Saya orang Malaysia

Sejak aku berada di Jordan ini, ada beberapa perkara yang agak sama dengan ketika aku di Syria dahulu. Iaitu kebanyakan masyarakatnya yang tidak pandai membezakan di antara bangsa-bangsa asing. Apabila di Jordan ini, perkara sama yang berlaku. Bukan sekali tetapi banyak kali. Sehingga ia mengingatkan aku kepada Negara Syria dan masyarakatnya. Hari-hari pertama aku menjejakkan … Continue reading

Rindu Ramadan di Syria

Syria. Buminya yang berkat kerana didoakan keberkatan oleh nabi Muhammad s.a.w ke atasnya melalui sebuah hadis yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah negeri Syam dan negeri Yaman..”. Keberkatan bumi Syam juga telah disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Isra’ ayat pertama: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke … Continue reading

Seputar kehidupan di Syria

  Semenjak dua menjak ini, rata-rata manusia seluruh dunia sudah mendengar kisah perang di Syria yang sedang berlaku sekarang. Tidak kurang mereka yang bersungguh-sungguh mencari berita terkini tentang syria. Samaada dari berita rasmi Malaysia atau dari sumber-sumber lain termasuk dari facebook. Bagi mereka yang tidak terlalu mengambil endah kisah perang di sana, mereka lebih gemar … Continue reading

Syria bumi berdarah

syria bumi berdarah

  “muhannad, datang sini sekejap. Koh koh koh!” seorang ibu tua memanggil anaknya sambil terbatuk-batuk. “ya ibu. Muhannad datang ni” muhannad duduk dan memegang tangan ibunya yang agak kering dan kasar. Wajah muhannad berubah. Tangan ibunya tersangat panas. Dengan pantas muhannad memegang pula dahi ibunya. ‘demam panas’. Muhannad menduga. “muhannad jangan risau. Ibu sihat je. … Continue reading

Bau najis binatang

Damsyik, Syria – 2009 Tok tok tok!!…. pintu rumah diketuk kuat. Diselangi bunyi loceng rumah yang ditekan bertalu-talu. Ting tong ting tong….Tok tok tok!!. Kami serumah kehairanan. Selama ini jika ada orang yang datang ke rumah kami, pasti beradab. mengetuk pintu perlahan dan bersopan. ini salam pun tidak diberi, pintu pula diketuk kuat. Kemungkinan besar … Continue reading

Marah yang membuak-buak

2008 – Damsyik Pada suatu petang, aku menaiki servis(kenderaan awam di Syria) untuk pulang ke rumah aku yang terletak di bab musolla(nama tempat). Aku duduk di sebelah muallim(pemandu servis). Setelah membayar 10 lira, aku melepaskan pandanganku ke luar tingkap. Servis terus meluncur laju membelah jalan. Servis ini hampir penuh dengan penumpang. Kebiasaannya servis akan betul-betul … Continue reading