Abid dan syaitan

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang abid yang sentiasa mengisi masanya dengan ibadah kepada Allah. Pada suatu hari, sampai berita kepadanya bahawa sekumpulan kaum selalu beribadah menyembah sebuah pokok. Maka abid tersebut marah dan dengan segera keluar dari rumahnya untuk memotong pokok yang menjadi sembahan kaum tersebut. Dalam perjalanan, datanglah syaitan menghalangnya dan berkata syaitan … Continue reading

Kisah Pak Nadir dan tahi ayam

Pada suatu hari di sebuah kampung bernama kampung jalan simpang terdapat seorang lelaki pertengahan umur yang bernama pak nadir sedang berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar. Dia seorang tok siak yang kerja hariannya ialah membersihkan kawasan masjid setiap kali sebelum masuk waktu solat. Sambil itu kerjanya juga memastikan setiap sejadah telah siap dibentang … Continue reading

Tahu atau tidak?

Di Negara gerkhatinistan terdapat seorang alim yang bijaksana. Namanya shah khan. Dia juga merupakan seorang khatib yang sungguh terkenal di negaranya itu. Pada suatu hari, sultan gerkhatinistan telah memberinya tugasan. Iaitu dia mesti berkhutbah jumaat di Negara jiran, kharistan selama 3 minggu berturut-turut tanpa teks. Ia adalah tugasan yang sangat berat. Kerana selama ini, shah … Continue reading

Keldai yang bertuah

Pada zaman dulu kala, terdapat seorang pedagang yang mempunyai hati yang baik. Dia selalu berdagang ditemani seorang anaknya dan seekor keldai peliharaannya yang dijadikan pengangkutan untuk mengangkat barang dagangannya. Pada suatu petang, dia ingin menuju ke sebuah kampung yang dikatakan menjual kain-kain yang berkualiti. Seperti sebelumnya, si bapa akan menunggang keldainya dan si anak akan … Continue reading

Kaki pelacur

Di sebuah pekan di pahang, ada seorang lelaki yang bernama mat atau lebih dikenali dikalangan rakan-rakannya sebagai mat pelacur. Dia dikenali sebegitu kerana dia ialah seorang yang suka melanggan pelacur di mana-mana sahaja dia pergi. pantang meronda ke Bandar KL atau Bandar-bandar selainnya, pasti dia akan melanggan pelacur. Pelacur yang dilanggan pula tidak mengira taraf. … Continue reading

Si tua dan seliparnya

*** Di sebuah kampung yang jauh dari bandar, ada seorang tua yang sangat kuat beribadat. Dia dikenali dikalangan penduduk kampung dengan sifatnya yang mudah memaafkan orang dan seorang yang redha dengan takdir. Seperti kebiasaan, orang tua tersebut bersama penduduk kampung yang lain menuju ke surau untuk menunaikan solat asar bersama. Mereka menyusun selipar di tempatnya … Continue reading