Realiti bagaikan mimpi

Pagi itu Fazil bangun pagi awal dari kebiasaan. Penuh semangat. Solat subuh dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kemudian setelah selesai, dia membuka video bacaan al-quran surah al-Kahf alunan saudara Fatih Seferagic. Sambil bersila di atas tilamnya dan menghirup air coklat panas bagi menghilangkan sedikit kedinginan cuaca pagi. Fazil berasa amat tenang. Meski masih banyak plannya untuk … Continue reading

Hadiah buat perindu

“macam mana imtihan(peperiksaan) tadi mad? Boleh jawab semua tak?” “hmm..jawab tu memang la semua. Tapi tak tau betul ke tak”. Jawab Ahmad bersama keluhan kecil. Sahabatnya hanya tersenyum faham. “bunyi macam lain je mad. Tak apa mad, insyaallah duktur(pensyarah) tolong. Aku pon jeng jugak tadi. Boleh tahan jugak soalan duktur. Soalan standard mufti kot” “tulah. … Continue reading

Pintu Takdir (Bab 10)

Bab 10 – Di sebalik kisah Aisyah                 Aisyah terjaga dari lena yang panjang. Dia perasan dalam samar-samar ada beberapa individu di sekelilingnya. Semuanya berpakaian seragam putih dan kemas. Ada lelaki ada wanita. Tetapi lelaki cuma seorang dan selebihnya adalah wanita. Mereka semua memberi perhatian kepada Aisyah. Memandang tepat Aisyah yang masih berbaring. Sekali sekala … Continue reading

Pintu Takdir (Bab 9)

Bab 9 – Siapa penulis surat cinta itu?                 Aiman memandu perlahan keretanya memasuki ruang parkir di hadapan rumahnya. Dia menepatkan keretanya betul-betul di belakang punggung kereta proton wira berwarna merah pekat milik Farhan dengan hanya berjarak 10cm. Hari itu Aiman agak terlewat pulang ke rumah kerana terpaksa menyelesaikan beberapa kerja di sekolah. Sepatutnya dia … Continue reading

Pintu Takdir (Bab 8)

Bab 8 – Pertemuan yang dinanti Nora.                 Aiman bersiap-siap untuk keluar rumah. Dia nampak segak dengan mengenakan baju kemeja biru tua dan seluar khakis berwarna kelabu cair. Aiman kemudian menyikat rambutnya ke belakang sebelum mengambil kopiah putihnya dan disarungkan di kepalanya. Misai dan janggut nipisnya dirapikan. Minyak wangi disembur tiga kali di sudut yang … Continue reading

Pintu Takdir (Bab 7)

Bab 7 – Wardina dengan kisah silamnya.                 Wardina berjalan longlai memasuki biliknya. Pintu dibiar terbuka luas. Tudungnya ditanggal dan dilempar ke lantai. Wardina menghempaskan badannya ke atas katilnya yang empuk. Wardina mengeluh. Matanya merenung lelangit bumbung biliknya yang kosong. Fikirannya serabut umpama benang-benang yang tersimpul dan hampir mustahil untuk dileraikan. Dia hampir tidak tahu … Continue reading