Tunang tiket bermesra?

cincin

Apabila menyebut tentang tunang, pasti ramai terbayangkan cincin, majlis pertunangan, ikatan sementara dan tiket untuk berhubung. Di sini saya tidak mahu menjelaskan tentang cincin, majlis dan sebagainya, tetapi saya akan fokuskan kepada tiket untuk berhubung. Ya, tunang itu adalah tiket untuk dua insan berlainan jantina untuk berhubung dengan lebih rapat sebelum betul-betul bersedia ke jinjang pelamin. Tapi Kena faham betul-betul, berhubung dan bermesra itu tidak sama. Tapi ada perkaitan antara keduanya.

Berhubung adalah proses biasa diantara setiap manusia. Tanpa kita sedari, manusia itu sendiri sentiasa berhubung diantara satu sama lain. Bezanya ialah cara berhubung. Ada menggunakan alat komunikasi, internet dan bercakap secara berdepan. Tetapi ada juga berhubung secara tidak langsung, iaitu berhubung melalui hati dengan saling merindu dan mendoakan antara satu sama lain. Asasnya, berhubung adalah komunikasi antara dua individu atau lebih, samada secara langsung atau tidak langsung.

Berbalik semula kepada pokok persoalannya. Adakah ikatan pertunangan itu menghalalkan perhubungan? Samada melalui alat komunikasi atau melalui hati? Disini kita akan bincangkan.

Banyak hadis nabi s.a.w yang berkaitan tentang hubungan sesama tunang dengan pelbagai cara. Antaranya dengan melihat.

Baginda s.a.w pernah memberi nasihat kepada Mughirah bin Syu’bah yang ingin meminang seorang perempuan. Maka Baginda menasihatinya agar melihat perempuan itu terlebih dahulu. Sabda Baginda: “Lihatlah dia terlebih dahulu agar nantinya kamu boleh hidup bersamanya dengan lebih selesa dalam rumahtangga”.

dalam ikatan pertunangan, pasangan yang bertunang memang dibenarkan berhubung melalui apa-apa cara sekalipun. Tetapi perlu diingat, berhubung mestilah berlandaskan syarak. Dan islam telah meletakkan beberapa syarat untuk menjaga hubungan ini. Antaranya tidak berdua-duaan, ikatan pertunangan tidak terlalu lama dan juga pertunangan adalah bertujuan untuk bernikah. Selain itu berhubung mestilah ketika perlu dan mendesak sahaja. ‘Perlu’ di sini ialah perlu untuk mengenali serba sedikit tentang pasangan. Jika tiada sebarang alasan, sebenarnya berhubung itu sendiri pun sudah salah di sisi syarak. Apatah lagi bermesra. Tidak kira melalui apa cara sekalipun. Hatta melalui whatsapp, wechat, viber, skype, facebook, email, sms, yahoo massanger dan sebagainya.

Jadi disitu ada perkaitan antara berhubung dan bermesra. Kerana berhubung tanpa sebarang keperluan atau sebarang perkara mendesak, Cuma sekadar mahu bergelak ketawa, bergurau senda, ia hanya akan menimbulkan kemesraan. Dan Kemesraan itu sebenarnya bukan hak mutlak pasangan bertunang. Tetapi hak mutlak bagi suami isteri yang sudah diikat tali pernikahan yang sah. Kerana boleh jadi pasangan bertunang itu memberi alasan apabila bermesra bersama pasangannya: “biarlah kami bermesra, kami sudah bertunang”. Itu jawapan bagi mereka yang belum betul-betul faham erti pertunangan dalam islam.

Jadi jelas di sini, bahawa berhubung sesama pasangan bertunang itu tidak salah, malah dibenar syarak. Namun niat berhubung itu mestilah jelas. Niat disini memain peranan penting dalam menentukan hala tuju perhubungan pertunangan tersebut. Samada ke kanan atau ke kiri. Kerana tidak mengikut landasan dan syarat-syarat dalam pertunangan yang ditetapkan syarak, maka kita dapat perhatikan ramai pasangan tunang yang terkandas ditengah jalan. Mahligai bahagia yang diharapkan, roboh dek kerana kecetekan ilmu. Tidak kurang juga yang Berjaya bernikah, namun kemesraan selepas bernikah itu hilang entah ke mana.

Cukup sekadar itu. Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang sudah atau yang akan bertunang. Semoga Allah mudahkan urusan kalian.

Wallahua’lam.

Comments
4 Responses to “Tunang tiket bermesra?”
  1. ila says:

    noted!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: