Politik atau politaik?

politik

PRU-13 sudah pun berlalu. Tetapi bahang dan kehangatannya masih terasa. Bukan mudah bagi anak muda untuk melupakan peristiwa bersejarah ini. Apatah lagi rakyat Malaysia yang berumur dalam lingkungan 50 tahun ke atas. Yang sempat merasai pahit perit memperjuangkan kemerdekaan sehingga kini. Yang telah melalui 13 kali PRU untuk memilih kerajaan yang baru. Kerana PRU kali ini bukan calang-calang PRU. Ianya membawa 1001 cerita. 1001 berita. 1001 peristiwa.

Setelah PRU-13 berakhir, Parti B sekali lagi memperoleh kemenangan melawan parti P. Segaligus menjadi parti pemerintah buat kali yang ke-13. Meskipun begitu, berlaku persaingan sengit antara parti B dan parti P untuk merebut kuasa pemerintahan pada kali ini. Buktinya ialah parti P mampu menambah kerusi PARLIMEN dan DUN sekaligus menafikan sekali lagi mejoriti 2/3 parti B dalam dewan Parlimen buat kali ke-2. Meskipun parti P kehilangan 1 negeri, tetapi parti P telah Berjaya mengekalkan 3 negeri lain dengan kemenangan yang cemerlang. Iaitu mengusai 2/3 mejoriti di setiap negeri yang diperintah. Dan jika dilihat pula pada fakta, jumlah rakyat yang mengundi parti P melebihi jumlah pengundi parti B.

Persaingan sengit antara 2 parti ini memberi isyarat bahawa rakyat semakin celik dan bijak dalam membuat pilihan. Tidak lagi condong pada parti B semata-mata setelah rakyat bukan lagi menjadi penonton tegar rancangan dan berita di tv yang jelas senget sebelah, tetapi rakyat sudah mula mencari sumber lain dari internet yang luas dan tidak bersempadan. Dari situ minda rakyat mula terbuka dan mampu mengunyah fakta dan menilai ia samada sedap atau tidak.

Itulah sebahagian dari politik. Menang kalah itu asam garam dalam politik. Yang kalah akan cuba mencari jalan supaya yang menang dinafikan kemenangannya. Yang menang mengangkat megah kedua belah tangan ke langit. Namun, jika kemenangan itu diragui, pasti ada sesuatu yang tidak kena padanya. Mungkin menipukah? Atau menyelewengkah? Atau semuanya sudah dirancang? Saya tidak mahu mengulas panjang tentang itu. Anda ada akal, ada mata, ada telinga. Anda nilaikan sendiri.

Sekarang saya cuba bawa anda berada jauh dari situasi di Malaysia. Ia tiada kaitan dengan Negara kita. Ia adalah hal ehwal Negara lain. Apakah itu? Itulah politaik. Ya, POLITAIK.

Mungkin anda satu hari nanti bakal terjun ke bidang politik. Kalau tidak pun, paling kurang keluarga atau kawan anda sendiri. Sedarkah anda bahawa menjadi ahli politik itu mulia? Ia suatu pekerjaan yang sangat mulia kerana politik adalah berkaitan dengan apa-apa sahaja urusan pentadbiran. Ia juga berkaitan dengan apa sahaja proses dalam membuat sesuatu keputusan. Tidak kira Negara, negeri, daerah, universiti, sekolah, persatuan, malah rumah. Ia adalah satu bidang yang memudahkan urusan orang lain. Menyelia takbir supaya segalanya berjalan lancar dan teratur. Dan istilah politik pada zaman kini lebih menjurus kepada maksud menentukan pemerintahan sesebuah negara.

Cuba anda bayangkan sebuah Negara tanpa politik, maka tidak ada kerajaan. Tiada polis, tiada askar. Tiada ekonomi. Tiada mahkamah, tiada hospital. Kerana apa? Kerana tiada ahli politik yang membuat keputusan dan mengurus semua itu.

Jika kita buka kembali kanvas sejarah, dapat kita perhatikan bahawa sahabat nabi kebanyakannya ahli politik. Mereka melakukan syura atau perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan. Hatta Rasulullah  s.a.w sendiri adalah seorang ahli politik. Baginda mengurus tadbir negeri madinah suatu ketika dahulu bersama para sahabat. Selepas kewafatan baginda, pada sahabat meluaskan kuasa politik mereka dengan menguasai Negara-negara lain. Negera yang telah dikuasai, diletakkan seorang gabenor dari kalangan sahabat untuk mengurus tadbir urusan rakyat.

Itu adalah politik. Jika ia kerja yang tidak mulia, mana mungkin Rasulullah s.a.w dan sahabat menjadi ahli politik.

Apa pula politaik? Politaik ialah bilamana ahli politik yang mengaku berpolitik tetapi sebenarnya melindungkan kekotoran dirinya atas nama politik. Sekaligus mengotorkan bidang politik asal yang bersih dan mulia. Maka tidak hairanlah apabila terlalu ramai ahli politik sebegini di arena politik zaman sekarang, rakyat sudah muak dan benci pada politik. Sehingga mendengar perkataan politik sahaja sudah menyebabkan rakyat muntah hijau.

“politik? Semuanya kotor!”

“aku tak minat politik. Kompem banyak terlibat rasuah!”

“tolonglah jangan berpolitik kat sini!”

Sekarang mahu salahkan siapa? Rakyatkah kerana mereka tidak faham politik? Atau perlu salahkan ahli politik keseluruhannya? Di sini saya akan cuba urai. Dan anda sendiri nilai.

Secara ringkasnya, kedua-dua pihak boleh dipersalahkan. Ahli politik salahnya apabila sentiasa bermain kotoran politik seperti merasuah, mencaci, memaki, melucah, menabur fitnah, menipu, meniru, mem’blackout’, mem’bangla’ dan meng’ic’ semata-mata mahu menang. Kerana sebab itulah rakyat muak dengan politik. Sehingga dihukumnya seluruh ahli politik adalah kotor. Sedangkan yang melakukannya adalah sebahagian sahaja.

Rakyat juga bersalah dalam hal ini. Masakan tidak, rakyat malas mencari fakta. Apa sahaja yang terhidang didepan mata ditelannya bulat-bulat tanpa menilai benar atau tidak. Pemberita berkata A, maka A lah. Jika B, maka B lah. Tiada perbandingan dibuat menyebabkan rakyat menjadi buta politik. Dianggapnya pemerintah itu adalah kerajaan yang tidak boleh untuk ditentang. Pembangkang itu adalah kumpulan musuh yang patut dihapuskan. Itulah fikiran rakyat biasa yang pada akhirnya membuat keputusan muktamad dalam fikiran mereka bahawa politik itu kotor!.

Sekarang anda pasti mampu membezakan di antara politik dan politaik. kepada yang bersih dalam menjaga amanah rakyat, kita patut gelarkan mereka ahli politik. Dan kepada pengotor politik pula kita patut gelarkan mereka AHLI POLITAIK.

Nilaikan dan bandingkan antara banyak fakta. Nilaikan juga sejarah perkembangan islam suatu ketika dahulu. Barulah anda betul-betul faham politik yang sebenar.

Dalam sedar atau tidak, saya juga sedang berpolitik dengan anda. Yang pasti ia politik. Bukan politaik.

Nilaikan dengan mata hati, bukan tapak kaki.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: