Abid dan syaitan

syaitan

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang abid yang sentiasa mengisi masanya dengan ibadah kepada Allah. Pada suatu hari, sampai berita kepadanya bahawa sekumpulan kaum selalu beribadah menyembah sebuah pokok. Maka abid tersebut marah dan dengan segera keluar dari rumahnya untuk memotong pokok yang menjadi sembahan kaum tersebut.

Dalam perjalanan, datanglah syaitan menghalangnya dan berkata syaitan kepada abid tersebut: “jika kau potong pokok tersebut, mereka tetap akan menyembah benda lain. Maka baliklah kau dan sambunglah ibadahmu.

Berkata abid kepada syaitan: “aku tetap mahu memotongnya.” Maka bergaduhlah abid dan syaitan. Kesudahannya, abid Berjaya memijak syaitan dan syaitan tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Maka syaitan berkata kepadanya: “kau lelaki miskin. Baliklah menyambung ibadahmu dan aku akan sediakan kepada engkau dua dinar emas di bawah bantalmu setiap malam. Dan jika dengan izin Allah, Dia akan menurunkan rasul-Nya untuk memotong pokok tersebut”

Abid setuju dan berkata: “baik, aku setuju!”

Kemudian, pada hari pertama, abid mendapati ada dua dinar emas di bawah bantalnya. Dan begitu juga pada hari kedua. Tetapi pada hari ketiga, abid mendapati tiada dua dinar emas di bawah bantalnya. Kemudian abid marah dan segera keluar dari rumahnya untuk memotong pokok tersebut.

Kemudian datang syaitan menghalang dan mereka pun bergaduh. Kali ini, syaitan pula Berjaya menewaskan abid dan memijaknya. Kemudian abid bertanya kepada syaitan: “bagaimana aku boleh tewaskan kau pada pergaduhan kali pertama dan kemudian kau pula Berjaya menewaskan aku pada pergaduhan kali kedua?

Berkata syaitan kepada abid: “kerana, kau marah kepadaku kali pertama adalah semata-mata kerana Allah. Tetapi kau marah untuk kali kedua adalah semata-mata kerana dua dinar emas”

***

Hikayat ini adalah nukilan dari kitab “ihya” tulisan imam al-Ghazali. Hikayat ini secara jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya niat yang betul dalam semua perkara. Dengan niat, maka sesuatu amalan itu diterima oleh Allah atau ditolak-Nya. Niat yang baik, membuahkan hasil dan ganjaran yang baik. Jika niat yang buruk, membuahkan hasil sebaliknya.

Jika dibuka dalam kitab “arba’in an-nawawi” tulisan imam an-nawawi yang menyusun 40 hadis sohih yang terkenal, beliau meletakkan hadis tentang niat pada hadis yang pertama.

Berkata Rasulullah s.a.w: “sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niat. Dan semua perkara itu mengikut apa yang diniatkan. Jika sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya…”

Jelas pada kita bahawa niat adalah perkara yang sangat penting sebelum melakukan sesuatu. Hatta di dalam solat, niat menjadi rukun utama. Tanpa niat, solat seperti tiada dan akan ditolak. Begitu juga Di dalam puasa, tanpa niat, puasa tiada makna.

Semoga kita semua dapat manfaat dari hikayat ini. Sama-sama lah kita betulkan niat kita kerana Allah dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.

Wallahua’lam.

Comments
2 Responses to “Abid dan syaitan”
  1. dina says:

    nawaitu kerana Allah membuahkan hasil yang baik..insyallah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: