Pintu Takdir (Bab 9)

pintu takdir (backup)

Bab 9 – Siapa penulis surat cinta itu?

                Aiman memandu perlahan keretanya memasuki ruang parkir di hadapan rumahnya. Dia menepatkan keretanya betul-betul di belakang punggung kereta proton wira berwarna merah pekat milik Farhan dengan hanya berjarak 10cm. Hari itu Aiman agak terlewat pulang ke rumah kerana terpaksa menyelesaikan beberapa kerja di sekolah. Sepatutnya dia perlu pulang awal sekurang-kurangnya sebelum isyak. Kerana hari itu ialah gilirannya memasak untuk ahli rumahnya.

                Aiman membelek jam tangannya. Pukul 10.46  malam. Kalau mula memasak sekarang, paling kurang pukul 12 malam baru siap masak dan hidang. Dia tahu Farhan pasti bising. Kerana Farhan perlu tidur awal untuk pergi kerja awal keesokan harinya. Majikannya agak garang. Lambat sikit kena potong gaji. Sebab itu Aiman awal-awal lagi sudah berfikir untuk beli lauk di restoran di tepi jalan semasa perjalanannya pulang ke rumah tadi. Wahid tak apa. Memang jenis tak kisah makan bila-bila. Dia memang jenis duduk dalam bilik menghadap laptopnya dan tak tahu di luar siang atau malam. Semata-mata mahu menyiapkan segala kerja rekabentuk design pelanggannya. Tetapi tidak lah sampai tinggal solat.

                “Assalamualaikum!” Kaki kanan Aiman melangkah masuk ke ruang tamu. Dia perasan Farhan sedang duduk di sofa dan membelek-belek surat khabar pagi tadi.

                “Waalaikumsalam Aiman. Awal balik hari ini? kitorang berdua dah kenyang sangat. Terima kasih lah tolong masakkan untuk kitorang tadi. Memang sedap!”. Farhan menyindir. Matanya tak lepas dari memandang surat khabar di hadapannya. Aiman tersenyum lebar. Dia tahu Farhan sedang menyindirnya kerana lewat pulang dan masih belum masak. Farhan memang jenis sensitif.

                “Amboi. Baiknya perli. Sori la lewat sikit balik. Ada kerja kena selesaikan tadi. Ni lauk aku dah beli untuk makan malam. Tom yam gong kegemaran kau” Farhan yang dari tadi tidak memandang Aiman segera berpaling kepada Aiman. Wajahnya bertukar ceria.

                “Apa? Tom yam gong? wahh. Sedapnya. Jom la. Tunggu apa lagi. Perut aku dari tadi duk buat konsert ni. Sekejap rock, sekejap pop yeyeh. Sekejap irama melayu. Kalau tunggu lagi mungkin akan keluar irama nasyid pulak”

                “kalau macam tu kita sama-sama tunggu keluar irama nasyid dulu la. Aku nak dengar jugak macam mana. Merdu ke tak. haha”

                “hah kau ni Aiman. Orang serius dia buat gurau pulak. Bak sini tom yam tu. Aku dah lapar betul ni. Kau nak makan sekali tak?” Farhan bingkas bangkit dari duduknya dan mengambil bungkusan tom yam dan nasi kosong dari tangan Aiman.

                “Mestilah. Kita makan sekali ya. Makan dalam talam. Tunggu jap aku siap-siap. 5 minit”

                “jangan lupa panggil big boss sekali ya”

                “orait!”

***

                Aiman kekenyangan. Dia masuk ke biliknya dan meletakkan punggungnya di atas kerusi empuk di depan mejanya. Badannya disandarkan ke belakang untuk mendapatkan keselesaan secara total. Kemudian barulah Aiman membelek-belek sampul surat yang baru diperolehinya dari Farhan tadi. Katanya dapat dari peti pos rumah mereka. Aiman hairan sebab dia sudah lama tidak menerima surat peribadi dari sesiapa pun sebelum ini. kalau surat bank dan KWSP itu perkara biasa. Tapi bukan dengan sampul secantik itu. Warna pink lembut dan berbunga-bunga pula. Nama pengirim pun tiada. Hanya tertera nama Aiman, alamat rumahnya dan juga setem 30 sen yang telah dicop oleh syarikat pos Malaysia.

                Aiman malas berfikir panjang. Lagi difikirkan. Lagi banyak spekulasi akan muncul. Lebih baik sampul itu dibuka segera dan dibaca isinya. Pasti akan terjawab segala persoalan yang bermain di mindanya ketika itu.

                Aiman mengoyak perlahan kepala sampul surat itu. Berhati-hati. Bimbang terkoyak isinya. Tak semena-mena bau haruman keluar dari dalam sampul dan terus menusuk ke dalam rongga hidung Aiman. Wangi. Aiman menarik keluar surat dari dalam sampul. Serbuk putih tertumpah keluar. Bedak mungkin. Aiman sudah syak bukan-bukan. Mungkin surat kesinambungan dari sebelum ni. Dia tidak membuang masa. Lipatan surat dibuka dan dibacanya 2,3 ayat pertama dan 2,3 ayat terakhir.

                “memang sah dari orang sama. Niat dan tujuannya juga sama. Mahu meraih kasih sayang dari aku? errr.. Macam-macam budak zaman sekarang ni. Ingatkan bila tak balas surat pertama hari tu dah senyap. Tapi tak. lagi advance. Siap pos ke rumah. Alamat rumah aku ni macam mana dia boleh dapat pun aku tak tahu. Adeh”

                “apa runsing-runsing tu Aiman?” Farhan tiba-tiba muncul di pintu billik Aiman yang tidak bertutup.

                “eh Farhan. Aku ingat kau dah tidur. Kan dah lewat ni?”

                “Belum lagi. Saja ambil angin sikit. Nanti aku tidur la. Ha, kenapa tu? Macam ada masalah je?”

                “Tak ada apa la Farhan. Hal kecil je”

                “Pasal surat tu ke? Kenapa? surat mintak hutang?” Farhan masuk ke dalam bilik dan mendekati Aiman.

                “ishk merepek la kau. Aku mana pernah hutang dengan sesiapa. Dengan kau pun tak pernah kan? Tapi pinjam sikit-sikit tu ada la”

                “Jadi surat dari siapa? secret admire ya? hehe”

                “hmmmmmm” Aiman mengeluh berat.

                “ha! Betul la tu kan? Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak orang minat kat kau ye Aiman selain Wardina kekasih lama kau dulu. Tapi siapa? Lawa tak? Macam mana dia kenal kau?”

                “Kau ni farhan. Aku tengah runsing ni”

                “Aku tahu apa masalah kau. Memandangkan aku ni kawan lama dan paling setia dengan kau. Aku walaupun bekerja sebagai kerani, setakat kerja menilik masalah orang ni aku la paling pakar. Jap aku kena teliti dahi kau. Ada 3 garis besar dan 1 garis kecil. hmmmm.. ini mesti masalah kewangan. Kau nak kahwin tapi duit tak cukup? Betul tak?”

                “Banyak la kau punya tilik. Salah!”

                “Habis tu? Cuba cerita sikit”

                “hmm…tak payah la..”

                “ala..cerita la.. Cerita la..please” Farhan meminta seperti seorang kanak-kanak yang menyuruh abangnya menceritakan kisah dongeng. Aiman menggeleng perlahan.

                “hmm…ok aku cerita. Sebenarnya, ini surat dari anak murid aku. Dia minat kat aku. Tapi aku tak tahu siapa dia. Dia pun tak tulis nama betul dia. Runsing aku. Sebab surat dia ni lah aku jadi tak boleh tumpu masa mengajar”

                “jap. Surat ni kan baru dapat tadi? Macam mana boleh ganggu masa kau mengajar sebelum ni pulak?”

                Aiman malas menjawab soalan Farhan. Dia mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna biru muda dari laci mejanya dan diserahkan kepada Farhan. Farhan menyambut. Farhan terus membaca isi surat tersebut.

                “Laa..dah lama ke masalah ni? Kau tak pernah cerita kat aku pun. Huish ayat. Jiwang karatnya”

                “Malas nak cerita. Sebab aku ingat lepas aku tak layan surat pertama tu, dia akan senyap ja. Tiba-tiba dia hantar sekali lagi la. Apa aku nak buat? Tolong aku Farhan”

                “hmmm..bagi aku mudah je. Kau memang tak nak terima dia kan?”

                “mestilah tak. Anak murid aku kot”

                “kalau macam tu. Kau terus terang je la dengan dia. Kau cakap la kau dah bertunang ke. Baru dia tak kacau kau dah”

                “masalahnya aku tak kenal dia. Aku tak tahu pun siapa dia”

                “hmm…jap. Biar aku tengok surat dia ni. Selain kehebatan aku dalam menilik masalah orang, aku juga hebat dalam menyiasat kes-kes macam ni”

                Aiman malas menidakkan jenaka Farhan. Dia cuma tersenyum. Dalam hati kecilnya, dia berharap Farhan mampu memberi solusi terbaik dalam menyelesaikan masalahnya. Aiman hanya memerhati Farhan yang tekun meneliti kedua-dua surat itu. Kemudian Farhan tersenyum dan menoleh pada Aiman.

                “ha! Aku dah dapat. Cara dia mudah je. Kau bawak surat ni dalam kelas. Lepas tu kau panggil semua anak murid kau untuk tengok dan cam milik siapa tulisan ni. Aku rasa kalau kau buat macam tu, mesti penulis sebenar surat ni mukanya akan berubah. Dan kau boleh nampak perubahan pada muka dia. Lepas tu kau…”

                “cukup-cukup. Aku tak rasa idea tu baik. Mana boleh macam tu. Itu cara mengaibkan. Satunya, kesian kat dia. Dia akan malu besar depan rakan-rakan sekelas dia. Mungkin akan diketawakan dan diejek. Kemudian efeknya mungkin dia akan pindah sekolah dan begitulah seterusnya. Dan yang kedua, aku pun malu. Nanti ada pulak anak murid aku sakat-sakat aku nanti. Lagi parah aku rasa. Ada idea lain?”

                “ya tak ya juga. Kenapa aku tak terfikir macam tu tadi. hmm…jap, kalau cara iklan macam tu mengaibkan. Jadi kena cara selidik lah sampai kita boleh betul-betul cari siapa dia. Jap…hmmm…Ha! Aku dapat idea. Kau ada pegang kertas jawapan anak-anak murid kau?”

                “Sekarang ni tak ada lah. Aku tinggal di pejabat sekolah. Kenapa?”

                “kau ni noob betul la. Apa susah. Kau tengok satu-satu kertas jawapan anak murid perempuan kau. Kau bandingkan tulisan tu dengan tulisan dalam surat-surat ni. kalau sama, dia lah penulis surat ni!”

                “Aah la. Apasal aku noob sangat ni? Terbaik la idea kau Farhan. Kau memang bijaksana. terima kasih banyak”

                “hehe, see my leg la”

                “haha. Ok lah Farhan, bak sini surat tu. Aku nak tidur dulu la. Kepala dah berat ni”

                “eh? dah pukul berapa ni?”

                “12.28 malam”

                “Ya Allah. Lewatnya! Apasal kau tak cakap awal-awal? Mati aku kalau esok bangun lewat ni. Esok kejut aku subuh ya Aiman. Jangan lupa”

                “Insyaallah”

                Farhan berlari anak meninggalkan Aiman keseorangan di biliknya. Aiman tersenyum melihat gelagat Farhan. Dalam lawak, ada solusi. Tergeleng-geleng kepala Aiman memikirkan hal tadi. Aiman bingkas bangkit dan menutup pintu biliknya rapat-rapat. Suis lampu ditekan. Biliknya serta-merta gelap. Aiman segera merebahkan badannya di atas katil singlenya yang empuk. Aiman berfikir panjang. Dia bermuhasabah diri segala kerja dan amalannya sepanjang hari itu. Kemudian dia memaafkan segala kesalahan orang terhadap dirinya. Tiga Surah qul dibaca perlahan dalam hati diiringi doa tidur. Itu lah rutin harian Aiman sebelum memejam mata. Aiman mengeluh perlahan apabila terfikir kembali tentang surat tadi.

                “Astaghfirullahal ‘azim”

***

                Pagi itu Aiman datang ke sekolah lebih awal dari kebiasaan. Hanya dia dan ustaz Jamal sahaja yang berada di sekolah ketika itu. Tujuannya datang awal pada hari itu adalah semata-mata mahu mencari siapakah gerangan yang menulis surat cinta tersebut.

                Aiman tidak mahu membuang masa. Masa yang terluang pagi itu diguna sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi Ustaz Hakim dan Nora masih belum sampai. Lebih mudah lah Aiman membuat kerjanya tanpa diketahui mereka. Aiman tidak berapa suka campur tangan ramai orang dalam masalah peribadinya. Biarlah dia seorang sahaja yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

                Kertas jawapan peperiksaan di mejanya diambil dan dibahagikan antara kepunyaan pelajar lelaki dan perempuan. Kemudian Aiman membelek satu persatu kertas jawapan peperiksaan milik  pelajar perempuan dan dibandingkan dengan surat cinta disebelahnya. Setelah lima minit, Aiman menemui satu kertas jawapan yang tulisannya seakan-seakan tulisan di dalam surat tersebut. Aiman meneliti beberapa kali. Hampir sama. Tapi bukan 100% sama. Kerana tulisan di dalam kertas jawapan lebih comot dan bersambung-sambung. Jika dibandingkan dengan tulisan di dalam surat yang lebih tersusun dan teratur. Tapi hati Aiman yakin penulisnya adalah orang yang sama. Kerana hanya itu sahaja tulisan yang paling hampir jika mahu dibandingkan dengan tulisan-tulisan lain.

                “Sarah binti Majid? tak kan dia kot? Dia budak baik. Pemalu pulak tu. Aku cukup kenal dia. Sejak awal-awal aku mengajar di sekolah ni, dia tak ada ciri-ciri seperti penulis surat ni. Mustahil kot. Tapi tulisan dalam surat ni memang tulisan dia”

                Aiman membelek sekali lagi tulisan surat itu dan dibandingkan dengan tulisan di kertas jawapan. Aiman mengangguk perlahan. Tanda dia pasti tulisan itu memang milik Sarah. Aiman berfikir sejenak. Berfikir bagaimana mahu menasihat Sarah dengan cara paling berhikmah dan lembut. Agar masalah dapat selesai dengan baik dan Sarah tidak terlalu terluka dengan nasihatnya. Dan yang paling penting, Sarah dapat tumpukan pada pelajarannya semula seperti sediakala.

***

                “Ustaz Hakim. Bilik kaunseling kosong tak sekarang ni?” Aiman mendekati ustaz Hakim yang sedang membelek helaian buku di atas mejanya.

                “hmmm.. kosong kot. Rasanya tak ada siapa guna. Kenapa? Ada budak buat kes lagi ke?”

                “aah. Lebih kurang macam tu la”

                “Nak ana tolong apa-apa tak?”

                “eh tak perlu kot. Kes kecik je”

                “ok. Nah kunci. Nanti dah selesai, letak dalam laci atas ni ya. Ana nak balik dah ni” Ustaz Hakim menyerahkan kunci bilik kaunseling sambil menunjukkan kepada Aiman laci yang dimaksudkan.

                “ok insyaallah. Terima kasih banyak”

                “sama-sama”

                Aiman segera keluar dari pejabat dan menuju ke bilik kaunseling selang beberapa bilik dari pejabat guru. Sarah sedang menunggu di depan pintu bilik bersama seorang rakan untuk menemaninya. Sarah tertunduk malu. Aiman membuka pintu bilik kaunseling dan memanggil mereka berdua masuk. Aiman melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik. Kemudian Aiman menjemput mereka berdua duduk di kerusi di hadapannya. Sarah dan kawannya menurut.

                “Assalamualaikum Sarah”

                “Waalaikumsalam Ustaz”

                “hmmm…Sarah kenal surat ni?” Aiman mengeluarkan dua sampul surat dari poketnya. Sarah melihat dan kemudian tunduk semula.

                “kenal..”

                “Jadi Sarah tahu kan kenapa ustaz panggil kamu datang ke sini?”

                “Tahu” Sarah masih tertunduk. Malu mahu bersemuka dengan Aiman.

                “hmm..baguslah kamu tahu. Ustaz tak tahu nak mula macam mana. Tapi kamu tahu kan benda tu salah?”

                “tahu”

                “Jadi kenapa kamu buat juga?”

                “hmm..” Sarah mengeluh perlahan. Kawan di tepinya hanya diam.

                “ok macam ni. Ustaz tak nak marah kamu. Ustaz cuma nak nasihat. Macam ni. Ustaz kenal kamu Sarah. Kamu anak murid ustaz yang baik. Pelajaran kamu juga agak baik. Kamu selalu score. Tapi kenapa kamu sanggup tulis surat cinta ni? Sebab sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kamu mencari cinta. Kamu boleh cari lepas kamu sudah selesai belajar. Sekarang tumpukan perhatian pada pelajaran kamu dulu. Macam mana kalau mak ayah kamu tahu tentang ni? Kecewa diorang nanti”

                “hmm..ustaz. Sebenarnya..”

                “ya?”

                “Tak tahu nak cakap macam mana..”

                “tak apa. Ambil masa. Ustaz tahu mesti kamu tertekan sekarang ni”

                “ok..”

                Sarah mengambil nafas panjang. Kawan disebelahnya menggosok-gosok belakang Sarah untuk menenangkan. Aiman diam. Sengaja mahu memberi masa kepada Sarah untuk menenangkan diri sebelum sesi kaunseling diteruskan.

                “ok ustaz. Pertama sekali, saya nak minta maaf sangat-sangat kat ustaz. Sebenarnya saya tak ada niat pun nak terlibat dalam hal ni. Tapi..keadaan memaksa”

                “Terlibat? Maksudnya? Ustaz kurang faham”

                “Sebenarnya saya dah janji tak akan bocorkan rahsia.. Tapi sampai bila rahsia ni akan tertutup? Akhir sekali pasti terbuka juga kan?”

                “ustaz tak faham. Maksud Sarah?”

                “ok macam ni. Sebenarnya saya cuma tukang tulis surat tu je. Yang suruh saya tulis orang lain”

                “eh? jadi siapa?”

                “hmm..”

                “bagitahu je. Insyaallah ustaz tak akan libatkan kamu dalam hal ni. Kalau dia tanya siapa yang kantoikan dia, cakap je ustaz sendiri yang siasat sampai dapat. Bukan kamu yang bagitahu”

                “tapi ustaz. Saya rasa bersalah pulak nak bagitahu. Sebab saya dah janji dengan dia”

                “Janji kamu dah terbatal sebab janji dalam perkara mungkar tak terpakai”

                “hmm..tapi dia kawan baik saya..”

                “Kalau kamu anggap dia kawan baik kamu, sepatutnya kamu nasihat dia. Bukan tolong dia dalam perkara ni. Kalau dia anggap kamu kawan baik dia, dia tak akan suruh kamu terlibat dalam kemungkaran”

                “hmmm..ok..” Sarah tertunduk malu. Malu kerana khilaf yang dilakukan. Ayat-ayat Aiman seperti menampar-nampar kuat pipinya.

                “jadi siapa orang tu?”

                “ustaz dah tengok nama kat bawah surat tu”

                “Dah. Haysiaitis? Siapa tu?”

                “Ustaz cuba eja dari belakang”

                “hmmmm….Sit..i..ai..syah…Siti Aisyah?”

Comments
2 Responses to “Pintu Takdir (Bab 9)”
  1. ila says:

    Lah siti aisyah pulak.mane dtg dy ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: