Kisah Pak Nadir dan tahi ayam

Pada suatu hari di sebuah kampung bernama kampung jalan simpang terdapat seorang lelaki pertengahan umur yang bernama pak nadir sedang berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar. Dia seorang tok siak yang kerja hariannya ialah membersihkan kawasan masjid setiap kali sebelum masuk waktu solat. Sambil itu kerjanya juga memastikan setiap sejadah telah siap dibentang untuk kegunaan jemaah.

Pak nadir seorang yang baik. Tawaduk. Zuhud dan juga pemurah. Peribadinya disenangi penduduk kampung. Setiap kali orang ternampaknya pasti akan mengangkat tangan dan memberi salam serta menjemputnya ke rumah jika ada masa terluang. Dia juga seorang yang rajin beriktikaf di masjid ketika tiada sesiapa di situ. Mulutnya tidak pernah berhenti berzikir sambil tangannya sentiasa membilang biji-biji tasbih.

Tetapi dia seorang yang malas belajar ilmu agama. Baginya apabila dia sudah bekerja sebagai tok siak sudah memadai. Solat, ibadah, sedekah dan lain-lain sudah dianggap cukup tanpa perlu menimba ilmu agama lain. Setiap kali kawannya mengajak pergi ke majlis ilmu agama, dia suka melarikan diri dengan memberikan pelbagai alasan.

Nak dijadikan cerita…

Di pertengahan jalan, ketika dia melintasi sebuah reban ayam, dia hampir-hampir terpijak tahi ayam. Mujur dia terperasan dan sempat mengelak.

“ya Allah. Mujur tak terpijak. Benda apa ni? Tahi ke?”

Pak nadir mendekatkan hidungnya ke tahi itu. Dia cuba menghidunya untuk memastikan samada benda itu tahi atau bukan.

Malangnya dia tidak dapat menghidu dengan baik. Disebabkan hidungnya kebetulan tersumbat ketika itu. Dia menyentuh sedikit dengan jarinya. Kemudian menggentel-gentelnya.

“hmmm, apa ni? Lembut macam tahi. Tapi kenapa tak ada bau?”

Dia masih tidak berpuas hati. Dia mahu jawapan pasti benda apakah itu. Tahi atau bukan. Lalu dia pun bertekad mahu merasanya dengan lidahnya sendiri.

Pak nadir tanpa membuang masa terus memasukkan sedikit tahi itu ke dalam mulutnya. Beberapa saat kemudian dia pun menjerit sambil menepuk dahi.

“ya Allah! Betullah tahi ayam! Nasib baik aku tak terpijak tadi! Kalau tak, mesti kena ambil wuduk semula!”

***

Moral cerita:

Pak Nadir tidak mengetahui hukum sebenar menyentuh tahi ayam. Sebenarnya dia tidak perlu mengambil wuduk semula apabila dia menyentuh najis. Dia hanya perlu membasuh bahagian yang terkena najis. Hatta najis yang paling berat seperti air liur anjing dan babi juga hanya perlu samak pada bahagian yang terkena tanpa membatalkan wuduk.

Kerana itu Ilmu agama sangat penting. Amalan dan zikir sahaja tidak memadai. Kerana amalan dan zikir juga datangnya dari ilmu. Bagaimana mahu ibadah yang betul dan baik kalau bukan dari ilmu yang betul dan baik.

Ingatlah bahawa Allah memuliakan seorang yang berilmu. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Allah akan mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang berilmu di antara kalian beberapa darjat. Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan” (Al-Mujadalah : 11)

Dan Allah juga telah membezakan di antara orang yang tidak berilmu dan orang yang berilmu. Firman-Nya yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui(berilmu) dengan yang tidak mengetahui(jahil)” (Az-Zumar : 9)

Allah juga memudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang menuju jalan untuk menuntut ilmu. Malah mereka juga akan sentiasa dirahmati Allah. Maksud dari sebuah hadis nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah(masjid) untuk membaca kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di khalayak para malaikat yang berada di sisi-Nya” (H.R Muslim)

Semoga cerita ringkas ini bermanfaat untuk semua. Insyaallah.

^^

Comments
4 Responses to “Kisah Pak Nadir dan tahi ayam”
  1. faqih says:

    pak nadir kwn pak pandir agaknya…

  2. ila says:

    nice.klasik tapi bermanfaat.boleh jadi penulis cerita pada zaman dahulukala pulak lepas ni😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: