Pintu Takdir (Bab 4)

pintu takdir (backup)

BAB 4 – Siapakah Nora di hati Aiman?

Pagi itu Aiman membuka facebook nya yang sudah agak ‘berhabuk’ dan ‘bersawang’. Tujuannya ketika itu Cuma satu, iaitu untuk mencari seorang akhawat lepasan Jordan yang sesuai untuk menjadi seorang kerani di sekolah tempat dia mengajar di SMART. Aiman mencari seorang akhawat yang mempunyai ciri-ciri seperti yang disebut oleh Ustaz Hakim kepadanya. Seorang yang mampu menguruskan fail-fail pejabat, pandai menggunakan perisian komputer dengan baik, berlatar belakang syariah yang mampu mengajar al-quran dan yang terpenting bagi Aiman ialah seorang yang boleh terima gaji yang sedikit.

“hmmm..nak cari mana orang yang sanggup terima gaji sikit ni? ada lagi ke kat dunia ni orang macam tu? Kalau ada pun, mungkin untuk isi masa lapang je.”

Aiman membelek satu persatu senarai rakannya di facebook. Kebanyakan rakan facebook Aiman ialah dari kalangan lelaki. Agak sukar untuk dia mencari nama akhawat Jordan yang dia kenali. Kerana mejoritinya hanya kenalan di facebook yang dia sendiri belum pernah berjumpa bertentang mata. Sekadar kenal di alam maya.

Aiman bersandar seketika kerana keletihan. Dia hampir mati akal. Tidak tahu di mana mahu dicari. Mahu menelefon dan bertanya kepada Farhan, tiada guna. Kerana Farhan bukannya belajar di Jordan bersamanya. Aiman berfikir sebentar. Melihat sekelilingnya mana tahu ada apa-apa benda yang boleh membantunya memberi petunjuk.

Tiba-tiba kepala Aiman terhenti pada sebuah buku di atas rak di sudut biliknya. Matanya merenung lama. Sebuah majalah Al-Islam yang bertajuk: “Islam dan Liberalisme – Ustazah Masyitah Ibrahim”. Otak Aiman ligat berfungsi dan akhirnya berjaya menangkap satu nama.

“Masyitah? Ya, Masyitah Abdullah!”

Aiman tersenyum puas setelah akhirnya dia Berjaya mengingati sebuah nama yang selalu bermain dalam fikirannya satu ketika dahulu. Dia segera menaip nama tersebut di dalam ruang pencarian rakan facebook. Aiman Berjaya menemui facebook Masyitah. Setelah meneliti maklumat dan gambarnya, Aiman yakin itulah Masyitah yang dia kenali di Jordan dahulu. Tanpa membuang masa, Aiman segera menghantar mesej kepadanya melalui facebook.

Setelah beberapa ketika, mesejnya dibalas.

“eh, cepatnya balas. Ni mesti selalu ber facebook ni” Aiman bercakap seorang diri.

Masyitah: wasalam Ustaz, ye saya Ustazah Masyitah Abdullah. Ada apa yang boleh saya bantu ustaz?

Aiman: hmmm..macam ni ustazah.. sekolah saya sekarang ni sedang mencari seorang wanita yang boleh bekerja sebagai kerani sekolah. Dalam masa sama mampu jadi guru pengganti al-Quran untuk pelajar wanita. Ustazah sekarang ni dah bekerja ke?

Masyitah: aah, saya sekarang bekerja di Pusat Zakat Selangor di Shah Alam. Maaf sangat tak dapat bantu ustaz.

Aiman: tak ada masalah. Masyi hal. Cuma nak bertanya, ustazah ada kenal tak siapa-siapa akhawat bekas pelajar Jordan yang masih mencari kerja? dan ada ciri-ciri yang saya cakap tadi?

Masyitah: hmmmm…jap saya fikir.

Aiman: ok.

Masyitah: ha, rasanya ada. Kebetulan dia baru balik malaysia minggu lepas. Rasanya ustaz pun kenal dia. Sangat kenal.

Aiman: saya kenal dia? Siapa ya?

Masyitah: Ustazah Nora. Ingat lagi?

Aiman: err…Ustazah Nora?hmmm…

Masyitah: saya yakin ustaz sangat kenal dia. Ustaz pernah melamar dia di Jordan dulu kan?

Aiman: aik? Macam mana ustazah boleh tau ni? malunya saya..

Masyitah: saya pun tak pasti macam mana boleh tersebar berita tu. Tapi lepas dia tolak ustaz tu, hampir semua akhawat tau. Biasalah, berita sensasi, bukan susah nak tersebar kan? Lagipun ustaz kan antara syabab yang menjadi sebutan di Jordan dulu.

Aiman: siapa la saya ni di Jordan dulu? tapi malu betul la orang tau pasal lamaran saya kena tolak tu.

Masyitah: tak apa la ustaz. Benda dah jadi. Lagi pun dah lama. Biarlah benda tu jadi sejarah bagi ustaz. Tapi ustaz tau kan kenapa nora tolak ustaz dulu?

Aiman: tau. Sebab dia dah bertunang dengan orang lain. Masa saya lamar dia dulu, saya tak tau pun dia dah bertunang.

Masyitah: bertunang? hmmmm…

Aiman: ye? kenapa hmm?

Masyitah: eh, tak ada apa lah. Lupakan. Cuma pasal kerja tu, insyaallah saya akan bagitau dia secepat mungkin. saya rasa dia akan setuju saja. lupa nak tanya, gaji bulanan berapa?

Aiman: hmmm..dalam lingkungan RM 900 – 1000. Tapi boleh bincang lagi dengan mudir saya. insyaallah boleh ditambah lagi atas persetujuan kedua pihak. Ustazah tahu tak saya mengajar di sekolah mana?

Masyitah: tak tahu. Di sekolah mana ya?

Aiman: di Sekolah Menengah Agama At-Tarbawi, SMART.

Masyitah: owh.. SMART ke? di bukit kemuning kan? nanti saya akan bawa dia ke sana insyaallah. saya biasa lalu kawasan tu. Rumah makcik saya dekat situ.

Aiman: ooo..kalau macam tu bagus la. Terima kasih banyak. Tapi minggu ni cuti sekolah, insyallah minggu depan boleh datang bawa ustazah Nora sekali. Kalau nak sampai SMART nanti, jangan lupa call saya. 012-56489927. Salam.

Masyitah: ok insyaallah. jumpa nanti. Wasalam.

Aiman menarik lafas lega. Pencariannya untuk jawatan kosong itu sudah hampir ditemui. Tapi ada sesuatu yang tiba-tiba mengganggu fikirannya itu. Nafasnya turun naik. Denyutan jantungnya semakin pantas. Apabila nama Nora kembali singgah di fikirannya. Kisah lalu memang sukar dilupakan. Tetapi dia sudah mencuba banyak kali untuk membuangnya jauh-jauh dari ingatan. Bagi Aiman, bahkan dalam agama juga, adalah tidak baik untuk mengingati seseorang yang pasti bukan milik sendiri lebih-lebih lagi tunangan orang. Sehingga boleh menimbulkan perasaan yang ganjil dalam hati. Kerana syaitan sentiasa akan mengambil kesempatan untuk merosakkan fikiran dan hati anak adam.

‘tapi aku agak ragu-ragu. Seolah-olah Masyitah ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku tentang Nora. Hmmm..tapi apa aku boleh buat? Nora sudah menolak, tak ada kerja aku nak Tanya macam-macam pasal Nora lagi. Cuma, kenapa aku terlalu sukar melupakan Nora? Aduh..’

***

Di dewan kuliah, Aiman termangu seorang diri. Sesi pengajian sebenarnya sudah tamat untuk hari itu. Tetapi sengaja dia duduk di dewan kuliah itu semata-mata mahu menunggu kelibat seorang akhawat. Aiman sudah bertekad. Dia sudah fikir semasak-masaknya, hari itu juga dia akan melamarnya. Dia yakin, akhawat itu juga pasti ada hati dengannya. Setelah lama perasaan itu disimpan, hanya mengakibatkan tumpuan pada pelajarannya merosot. Muaddal(pointer) juga semakin tidak konsisten seperti di awal pengajiannya di Jordan. Itu semua gara-gara kemunculan akhawat tersebut dalam hidupnya.

Sedang Aiman melihat seorang demi seorang yang melalui kelas itu, akhirnya matanya terpandang sebuah wajah yang ditunggu-tunggunya sedari tadi, Nora. Nora adalah seorang pelajar juniornya di Jordan. Dia datang ke Jordan lewat setahun kerana umurnya lebih muda setahun dari Aiman. Pada pandangan mata Aiman, Nora adalah seorang yang cantik, solehah dan pandai. Dan yang paling menyebabkan Aiman terpesona dengannya ialah kerana dia seorang yang sangat pemalu. Aiman dapat mengesan sifat pemalunya adalah apabila Aiman pernah bekerja dengannya sebagai ahli jawatankuasa dalam sebuah program persatuan. Nora adalah timbalan Aiman ketika itu.

Sifat pemalu Nora kena pada tempatnya. Sewaktu kerja, Nora bekerja seperti biasa. Tidak perlu tertunduk-tunduk ketika bercakap. Tetapi apabila berbincang di luar kerangka kerja persatuan, Nora kembali seperti asal. Dia jadi pemalu dan cukup menjaga pertuturannya agar tidak berlebihan. Kerana sifat itulah, Aiman betul-betul terperangkap dalam mainan jiwanya sendiri. Dan akhirnya Aiman mengakui dalam hati, bahawa dirinya sudah jatuh hati kepada Nora dan berazam untuk menjadikan Nora sebagai pemaisuri hatinya.

“errr…Ustazah Nora. Boleh tunggu sekejap?” Aiman memanggil Nora dari belakang.

“hmm..ana ada kelas ni ustaz. Ada apa-apa perkara penting ke nak cakap?” Nora tertunduk-tunduk ketika bercakap. Matanya sengaja dipandang ke bawah. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki ajnabi jika tanpa sebarang alasan munasabah meskipun lelaki itu dia kenal.

“err…ustazah ada di rumah tak petang ni?”

“petang ni? ada kot. Kenapa ustaz bertanya ya?”

“ana…sebenarnya…ada hal sikit nak bincang. Tapi, nanti petang ustazah tunggu di rumah ya. Ana datang, kita bincang kat sana. Mungkin lebih sesuai.” Aiman sengaja memperlahankan suaranya supaya tidak didengari orang lain yang berada di sekelilingnya. Fikiran Nora ketika itu hanya satu, mungkin Aiman mahu berbincang dengannya berkaitan program persatuan.

“oo..ok. insyaallah. ana pergi dulu ya. Nanti doktor(panggilan untuk pensyarah) marah pulak kalau lewat ke kelas. Apa-apa nanti, call ana dulu. Assalamualaikum”

“insyaallah. waalaikumsalam”

Aiman melonjak kegembiraan setelah Nora seolah-olah memberi respon yang baik. Petanda bagi sesuatu yang baik akan menjelma tidak lama lagi. Aiman tersenyum lebar sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Rakan-rakannya yang lain perasan dengan mood ceria Aiman. Tetapi Aiman tidak ambil peduli pandangan orang lain, asalkan petang nanti, bakal terlerai hajatnya yang dipendam sekian lama.

“Nora oh Nora”

“Nora?”

“Nora lah”

“siapa Nora?”

Tiba-tiba Aiman dikejutkan dengan suara seseorang di belakangnya. Lamunan Aiman pecah berderai.

“apa nora-nora ni Muslim? Girlfriend ke?” Aminah yang duduk di birai katil menegur Aiman apabila mendengar suara Aiman menyebut-nyebut perkataan nora.

“eh? Mak! Bila mak masuk bilik Mus? Mus tak perasan pon” Aiman segera membetulkan duduknya. Malu apabila memikirkan emaknya yang memerhati tingkah laku Aiman ketika lamunan panjang tadi.

“macam mana kamu nak perasan mak kat sini? Dari tadi sebut nama nora, nora”

“err…nora tu…kan jenama sabun mak. Sabun nora dah habis dah kan? Sebab tu Mus sebut nama sabun tu. Mus kalau kat rumah sewa tu, selalu guna sabun nora. Sebab tu baju Mus wangi. Petang nanti Mus pergi kedai nak beli sabun nora. Mak nak ikut?” Aiman sengaja menukar tajuk untuk menarik perhatian emaknya kepada sesuatu yang tidak berkaitan dengan lamunannya tadi.

“ada-ada je la kamu ni Mus. Mak dah siap masak tu, lepas solat zohor nanti, kita makan sama-sama ya. Hari ni mak masak spesel khas untuk kamu. Ketam masak lemak cili padi, sambal petai dan tempoyak durian. Makan la puas-puas sampai kenyang ye.”

“wahh..sedapnya! terima kasih mak! Sayang mak sangat-sangat. Eh, ayah kat mana mak?”

“ayah kamu macam biasa la, jaga kedai tu. Malam ni baru dia balik. Mak sengaja balik awal sebab nak masak untuk kamu la.”

“terima kasih sekali lagi mak. Ok lah, Mus nak siap-siap dulu. Nak solat di surau. Mak nak ikut?”

“mak uzur. Kamu pergi je la ye. Lepas tu jangan merayap tempat lain, makan dengan mak kat rumah ye”

“itu sudah pasti! Sayang mak!”

Aiman segera mencium kedua pipi emaknya yang sedikit berkedut kerana faktor usia. Bagi Aiman, dapat melihat wajah emak di depan matanya pun sudah cukup memuaskan hati. Kejernihan muka emaknya menjadikan Aiman semakin semangat bekerja. Walaupun emaknya bukanlah dari latarbelakang agama, Cuma lepasan sekolah Methodist, tetapi nasihatnya kepada Aiman jauh lebih baik dari kebanyakan orang yang bercakap menggunakan pelbagai dalil, tetapi sedikit pun tidak memberi kesan kepada hatinya. Aiman tahu, ikhlas itu paling utama dalam sesuatu penyampaian. Biarpun isinya kurang dan sedikit, tetapi lebih berkesan dan lebih tahan lama.

***

“ayah, bila kita nak ke SMART lagi? Nak hantar sumbangan?” Tasnim bertanya setelah memastikan ayahnya tidak terlalu sibuk melakukan kerja di pejabatnya.

“hmm..minggu lepas kan kita baru je hantar? Tunggu la lagi beberapa minggu. Minggu ni kita hantar sumbangan ke sekolah lain dulu. Kan masih banyak sekolah yang memerlukan bantuan sumbangan?”

“tapi ayah, sekolah Abang Hakim tu kan sangat daif. Tengok bumbung sekolah pun ada yang berlubang. Ayah tak sedih ke tengok sekolah tu?”

“sekolah lain pun ada yang teruk. Yang tak ada bumbung langsung pun ada”

“tapi sekolah Abang Hakim tu, kan sekolah yang mengajar agama. Mesti diutamakan”

“habis, sekolah lain tu tak mengajar agama jugak?”

“hmm..tapi, sekolah tu, ustaz-ustaz situ mengajar kadang-kadang ada gaji, kadang-kadang kena potong. Kesian diorang ayah”

“sekolah lain lagi teruk. Mengajar tanpa gaji lagi. Semua lillahi ta’ala”

“ayah ni, ada je jawapan. Ayah ni macam tak ikhlas je nak tolong sekolah tu?”

“kamu yang tak ikhlas sebenarnya. Sekolah lain pun kita kena bagi sumbangan. Sama macam SMART tu. Kena adil lah. SMART dah dapat sumbangan minggu lepas, minggu ni kita kena bagi pada sekolah lain pulak. Jadi, kalau kamu ikhlas nak bagi sumbangan kat SMART, kamu kena ikhlas jugak nak bagi sumbangan ke sekolah lain”

“betul tu bos! Saya setuju sangat dengan bos” tiba-tiba Daniel muncul di depan pintu pejabat Dato’ Hamzah sambil memegang sebuah fail.

“eh awak ni Daniel, curi-curi dengar perbualan kami ye?” Tasnim menyergah Daniel.

“eh, saya gurau je. Apa yang betul pun saya tak tahu. Saja je menyampuk tadi. Maaf ye Tasnim. Ha bos. Ni dia fail yang bos nak tadi. Cuba bos cek” menggeleng kepala Dato’ Hamzah melihat gurauan Daniel. Tasnim masih seperti tadi, mencuka.

“tak apa la macam tu ayah, Tasnim sambung kerja dulu ya”

“eh Tasnim, esok ayah nak hantar sumbangan ke sekolah di Jalan Kelang Lama tu. Nak ikut?”

“tak apa la. Ayah pergi dengan si Daniel je la. Tasnim ada banyak kerja nak kena selesaikan. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” serentak Dato’ Hamzah dan Daniel menjawab salam. Tasnim berjalan keluar meninggalkan pejabat Dato’ Hamzah dengan perasaan tidak puas hati.

“kenapa Tasnim tu bos? Ada masalah ke? Masam semacam je tu? Macam baru lepas makan asam boy pulak”

“haha. Sudah-sudah la tu Daniel. Dia memang selalu macam tu. Perempuan. Mood tak stabil”

“eh, yeke. Sepanjang hidup saya, baru hari ni saya tahu perempuan ni mood dia tak stabil”

“haha. Kamu ni. dah la, pergi sambung kerja kamu”

“ops, sori bos. Gurau je tadi. Ok la bos, kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Assalamualaikum”

“fail ni nanti saya cek kemudian ye. Ok, waalaikumsalam”

Comments
4 Responses to “Pintu Takdir (Bab 4)”
  1. ila says:

    kesian ustaz aiman.ada jodoh tak kemana, ustaz.eheh

    ouhh muaddal tu pointer ea? baru tau

    • izzysabki says:

      hehe…itu namanya takdir…tp aiman mnerima takdirnya..baik atau buruk..yg pnting redha dn insyaallah 1 hari nnt takdirnya pasti baik:)

      ya muaddal tu pointer:)

  2. ucu keyna says:

    alahai….
    nk anta resume la kat ustaz aiman..hihi :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: