Hadiah buat perindu

306223_309675005772313_140997829306699_718313_2021922298_n

“macam mana imtihan(peperiksaan) tadi mad? Boleh jawab semua tak?”

“hmm..jawab tu memang la semua. Tapi tak tau betul ke tak”. Jawab Ahmad bersama keluhan kecil. Sahabatnya hanya tersenyum faham.

“bunyi macam lain je mad. Tak apa mad, insyaallah duktur(pensyarah) tolong. Aku pon jeng jugak tadi. Boleh tahan jugak soalan duktur. Soalan standard mufti kot”

“tulah. Nak buat macam mana, malas studi. Padan muka kat diri sendiri. Hehe”.

Ahmad kemudiannya meminta izin dari sahabatnya untuk meninggalkan mereka yang terus bersembang di kafe itu.

“nak pergi mana mad, awal lagi. Lepak-lepak dulu”

“aku nak balik tidur la. Qodo’ malam semalam. Mengantuk sangat ni”

Hati Ahmad runsing memikirkan peperiksaan tadi. Soalan dari duktur tidak lah terlalu susah sebenarnya. Kalau susah, pasti tiada seorang pun pelajarnya yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan pertama dan kedua.

“aku yang malas sebenarnya!”. Jerit hati Ahmad. Dia fikir, marah dirinya sendiri lebih baik dari menyalahkan duktur. Supaya kesedaran timbul bahawa sesiapa sahaja yang malas, pasti gagal. Dan siapa yang berusaha, pasti Berjaya.

Sebaik menjejakkan kakinya di bilik, Ahmad segera duduk dihadapan laptopnya. Membuka lagu kegemarannya. Fikirnya untuk menghilangkan tekanan dan letih ulangkaji malam tadi yang berlarutan sehingga lewat pagi tanpa tidur. Tetapi tekaannya salah. Mana mungkin lagu mampu menenangkan. Ahmad segera menutup aplikasi muzik di dalam laptopnya. Ahmad merebahkan tubuhnya di atas tilam sambil merenung lelangit.

“kenapa aku malas belajar? Niat aku salah ke? Atau memang aku tak rasa kepentingan belajar ilmu syariah? Tapi kenapa aku berada di Jordan ni? Jauh dari Malaysia. Jauh dari keluarga. Untuk apa?”. Ahmad mencipta persoalan dalam dirinya. Dia tahu soalannya pasti tidak mampu sesiapa pun untuk merungkainya kecuali hatinya sendiri. Ahmad kemudian memandang gambar keluarganya yang terpampang kemas di sebalik kaca dan dikelilingi frame plastic di atas rak buku. Ahmad tersenyum seorang diri merenung wajah keluarganya satu persatu. Kemudian matanya terpacak lama di wajah arwah emaknya.

“kalaulah mak masih ada, pasti kegelisahan hati ini dapat ku luahkan padanya. Tapi apakan daya, pendengar setia dan pemberi semangat itu sudah tiada”. keluh Ahmad. Ingatannya terus menangkap satu persatu memori bersama emaknya ketika kecil dahulu. Bila dia sakit, dia mengadu pada emaknya. Bila dia dibuli rakan sekelas, dia menangis depan emaknya. Bila dia mahukan sesuatu, dia minta pada emaknya. Dan bila dia lemah dan malas, dia minta nasihat emaknya. Ahmad tersenyum lagi mengenangkan emaknya yang selalu memberi nasihat. Nasihat yang tidak pernah lupus.

“jangan tinggal solat mad. Jaga adik-adik. Belajar rajin-rajin”

“semoga mak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dicintai oleh-Nya. Ameeen”.

Ahmad kemudian mahu melelapkan matanya. Tapi tidak mampu. Fikirannya menerawang tanpa tujuan. Macam-macam benda difikirkan. Masalah belajar. Masalah persatuan. Masalah kewangan. Masalah ahli rumah. Masalah diri. Masalah umat islam di dunia.

“hah! Apa pula berita di Syria hari ini? Di Somalia? Di Burma? Di Thailand?”

Ahmad segera membuka facebook. Meneliti satu persatu berita baru di dalam ruang notification. Macam-macam post dan share dari rakan facebook dibacanya. Ada berita menarik, ada berita gembira, ada berita sedih. Dan mata Ahmad lama merenung pada post tentang pembunuhan kejam rakyat Syria oleh presidennya sendiri.

Ahmad terfikir sejenak. Kenapa peristiwa berdarah ini masih belum selesai? Sudah lebih 3 tahun ia berlarutan sejak aku meninggalkan bumi barakah itu. Malah semakin teruk? Mungkin ada silap di mana-mana sehingga  bantuan Allah masih belum sampai kepada mereka. Ataukah Allah sengaja membiarkan kejadian ini terus berlaku untuk melihat sejauh mana respon dan tanggungjawab dari saudara muslim yang lain?

“ya, aku sedar, bala yang menimpa bukan sahaja ujian Allah buat mereka, Tapi juga ujian Allah buat saudara islam yang lain. Termasuk aku”

“tapi apa yang boleh aku lakukan untuk membantu mereka? Bantu berjihad di medan perang? Aku tahu aulawiyat(keutamaan) aku di sini. Aku perlu belajar ilmu syariah sebanyak mungkin untuk aku bawa pulang ke tanah air nanti. Kalau tidak mampu memberi banyak pun, sekurang-kurangnya ianya bermanfaat untuk keluarga aku. Ya, kalau perang itu sudah sampai pada tahap kewajiban untuk aku laksanakan, maka aku akan tunaikan”

“bantu dari segi kewangan? Aku bukanlah insan berharta. Keluarga aku juga biasa-biasa. Setakat sumbangan sedikit-sedikit itu aku mampu lah. Tapi bukanlah sampai berjuta ringgit.”

“bantu menyebarkan maklumat dan kesedaran pada masyarakat melalui medium-medium sebaran yang ada. Seperti facebook. Itu aku tahu aku mampu. Dan pilihan terakhir, semua orang pasti mampu. Iaitu doa. Ya, doa itu kan senjata buat orang mukmin? Maka, aku akan tetap dan terus berdoa buat saudara-saudara ku di seluruh dunia. Semoga mereka segera dikurniakan kemenangan dan kebahagiaan di dunia juga akhirat. Ameen”.

Kepala Ahmad berdenyut-denyut. Letih sebab tidak tidur malam tadi dek kerana ulangkaji. Ahmad segera meninggalkan laptopnya terpasang dan dia merebahkan semula tubuhnya di atas tilam yang empuk. Matanya cuba dipejam rapat. Tapi fikirannya terus melayang. Fungsi akalnya tidak mampu untuk dilelapkan meski dipaksa. Tiba-tiba fikirannya terus menangkap pada sebuah nama yang selalu bermain di fikirannya.

“Hana. Apa khabar dia di Malaysia ya? Semoga sihat-sihat selalu”. Ahmad tersenyum nipis.

Khabar dari Hana jarang-jarang dia ketahui. Bukan kerana Hana melupakannya, tapi kerana permintaan dari Ahmad sendiri. Dan Ahmad meminta Hana supaya tidak selalu menghubunginya melalui facebook ataupun mesej. Bukan juga kerana Ahmad membencinya. Kerana rasa sayang Ahmad kepada Hana lah dia memberi cadangan begitu. Kerana sayang bukanlah yang sentiasa berhubung bilamana masih belum mempunyai sebarang ikatan, tapi sayang yang sebenarnya ialah sama-sama ingin menuju ke syurga dan mendapat redha dari-Nya. Itulah erti sayang sebenar.

Kali terakhir Ahmad menghubungi Hana melalui facebook adalah sebulan lepas. Itu rutin biasa mereka berdua. Sebulan sekali atau dua bulan sekali khabar ditanya. Kalaupun mahu berhubung lebih kerap, bukanlah untuk meluah perasaan yang masih belum halal, tapi sekadar bertanya pendapat bagi menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan. Sekadar itu.

Ahmad kemudian berkira-kira tempoh perkenalannya dengan Hana.

“aku kenal Hana masa aku tingkatan 4. Dia baru tingkatan 1. Masa tu tahun 2003. Sekarang 2014. Rupa-rupanya 11 tahun dah kami kenal. Rasa sekejap je masa berlalu.” Ahmad tersenyum seorang diri.

“tapi macam tak sangka kami masih bertahan. Sedangkan kami terpisah jauh sejak 10 tahun dahulu di mana dia dipindahkan ayahnya ke sekolah lain. Sejak hari itu, aku tidak pernah bersua muka dengannya. Tidak pernah sesekali.”

“entahlah. Mungkin sudah jodoh. Allah temukan jodoh aku awal. Nak tengok sejauh mana aku kawal hati dan perasaan ni. Macam mana aku merancang masa depan aku. Kalau ikut kira-kira perancangan aku dan Hana beberapa tahun lepas, kami merancang untuk bernikah tahun 2016. Tidak berapa lama lagi dari sekarang. Aku mesti bersedia!”

Kemudian rindu Ahmad pada Hana tiba-tiba membuak. Hatinya mula berbunga-bunga memikirkan Hana yang sekarang ini entah apa yang dia sedang lakukan. Tanpa sebarang berita, dia tetap optimis yang Hana pasti sedang menjalani hidup seperti biasa.

Ahmad bingkas bangun dari baringnya. Dia menegangkan urat-uratnya yang kendur. Dirinya tiba-tiba semangat. Lesu dan letih tadi hilang terus dari badannya. Dia segera membelek akaun milik hana. Tiada post baru yang kelihatan. Kerana mereka sengaja tidak menjadi ‘friend’ dalam facebook. Namun melihat gambar halus Hana yang menjadi ‘profile picture’ pun sudah cukup membahagiakan hati Ahmad.

Ahmad menghalakan arrow tetikusnya ke arah butang massage di facebook Hana. Dia mahu menanyakan khabar Hana. Apa yang sedang dia buat? Ada masalah ke belajar di UIA? Dah mula exam? Tapi tiba-tiba Ahmad membatalkan niatnya.

“hmmm…tak apa lah. Rindu ini biarlah Allah sahaja yang Tahu. Dia kan yang menciptakan rindu dalam hati ini. Sudah pasti Dia tahu. Dan Dia juga pasti tahu ke arah mana rinduku ini harus pergi. Semoga rindu ini sampai juga padanya di sana melalui doa ini. Tanpa perlu aku beritahu kepadanya. Ameeen”.

Belum pun sempat Ahmad mahu menutup facebooknya, tiba-tiba ada bunyi mesej di facebook berbunyi.

“siapa pula yang mesej time-time ni? Orang nak tidur dah ni”

Ahmad segera membuka mesej inbox.

‘assalamualaikum awak. Apa khabar?’

Ahmad seperti tidak sangka. Baru sahaja dia rindukan khabar dari Hana, tiba-tiba mesej darinya datang.

“memang benarlah rindu itu adalah bisikan dalam doa. Kalau Allah benar-benar redha dengan hubungan ini, rindu kita pasti bersahut”. Bisik Ahmad dalam hati.

‘wasalam. Alhamdulillah. Awak sihat? Exam bila?’

“terima kasih ya Allah”. Getus hati Ahmad tanda syukur tidak terhingga.

Comments
4 Responses to “Hadiah buat perindu”
  1. ila says:

    tengah exam ke?midterm ea?

    mohon doa utk orang nak praktikal ni ^^

    “Kalau Allah benar-benar redha dengan hubungan ini, rindu kita pasti bersahut” thankz for ur wordsssss

  2. faqih says:

    semoga slmt dunia akhirat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: