Saya orang Malaysia

jalur_gemilang

Sejak aku berada di Jordan ini, ada beberapa perkara yang agak sama dengan ketika aku di Syria dahulu. Iaitu kebanyakan masyarakatnya yang tidak pandai membezakan di antara bangsa-bangsa asing. Apabila di Jordan ini, perkara sama yang berlaku. Bukan sekali tetapi banyak kali. Sehingga ia mengingatkan aku kepada Negara Syria dan masyarakatnya.

Hari-hari pertama aku menjejakkan kaki di Syria, kawan aku membawa aku berjalan-jalan makan angin. Ini adalah pengalaman kali pertama berjalan di tanah arab. Menarik. Banyak perkara baru yang aku jumpa dan belajar. aku suka tengok Bandar dan suasananya. Dan suka tengok perangai masyarakat arab. Sebab sangat-sangat berbeza dengan masyarakat melayu yang aku kenal. Kata kawanku, banyak-banyak arab di dunia ni, arab Syria adalah arab yang paling ‘lembut’. Maksudnya baik dan peramah. Dan pada awal perhatian aku, mereka tak lembut pun. Kasar. Tetapi setelah aku berada di Jordan, baru aku mengakui apa yang telah kawan aku katakan dulu.

Minggu pertama aku di Syria, aku sering kali menaiki servis(van kecil macam teksi) untuk ke mana-mana. Apabila di dalam servis, seorang arab di sebelahku sudah dapat mengesan bahawa aku orang asing yang baru sampai ke syria. Dia pun bertanya.

“enta min bakistan?” (kau ni dari Pakistan?)

“la. Ana malizi” (tak, saya orang Malaysia). Aku memberi senyuman kepadanya. Dia pun membalas. Kami kemudian berdiam diri kerana tidak tahu mahu bersembang apa lagi. Tambahan pula kemahiran berbahasa arab aku masih ditahap yang sangat lemah.

Kami terus berdiam diri sehingga lah servis sampai ke destinasinya. Aku berfikir kembali. Kenapa orang arab tidak dapat mengecam aku ini orang Malaysia. Aku hairan. Ini kali ketiga aku digelar orang Pakistan.

Di rumah, Aku belek-belek muka di cermin. Aku lihat rambutku yang lebat dan panjang sehingga hampir menutup telinga. Aku berfikir. Mungkin ada benarnya. Sepanjang perhatian aku, orang Pakistan kebanyakannya berambut panjang dan lebat. Aku ambil keputusan untuk memotong rambut.

Hari-hari seterusnya, seperti biasa aku mengambil servis untuk ke destinasi. Seorang penumpang arab menegurku.

“enta siini?” (kau orang china?)

“laa, ana malizi” (bukan, saya orang Malaysia)

“masyaallah. Malizia jayyid. Mahathir Muhammad rajul jayyid” (Malaysia ni bagus. Tun Mahathir bagus). Aku tersenyum simpul. Orang sekeliling memandangku.

“al an laisa Mahathir. Al an Abdullah badawi.” (sekarang bukan Mahathir, tapi Abdullah badawi). masa tu abdullah badawi perdana menteri malaysia.

“man hua?” (siapa dia tu?)

“hua wazir jaded fi malizia” (dia perdana menteri baru di Malaysia)

“oh. Malizia bilad islami. Ahsan bilad fil ‘alam. Yasna’ saiyarah wa kombuter” (Malaysia Negara islam. Negara terbaik di dunia. Menghasilkan kereta dan computer). Aku tersenyum. Arab kalau memuji, tak nak kalah.

“walakin suria ahsan min malizia” (tetapi Syria lebih baik dari Malaysia). Sengaja memuji kembali. Kerana orang arab suka dipuji. Dia tersenyum. Kemudian kami berdiam diri sehingga servis berhenti di destinasi yang dituju.

Aku bermonolog sekali lagi. Masa rambut panjang, aku jadi orang Pakistan. Masa rambut pendek, jadi orang cina pulak? Hairan aku dengan orang arab. Mereka ini memang susah nak bezakan antara bangsa-bangsa asing. Ada ketika, aku memakai sweater putih adidas dan buat rambut sedikit pacak, terus ada arab menegur, “enta yabani?” (kau orang japan?). tak kurang juga ada yang meneka aku sebagai orang korea. Tapi yang paling ketara adalah orang china.

Tetapi, Kadang-kadang tekaan mereka ada yang tepat. Bilamana aku memakai baju melayu dan kopiah. Itu sahaja pakaian yang melambangkan kemelayuan pada mata orang arab. Pakaian selain itu, semuanya cina. Ya! Semuanya cina. Kalau tak percaya, datanglah ke Jordan atau Syria untuk merasai pengalaman menjadi orang china palsu. Hatta kawanku yang berkulit sedikit gelap dan mata bulat pun boleh dipanggil orang china.

Aku kadang-kadang terfikir, kalau sekiranya aku memakai pakaian arab, dengan jubah dan serban, atau celak dan selendang, entah-entah aku dipanggil orang arab pula. Kelakar.

Malah, bukan itu sahaja, ada juga sesetengah budak arab menjerit-jerit “ni hao ma” (apa khabar dalam bahasa china) apabila aku melintasi mereka. kadang-kadang mereka merapatkan tangan seperti seorang penganut budha menyembah berhalanya. Kerana apa yang terlintas dalam fikiran mereka ketika itu ialah aku orang china. Sungguh tak patut.

Ada masa aku melayan. Tapi kebanyakannya, aku biarkan. Malas dilayan. Sebab kalau dilayan, mereka makin galak. Pernah sekali, aku sedang membeli barang di kedai runcit. Seorang budak arab datang menghampiri aku, lalu mengatakan aku orang cina. Pantas aku membalas, “ana min malizia. Mush siini” (aku dari Malaysia, bukan dari cina). Budak tu tak percaya. Malas nak cakap banyak, dengan segera aku mengeluarkan kad pengenalan aku dan tunjukkan di depan matanya. Dia merenung lama. Ada bendera Malaysia dan tulisan Malaysia. Dia pun akur dan mengatakan. “mathbut! Anta malizi!” (sah! Kau orang Malaysia). Aku Cuma tersenyum. Dalam hati tengah mengutuk budak tu. Siapa suruh tak percaya cakap aku, kan dah kena kutuk.

Pada pemerhatian aku sepanjang berada di Syria dan Jordan, aku perhatikan kebanyakan arab memang cetek ilmu geografi. Mereka kadang-kadang tak tahu beza Malaysia dan china. Ada yang kata china dan Malaysia jiran. Ada yang kata china adalah Malaysia. Ada pula yang tak tahu Malaysia dan Indonesia adalah jiran. Parah. Kesimpulan yang boleh dibuat, memang kebanyakan arab yang aku jumpa, kurang ilmu geografi dan kebanyakan mereka juga jarang menjelajah ke Negara asia. Itu pasal lah.

Ingat ya orang-orang arab di luar tu. Aku orang MALAYSIA. Bukan china. Walaupun ada sedikit rupa china, sebab nenek orang china. Tapi aku lahir dalam keluarga melayu. Dan aku orang Malaysia. Ya, dan aku bangga jadi orang Malaysia.

Sekian. ^^

Comments
4 Responses to “Saya orang Malaysia”
  1. faqih says:

    siini blh thn lg.. ali baba yg x tahan tu.. arab2,mmg xpnh brubah..huhu

  2. faqih says:

    haha.. mcm2 la dorg nih,apa pn..’arab’ itu tkndung seribu keunikannya yg tersendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: