Implikasi bola sepak dalam kehidupan

harimau malaya

Sukan bola sepak atau dalam bahasa inggerisnya soccer ialah sejenis sukan yang paling diminati di kalangan penduduk bumi. Malah bukan sahaja peminat sukan ini dari kalangan lelaki, tetapi juga dari wanita. Betapa berprestijnya sukan ini sehingga hampir setiap hari ia menjadi topik bualan di dada-dada akhbar, internet dan sebagainya. Sehinggakan sukan bola sepak ini menjadi tumpuan utama dunia apabila tibanya musim piala dunia dan piala euro.

Tetapi disebalik kehangatannya, terdapat juga perkara-perkara mungkar seperti menonton keterlaluan sehingga mengabaikan waktu solat, bertaruh, bergaduh sesama penyokong dan sebagainya. namun perkara-perkara buruk seperti ini dapat dielakkan jika kita sendiri tahu menjaganya. Kerana hukum asalnya menonton bola ialah harus di sisi syarak. Kerana ia termasuk dalam ketegori hiburan yang dibenarkan. Tetapi jika ia melalaikan, ia berubah menjadi haram. Seperti mana hukum makan ialah harus, tetapi jika berlebihan dan membazir, maka hukumnya bertukar menjadi haram.

Menyebut tentang Implikasi sukan ini dalam kehidupan seharian kita, eloklah kita memandang pada sudut positifnya. Biarlah kita menjadi peminat yang berfikir, penyokong yang berwawasan dan penonton yang berfikrah. Agar setiap perlawanan bola sepak yang kita tonton itu membuahkan satu hasil yang berfaedah pada diri sendiri dan islam.

Implikasi sukan ini dalam kehidupan kita dapat saya senaraikan seperti berikut:

BERPASUKAN

Sukan bola sepak ialah sukan berpasukan. Apabila disebut berpasukan, itu bermakna mereka bermain secara berjemaah. Mengikut lojik akal pun, mana mungkin pasukan yang mempunyai 1 orang pemain akan menang melawan 11 pemain. Ataupun pasukan itu mempunyai 11 pemain tetapi yang bermain hanya 1 orang. Dia lah yang menyerang, dialah yang bertahan, bergerak secara solo dan tidak memberi bola pada rakan sendiri, sudah pasti dia akan lemah dan akhirnya kalah. Begitulah kesannya kepada kita jika kita mahu hidup bersendirian membawa dakwah islam. Sudah pasti satu hari nanti kita akan lemah dan akhirnya ‘futur’ dalam dakwah untuk menentang jahiliyah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling mengokohkan satu dengan yang lain.” (HR. Bukhari  dan Muslim).

PERSIAPAN FIZIKAL DAN MENTAL

Setiap pasukan amat menitikberatkan kecerdasan fizikal dan mental sebelum perlawanan bermula. Pemain akan sentiasa memastikan fizikal dan mental mereka sudah betul-betul bersedia menghadapi permainan 90 minit di atas padang. Kerana jika hanya mempunyai skil bermain tetapi tidak mempunyai kecerdasan, pemain itu mungkin akan rebah dan tidak mampu mengharungi keseluruhan perlawanan. Implikasinya dalam kehidupan seorang muslim ialah dakwah islam itu sendiri memerlukan rijal-rijal yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat bagi menghadapi kehidupan jahiliyah sepanjang hidup. Jika fizikal dan mentalnya lemah, besar kemungkinan dia tidak mampu membawa islam dan akan rebah di tengah jalan. Bagi muslim yang kuat pula, pasti dia mampu memikul islam sehingga akhir hayatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah..” (H.R Muslim)

SEORANG KAPTEN

Kapten pasukan ialah nadi penting dalam memberi arahan dan kekuatan pada keseluruhan pasukan. Seorang kapten yang hebat mempunyai pengaruh kuat dalam membentuk pasukan yang hebat. Tetapi jika kapten itu lemah, maka keseluruhan pasukan pun akan turut lemah. Kerana apa kapten hanya perlu 1 bukan 2? Kerana jika ada 2 kapten dalam 1 pasukan, bimbang nanti kedua-dua kapten mengeluarkan arahan yang bercanggah antara satu sama lain, maka memberi kesan kepada keseluruhan pasukan. Begitulah juga implikasinya dalam kehidupan seorang muslim. Pastinya kita memerlukan seorang pemimpin yang baik dalam mengeluarkan arahan dan larangan. Tidak kira pemimpin jemaah, kawasan, negeri, Negara dan dunia. Maka pemimpin yang baik dan adil ini wajib untuk kita taati selagi mana arahan dan larangannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak. Seterusnya menguatkan lagi umat islam bagi menentang kekufuran yang datang menyerang.

Firman Allah dalam surah an-nisa ayat 59: “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu..”

JURULATIH

Seorang jurulatih atau coach adalah seorang yang bertanggungjawab mengurus dan melatih anak-anak buah pasukannya menjadi pasukan hebat. Dia yang bertanggujawab memilih pemain yang sesuai, meletakkan pada posisi yang sesuai, mengukur tahap kecerdasan, melatih skil dan seumpamanya. Pasukan yang hebat mampu dilahirkan dari kejurulatihan yang hebat. Dia juga bertanggungjawab merealitikan manual kejurulatihan yang terdapat dalam buku-buku manual atau internet. Dari sumber itu dia mengajar anak didiknya tentang bola sepak dalam bentuk realiti. Dari sini kita boleh memperumpamakan  jurulatih sebagai seorang ulama’. Tugas seorang ulama’ ialah memberi ilmu secukupnya pada umat islam. Tugas ulama’ ialah merealitikan sumber dari al-quran dan al-hadis. Dari situ umat islam dapat memahami secara realiti syariat yang terkandung dalam kedua sumber tersebut seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian mengikut kefahaman yang diperolehi.

Rasulullah s.a.w bersabda: “ulama’ itu pewaris para nabi” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

STRATEGI atau TAKTIKAL

Setiap pasukan mempunyai pemain yang hebat dan berskil, belum tentu mampu juara jika tiada strategi dan taktikal yang berkesan. Taktikal yang baik pula mampu membentuk pasukan yang hebat meskipun dalam pasukan itu hanya 1 atau 2 pemain sahaja yang hebat. Ini kerana dengan taktikal yang betul, pemain akan bermain di posisi yang betul dan tepat. Kemudian kehebatan 1 atau 2 pemain mampu mengisi kesemua ruang dan menguatkan pemain lain. Begitulah pentingnya strategi atau taktikal yang betul untuk menguatkan islam. Jika hari ini umat islam telah mempunyai ramai figure yang hebat dalam medan dakwah, maka strategi yang betul mampu mengangkat islam menjadi agama yang tinggi dan mampu menentang kekufuran. Kerana tanpa strategi dan susunan dalam umat, maka sebenarnya islam itu pasti amat mudah ditewaskan oleh musuh.

Saidina Ali r.a berkata: “kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

PENYUMBANG KEWANGAN

Pasukan bola sepak amat-amat memerlukan kewangan yang kukuh untuk membayar gaji bulanan pemainnya dan membeli jersi untuk pasukannya. Jika pasukan itu mempunyai masalah kewangan, maka semangat pemainnya akan luntur malah mungkin akan berpindah ke pasukan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi. Selain itu, dengan kewangan juga, padang latihan baru beserta kelengkapan latihan akan lebih mudah dibina bagi melatih pemain-pemain menjadi pasukan yang hebat. Begitu juga implikasinya pada umat islam hari ini, kewangan adalah salah satu sudut penting dalam menggerakkan dakwah islam. Dalam dunia sekarang, duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit. Dengan kewangan yang baik, kita mampu membina sekolah-sekolah, masjid-masjid dan pusat latihan bagi memberi kefahaman dan kesedaran islam khususnya kepada anak-anak muda.

Allah berfirman dalam surah as-soff ayat 10 yang maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.”

PENYOKONG

Dan aspek terakhir dalam menguatkan pasukan ialah penyokong. Sokongan dari penonton mampu memberi impak yang besar dalam menguatkan semangat dan moral pasukan. Stadium tanpa penyokong hanya menyebabkan semangat pemain-pemain luntur. Begitu juga di dalam islam. Islam tanpa sokongan menjadikan dakwah islam itu muram dan tidak bersemangat. Seterusnya misi penyampaian dakwah mungkin terbantut kerana rijal-rijal dakwahnya hilang semangat.

***

Begitulah serba sedikit implikasi bola sepak dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Insyaallah setiap perkara itu pasti boleh dicungkil hikmah dan positifnya. Bukan hanya dalam dunia bola sepak, dalam perkara-perkara lain pun begitu. Jadikan diri kita ini seorang yang sentiasa berfikir di sudut positif setiap perkara. Sehingga kita akan temui hikmah yang menjadikan kita seorang yang benar-benar hidup di alam realiti, bukan fantasi.

Selamat beramal^^

Comments
4 Responses to “Implikasi bola sepak dalam kehidupan”
  1. ila says:

    Perfect!hikmah dicungkil menampakkan hubungan islam dan kehidupan yg memang tak dpt dipisahkan.

    Post ni boleh buat org buta bola mcm sy jd rabun bola:-)syukran sharing ustaz

  2. ila says:

    Hee kalo nak celik kena tonton,ni bru baca🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: