Pintu Takdir (Bab 7)

pintu takdir (backup)

Bab 7 – Wardina dengan kisah silamnya.

                Wardina berjalan longlai memasuki biliknya. Pintu dibiar terbuka luas. Tudungnya ditanggal dan dilempar ke lantai. Wardina menghempaskan badannya ke atas katilnya yang empuk. Wardina mengeluh. Matanya merenung lelangit bumbung biliknya yang kosong. Fikirannya serabut umpama benang-benang yang tersimpul dan hampir mustahil untuk dileraikan. Dia hampir tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Tidak tahu apakah puncanya. Dan tidak tahu apakah yang bermain difikirannya sebentar tadi sehingga dia seolah-olah hilang adab di depan uminya dan makcik Aminah.

                Setelah nafasnya kembali beralun tenang, Wardina duduk di birai katil. Tangannya menjalar ke bawah katil untuk mencari sesuatu. Sebuah kotak besi ditarik perlahan dan diletakkan diatas ribanya. Kotak besi itu dibuka dan sekeping gambar dikeluarkan. Wardina menatap lama gambar itu. Gambar yang terdapat dua individu di dalamnya. Iaitu Dia dan Aiman.

                Sedang Sabariah pula berada di luar rumah mengiringi kepulangan Aminah. Bebola matanya mengikuti pergerakan kereta Aminah keluar dari pagar rumahnya. Aminah menekan hon dan mengeluarkan tangan kanannya sambil melambai-lambai. Sabariah membalas lambaian itu. Setelah kereta Aminah mengecil dan lesap dari pandangan, barulah Sabariah masuk semula ke rumah dan mencari Wardina. Ada perkara yang masih belum selesai. Dan Sabariah merasakan ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Wardina setelah sekian lama. Kali ini Sabariah tekad untuk menyelesaikan segera masalah anak tunggalnya itu.

                Wardina mendengar derapan tapak kaki uminya di luar yang sedang menuju ke biliknya. Dia dengan segera menyelitkan gambar itu ke bawah bantalnya. Sabariah muncul di depan pintu bilik Wardina dengan senyuman yang dibuat-buat. Wardina membalas.

                “Wardina anak umi, buat apa tu?”

                “tak buat apa pun. Rehat-rehat. Makcik Aminah dah balik?” Sabariah menghampiri Wardina dan meletakkan posisi punggungnya disebelah Wardina.

                “Dah. Kesian umi tengok dia. Hajat dia besar datang sini. Tapi balik dengan tangan kosong. Dia ingatkan kalau tak dapat tunai hajat dia sekalipun, sekurang-kurangnya biarlah ada harapan walau sikit. Tapi habuk pun tak ada” Sabariah bermadah. Sengaja menyindir Wardina.

                “Maksud umi?” Wardina buat-buat tak faham.

                “Wardina sedar tak tadi? Umi rasa, tadi bukan sikap sebenar Wardina. umi terkejut bila Wardina macam agak kurang adab dengan makcik Aminah. Kesian dia. Kalau tolak tu, tolak la cara baik. Apa guna Wardina belajar lama-lama kat negara arab tu kalau akhlak tak jaga. Tak ada guna”

                “tahu. Wardina pun tak faham kenapa Wardina tiba-tiba macam kena rasuk jin tadi. Wardina tak tahu kenapa. Maafkan Wardina ya umi. Sebab jatuhkan air muka umi depan makcik Aminah tadi.”

                “Umi tak kisah pun kalau air muka umi ni jatuh, tapi umi cuma fikirkan perasaan makcik Aminah tadi. Itu je. Nanti Wardina call makcik Aminah minta maaf semula ya?”

                “Insyaallah umi…”

                “hmmm..Wardina, umi nak tanya. Wardina jawab jujur. Sejujur-jujurnya. Boleh?”

                “boleh. Apa dia umi?”

                “Wardina tengah tunggu seseorang kan?” Sabariah merenung dalam-dalam mata Wardina di sebelahnya.

                “hmmmm..” Wardina menundukkan wajahnya. Malu direnung lama uminya. Ini kali pertama uminya bertanya soalan sebegitu dengannya.Sabariah sudah dapat jawapan.

                “umi dah agak”

                “apa yang umi agak? Wardina tak jawab lagi pun”

                “Wardina. Umi ni yang kandungkan Wardina. Umi juga yang melahirkan dan menyusukan Wardina. Dan umi juga yang membesarkan Wardina dari besar tapak tangan sampai sebesar ni. Umi kenal sangat dengan kamu. Wardina tunggu seseorang kan?”

                “hmmm..ya. Tapi malu la nak cerita kat umi” Wardina tertunduk malu sekali lagi. Kali ini pipinya kemerahan. Sabariah hanya tersenyum melihat tingkah laku Wardina.

                “Wardina ni. Suka buat suspen umi tau. Masa Wardina tolak lamaran makcik Aminah tadi untuk anak dia, umi fikir anak umi ni songsang! rupanya normal. Alhamdulillah” Sabariah tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang putih.

                “ishk umi ni. Kesitu pula. Anak umi ni normal la”

                “Yela. hmm..jadi, bila nak bawak lelaki tu jumpa umi dan abi?”

                “siapa?”

                “lelaki yang kamu tunggu tu la”

                “owh..” Wardina merenung panjang. Cuba mencari-cari jawapan yang sesuai untuk memuaskan hati uminya.

                “owh je?”

                “hmm…nanti Wardina bagitahu umi la kalau dah sampai masa yang sesuai. Insyaallah tak lama lagi. Umi jangan risau ye”

                “kan senang kalau cakap awal-awal dengan umi pasal hal ni. Tak ada la sampai makcik Aminah bersungguh-sungguh nak lamar kamu. Kalau dia tahu pasal ni, mesti dia tolak awal-awal hajat dia tu”

                “maaf la umi. Sebenarnya memang Wardina nak cerita kat umi. Tapi tak ada masa. Wardina baru balik dari Syria dah kena jumpa makcik Aminah. rehat pun tak cukup lagi. Tertekan Wardina tau.”

                “Maafkan umi juga ye. Umi pun bersalah juga dalam hal ni. Umi tak patut jemput dia datang awal jumpa kamu…”

                “tak apa la umi. Benda dah lepas.”

                “jadi bila nak cerita kat umi pasal lelaki tu?”

                ” Wardina cuti panjang kan? Esok lusa Wardina cerita la ye umi?”

                “ok. hmm…Wardina..” Sabariah mengeluarkan sampul surat dari poketnya yang diberikan oleh Aminah sebentar tadi.

                “surat apa tu umi?”

                “umi sebenarnya nak tengok anak umi ni gembira sahaja. Dan umi memang sangat setuju bila Wardina tolak lamaran makcik Aminah tadi. Umi tak akan paksa Wardina buat keputusan. Lebih-lebih lagi bila umi tahu anak umi ni tengah tunggu seseorang. Lagi lah umi lega. Tapi, makcik Aminah bagi amanah pada umi untuk serahkan surat ni pada Wardina. Dalam ni ada biodata anak dia. gambar pun ada. Kemudian terserah kepada Wardina untuk terima atau tolak. Umi cakap sekali lagi yang umi tak akan paksa kamu buat keputusan. Nah ambil ni”

                “Tapi umi, kan Wardina dah cakap tadi, Wardina tengah tunggu seseorang?”

                “iya. Tapi sekurang-kurangnya kamu ada pilihan lain kalau kamu tukar keputusan kan?”

                Sambil mengangguk, Wardina mengambil surat itu dari tangan uminya. Dia membelek-belek luar sampul tersebut. Kemudian Wardina segera meletakkan surat tersebut ke dalam laci mejanya tanpa membukanya.

                “tak nak buka tengok?”

                “tak apa lah umi. Umi juga cakap kalau tiba-tiba Wardina tukar keputusan, baru Wardina akan terima lamaran makcik Aminah ni kan? Masa tu baru Wardina akan buka sampul surat tu dan fikir-fikirkan. Insyaallah”

                “hmm..ikut Wardina la. Umi tak paksa. ok la, umi ke dapur dulu ye. Nak masak makanan tengahari”

                “nak Wardina tolong?”

                “tak apa, Wardina rehat la dulu.”

                “ok”

                Wardina memeluk dan mencium kedua pipi uminya sebelum uminya bangun dari duduk dan berjalan keluar meninggalkan Wardina seorang diri di dalam biliknya. Wardina mendapatkan semula gambar yang disisipnya tadi ke bawah bantal. Wardina merenung lama gambar itu. Wajah Aiman ditatapnya lama. Kemudian dia memusingkan gambar itu dan membaca tulisan yang tertulis dibelakangnya. Sebuah tulisan dari tangannya sendiri tetapi ayat itu adalah ayat yang dititip khas oleh Aiman kepadanya. Tulisan itu sungguh bermakna bagi Wardina. Kerana tulisan itu lah, dia membuat keputusan untuk belajar jauh ke luar negara. Dan kerana tulisan itu juga, dia sengaja memutuskan hubungan komunikasinya dengan Aiman. Biar Aiman tidak tahu dia di mana. Dan dia tidak tahu Aiman di mana. Baginya, tulisan itu telah merubah masa hadapannya. Sehingga dia tidak pasti di mana pengakhiran kisah mereka.

                Kemudian layar minda Wardina serta merta didatangi kisah silam. Wardina memejam rapat matanya. Wardina kembali mengenang kisah disebalik tulisan itu.

***

                Hari itu adalah hari isnin dalam minggu terakhir persekolahan sebelum Sijil Pelajaran Malaysia bermula. Sesi persekolahan untuk hari itu baru sahaja tamat. Pelajar-pelajar sudah ramai balik ke rumah masing-masing. Namun ada juga yang masih di dalam kawasan sekolah. Ada yang lepak bersembang bersama rakan-rakan. Ada juga yang berada di dalam perpustakaan mencari sumber rujukan. Ada yang masih di dalam kelas membelek-belek buku teks. Dan tidak kurang juga ada yang sedang duduk berehat di dalam surau.

                Aiman pula berjalan-jalan sekitar sekolah untuk mencari kelibat Farhan. Janji Farhan tadi untuk pulang bersama-samanya ke rumah. Tetapi tiba-tiba Farhan menghilang diri sebaik sahaja jam loceng berbunyi. Jarang sekali Farhan begitu fikir Aiman. ‘Mungkin dia ada hal penting kot’.

                “Aiman!” Tiba-tiba Farhan datang dari belakang Aiman. Dia termengah-mengah. Nafasnya turun naik seperti seorang yang baru lepas dikejar anjing.

                “eh Farhan. Kau pergi mana tadi?”

                “ni yang aku nak cerita kat kau ni. Wardina..”

                “kenapa dengan Wardina?? Dia buat apa?”

                “susah nak cerita kat kau. Kau pergi jumpa dia sendiri la”

                “dekat mana?”

                “depan makmal sains tingkat empat. Cepat la ke sana. Aku tak tahu la kenapa dengan dia tu.”

                “kenapa dengan dia? kenapa??”

                “kau pergi je ke sana. Kau tanya la dia sendiri. Cepatlah.”

                “ok. Kau ikut sekali tak?”

                “tak. Dia nak jumpa kau seorang je. Tak apa. Kau pujuk la dia dulu. Aku tunggu kat kelas.”

                “ok!”

                Aiman segera berlari menuju tempat yang dimaksudkan oleh Farhan. Sambil berlari, hatinya resah memikirkan apa yang bakal Wardina lakukan. Seolah-olah serius. Dan dia kenal Farhan. Farhan bukan jenis yang pandai bergurau. Farhan tak mungkin menipunya.

                Setelah Aiman sampai di hadapan makmal, dia terlihat kelibat Wardina yang duduk bersandar di dinding. Buku-buku tulis dan teks bertaburan di hadapannya. Kertas-kertas yang dikoyakkan berterabur disekelilingnya. Baju seragam Wardina sedikit kotor kerana terkena debu dan tanah. Tiada sesiapa di situ kecuali dia dan Wardina. Aiman mula bimbang. Bimbang melihat keadaan Wardina sebegitu.

                Aiman perlahan-lahan mendekati Wardina. Wardina merenung ke arah langit. Wardina tidak memandang ke arah Aiman di tepinya. Mungkin masih tidak perasan kehadiran Aiman atau dia sengaja buat-buat tidak perasan.

                “Wardina..kenapa ni?” Wardina tidak menjawab pertanyaan Aiman. Sengaja.

                “Wardina, aku Aiman ni. Kau kenapa? Ada masalah apa? boleh cerita kat aku?” Wardina masih seperti tadi. Sengaja tidak memberi respon.

                “Wardina, pandang aku sekejap. Tak ada masalah yang tak boleh selesai.” Aiman duduk cangkung betul-betul disebelahnya. Kali ini pujukan Aiman berjaya. Wardina memandang kepadanya. Mukanya masam. Matanya sedikit lebam seperti baru selesai menangis.

                “Aiman, aku tak nak ambil SPM tahun ni”

                “eh? Kenapa? SPM kan minggu depan? Kau tak bersedia lagi? aku dan Farhan boleh tolong ajar subjek yang kau rasa lemah”

                “bukan sebab tu…”

                “jadi sebab apa?”

                “aku….aku nak kahwin dengan kau Aiman”

                “Ya Allah. Aku ingat pasal apa la tadi.” Aiman bersandar di dinding sambil menghembus perlahan nafasnya. Lega sedikit.

                “Kau nak kahwin tak dengan aku? Kalau tak nak, aku tak akan ambil SPM!”

                “Wardina, dengar sini elok-elok. Cinta tak pernah salah. Cinta tu lumrah dan fitrah manusia. Dia memang sentiasa wujud dalam diri kita. Tapi Allah mencipta ia bukan untuk suka-suka. Tapi untuk menguji. Sejauh mana manusia mampu mengendalikan cinta yang ada dalam dirinya. Kalau tersilap mengawal perasaan cinta dan melayannya sehingga tersasar dari hukum islam, maka manusia itu telah gagal!”

                “Tapi..aku cintakan kau Aiman. Aku berterus terang. Aku tak permainkan perasaan sesiapa. Aku tak bersalah. Aku cuma mahukan cinta aku. Itu sahaja”

                “Memang kau tak salah Wardina, tapi kau cuma tersilap mengawalnya. Kalau kau faham maksud cinta, iaitu cinta tidak boleh dipaksa, maka kau pasti tidak akan memaksa aku menerima kau”

                “Jadi kau memang tak sukakan aku?” Mata wardina mula ditakungi air mata. Bila-bila masa akan tumpah. Aiman serba salah. Menolak dirasakan salah, menerima juga dirasakan bersalah.

                “Wardina. Kita tetap kawan selama-lamanya”

                “jadi memang kau tak suka aku kan?” Aiman diam seribu bahasa. Tidak tahu mahu memberi alasan apa lagi. Akhirnya air mata Wardina tumpah membasahi tudungnya. Dia tidak dapat menahannya lagi. Wardina menangis teresak-esak. Air matanya dikesat menggunakan lengan bajunya. Habis basah. Aiman hanya mampu memerhati.

                “emm..Wardina. Aku ada benda nak bagitahu kau. Aku tidak cakap aku tak suka kau. Aku suka berkawan dengan kau. Tapi soal jodoh, biarlah Allah tentukan. Kalau dah memang kita jodoh, Allah akan campakkan rasa cinta dalam hati aku untuk kau..”

                Esakan Wardina terhenti tiba-tiba. Dia memasang telinga dengan apa yang Aiman mahu katakan. Aiman kemudian menyambung ayatnya semula.

                “Dengar baik-baik Wardina. Aku rasa kalau kau betul-betul hadam ayat aku ni, kau mesti akan faham maksud jodoh dan takdir.”

                “ok, apa dia?”

                “Jodoh dan takdir bukan di tangan manusia. Tapi di tangan Allah. Kalau kita jodoh, maka Allah akan takdirkan kita saling cinta. Kalau kita jodoh, Allah akan tetap satukan kita walau jarak kita berjuta-juta batu jauhnya. Itu lah yang dinamakan TAKDIR!”

                Wardina terkedu mendengar ayat dari Aiman. Ayat itu betul-betul membuat Wardina berfikir. Dia cuba menghafalnya sebaik mungkin. Aiman jarang berfalsafah sebegitu dengannya. dia tahu Aiman buat begitu untuk memujuk hatinya. Tapi Wardina mengakui kebenaran yang dikatakan oleh Aiman. Dia yang tersilap menilai takdir. Dia selalu menyalahkan takdir sedangkan takdir itu ketentuan dari Allah. Menyalahkan takdir samalah seperti dia menyalahkan Allah.

                Wardina menyeka pipinya yang dibasahi saki baki air matanya. Wardina mula menyimpul senyum. Aiman pun tersenyum melihat perubahan air muka Wardina.

                “dah ok? nah!” Aiman menyerahkan buku-buku tulis dan teks Wardina yang dikutipnya tadi. Wardina menyambutnya dan memasukkan semula ke dalam begnya. Aiman bangun dan menepuk-nepuk seluarnya yang dikotori habuk. Wardina bangun sendiri.

                “Aiman. Terima kasih banyak”

                “sama-sama. Tanggungjawab seorang kawan. Mestilah kena pujuk kawannya kan?”

                “ya..”

                “Jadi..dah ready untuk SPM?”

                “Aku tak ambil SPM kot”

                “laa..kenapa pula?”

                “entah. Tak ada semangat”

                “Wardina, aku ada satu permintaan. Satu je. Aku harap kau boleh tunaikan”

                “boleh, tapi dengan syarat, kau pun kena tunaikan satu permintaan aku. Boleh?”

                “ok janji. Tapi yang penting bukan pasal kahwin”

                “err…ok janji. Apa permintaan tu?” Aiman senyum puas. Taktiknya menjadi. Aiman memandang lama Wardina disebelahnya.

                “permintaan aku yang mesti kau tunaikan ialah kau mesti ambil SPM tahun ni!” Wardina terbeliak. Tidak sangka permintaan Aiman itu. fikirnya Aiman akan meminta sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri.

                “kau dah janji tadi nak tunaikan. Tahun ni kau mesti ambil SPM!” Aiman mengulangi permintaannya. Wardina mengeluh panjang.

                “tapi…”

                “no tapi-tapi”

                “ye lah! aku akan ambil SPM tahun ni!”

                “Alhamdulillah!” Aiman tersenyum ceria. Wardina pula masih seperti tadi. Kusam. Tetapi apakan daya, dia sudah berjanji untuk menunaikan permintaan Aiman. Terpaksa lah tunaikan.

                “jadi, apa pula permintaan kau?” soal Aiman kepada Wardina. Wardina berfikir panjang.

                “Nanti lah aku bagitahu”

                “ok. Yang penting bukan soal kahwin ya!”

                “ya!”

Comments
6 Responses to “Pintu Takdir (Bab 7)”
  1. ila says:

    ce tgk biodata tu wardina.aiman awak lah tu😛

    sampai tanak amek spm eh sebab cinta.hmm cinta mampu buat fikiran seseorang jd tak rasional.tu zaman budak hingusan.sekarang wardina dah matang kann

  2. anon says:

    Kelakar. Teringat zaman sekolah. Haihh..

  3. haha…lawak la…
    xnk amek spm…pas 2 nk ajak org kawen…haha…
    naseb bek ucu skola pompuan…xde la pnh tersuke ke atau rase cmni…walhal,nmpk lelaki pon rase x slese…hehe…
    agaknye klu skola campo mmg banyaknye blaku acam ni kan..hehe :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: