Politik atau politaik?

PRU-13 sudah pun berlalu. Tetapi bahang dan kehangatannya masih terasa. Bukan mudah bagi anak muda untuk melupakan peristiwa bersejarah ini. Apatah lagi rakyat Malaysia yang berumur dalam lingkungan 50 tahun ke atas. Yang sempat merasai pahit perit memperjuangkan kemerdekaan sehingga kini. Yang telah melalui 13 kali PRU untuk memilih kerajaan yang baru. Kerana PRU kali … Continue reading

Tunang tiket bermesra?

Apabila menyebut tentang tunang, pasti ramai terbayangkan cincin, majlis pertunangan, ikatan sementara dan tiket untuk berhubung. Di sini saya tidak mahu menjelaskan tentang cincin, majlis dan sebagainya, tetapi saya akan fokuskan kepada tiket untuk berhubung. Ya, tunang itu adalah tiket untuk dua insan berlainan jantina untuk berhubung dengan lebih rapat sebelum betul-betul bersedia ke jinjang … Continue reading

Implikasi bola sepak dalam kehidupan

Sukan bola sepak atau dalam bahasa inggerisnya soccer ialah sejenis sukan yang paling diminati di kalangan penduduk bumi. Malah bukan sahaja peminat sukan ini dari kalangan lelaki, tetapi juga dari wanita. Betapa berprestijnya sukan ini sehingga hampir setiap hari ia menjadi topik bualan di dada-dada akhbar, internet dan sebagainya. Sehinggakan sukan bola sepak ini menjadi … Continue reading

Pra Ramadan: Naik gaji!

“Assalamualaikum semua”. Seorang bos memberi salam ketika memasuki bilik mesyuarat. “waalaikumussalam..”. Jawab pekerja-pekerjanya serentak. “ok, pertama kalinya saya nak minta maaf kepada anda semua kerana keterlewatan saya. Dimaklumkan kepada saya bahawa masih ramai tidak mengetahui apa tujuan sebenar kita mengadakan mesyuarat tergempar ini”. Semua pekerja hanya mengangguk setuju dan tekun menunggu butiran selanjutnya yang akan … Continue reading

Kenapa dengan melayu?

  Sepertinya sudah menjadi penyakit berketurunan dalam diri setiap manusia. Lebih-lebih lagi manusia bernama melayu. Bukan memperlekeh bangsa melayu, tapi semua kita sudah boleh menerima hakikat ini meskipun kita sendiri melayu. Tetapi fokusnya di sini bukanlah semua orang melayu, tetapi segolongan melayu yang agak ramai mempunyai penyakit seperti ini. Nak tahu apa penyakit itu? Jom … Continue reading

Edisi khas ramadhan 1432H : kelebihan bulan ini

Bulan ramadhan sering disebut-sebut oleh orang ramai dengan pelbagai gelaran. Bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan dan pelbagai gelaran lagi yang membawa maksud kebaikan. Tapi kenapakah bulan ini sering digelar dengan pelbagai gelaran yang baik-baik? Adakah terdapat sesuatu pada bulan ini yang tidak terdapat pada bulan lain? Ya, memang ada. Malah terlalu banyak. … Continue reading