaf la tak habiskan segera. Sebab bab ni dah terlalu panjang. Kita sambung ke bab yang akan datang ye..^^

Comments
2 Responses to “Lif Berpenghuni (episod 15)”
  1. mawar says:

    ok..dh sambung balik pn da kira ok🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: