Dia selalu berpesan

“bangun la izzy. Solat subuh. Pukul berapa dah ni? Kat luar dah terang benderang. Cepat-cepat” mak mengejutku. “hmmmmm..” aku malas menjawab. “apa hmm? Dah lewat dah ni. Ya Allah..solat la subuh sekejap. Bukan lama. Dua rakaat je pun. Tak sampai 5 minit” mak masih belum berputus asa. Tangan lembutnya tidak berhenti menggoyangkan seluruh badanku. “okla..bangun … Continue reading

Kisah seorang ustaz (siri 2)

Setelah aku menceritakan serba sedikit jenis hukuman yang pernah diberikan ustaz ini kepada kami di asrama dulu, kini aku nak ceritakan kepada anda semua bagaimana ustaz ini menjadi begitu garang dan pelik. Kerana sepanjang aku mengenalinya, aku dapat simpulkan bahawa ustaz ini sebenarnya mempunyai sebab dan alasan yang boleh diterima akal atas tindakan kasar pada … Continue reading

Kisah seorang ustaz

Masa aku sekolah menengah dulu, aku tinggal di asrama. Pelbagai kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Semuanya masih tersemat kemas dalam kotak ingatan ku. Terutamanya kisah seorang ustaz. Ustaz yang sehingga kini masih menjadi misteri. Hidupnya penuh rahsia dan sering menguji kesabaran kami. terkadang kata-kata kesat yang tidak patut dituturkan oleh seorang ustaz … Continue reading

Saintis muda

1995 – asrama sekolah rendah ibnu Khaldun, Klang. Cuti hujung minggu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Bukan pulang ke rumah yang diharapkan, tetapi menetap di asrama bersama kawan sekepala itulah lebih penting dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal beberapa kerat pelajar yang tidak pulang ke rumah. Ketika ini timbullah pelbagai idea dan perancangan pelik-pelik dek kerana … Continue reading

Aku ditinggal ayah

1994 – asrama Sekolah Rendah Ibnu Khaldun – jumaat Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Iaitu hari cuti hujung minggu bagi pelajar asrama. Sabtu dan ahad. Petang jumaat itu warga asrama sedang sibuk mengemas tilam dan menyusun pakaian serta barang  keperluan ke dalam beg pakaian untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Tetapi bukan semua warga … Continue reading

Makhluk halus

*** Perkataan hantu atau makhluk halus mesti tidak asing lagi bagi mereka yang pernah tinggal di asrama. Lebih-lebih lagi kalau asrama itu berhampiran dengan hutan atau tanah perkuburan. Nak tahu cerita tentang makhluk halus yang sentiasa mengganggu aku sepanjang di asrama dulu? Jom ikuti cerita ini. Tahun 1995 – 10.45 p.m Cerita bermula pada satu … Continue reading