Cinta ‘tak logika’
‘Dia cintakan aku, tetapi dia tak pernah pun jumpa aku’. Aku bermonolog sendiri. ‘dia rindukan aku, tetapi dia tak pernah pun melihat aku. Mustahillah! Ini semua menipu. Mana mungkin dia rindu aku tapi dia pernah jumpa aku?. Hahaha..tipu semua ini. Tak lojik’. Aku berfikir kemungkinan logika pada kenyataan ini. Sehingga setakat ini aku masih tidak … Read more
Surat buat si dia
Assalamualaikum w.b.t Kehadapan pemilik rusuk kiri ku, semoga ketika ini kau sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta dan di bawah lindungan redha pemilik segala yang ada di bumi dan di langit. Sengaja aku menuliskan surat ini semata-mata sebagai peringatan kita bersama bahawa cinta itu bukan di tangan kita, tetapi di tangan Sang Pencipta. Mungkin kini … Read more
Syria bumi berdarah
“muhannad, datang sini sekejap. Koh koh koh!” seorang ibu tua memanggil anaknya sambil terbatuk-batuk. “ya ibu. Muhannad datang ni” muhannad duduk dan memegang tangan ibunya yang agak kering dan kasar. Wajah muhannad berubah. Tangan ibunya tersangat panas. Dengan pantas muhannad memegang pula dahi ibunya. ‘demam panas’. Muhannad menduga. “muhannad jangan risau. Ibu sihat je. … Read more
Hafizah
“akmal!” “ya Allah terkejut aku! Kau ni pis, kalau jantung aku lemah tadi, jadi arwah aku tau tak. Tak sempat merasai alam perkahwinan” akmal mengurut-ngurut perlahan dadanya kerana dikejutkan hafiz di tengah jalan menuju ke rumah setelah selesai sesi talaqi kitab di masjid abdulrahman sebentar tadi. “hehe, bagus sangat tu. Sebut soal kahwin, aku … Read more
mari
Solat yang khusyuk mendekatkan kita kepada Allah. Dengan mendekatkan diri kita kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Hati akan tenang dengan kebaikan dan gelisah dengan kejahatan. Hati yang tenang akan memudahkan kita untuk sentiasa di jalannya dan mencuba menuju kejayaan di dunia dan juga akhirat. Insya Allah. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka … Read more
Erti susah
Ada waktunya aku berfikir sendiri. Sampai bila aku harus terus hidup dalam keadaan senang begini. Asalkan minta, semuanya dapat. Asalkan hajat, semuanya tertunai. kerana tidak semua manusia senasib sepertiku. Ada yang tidurnya tidak pernah bertilamkan tilam lembut. Mandinya tidak pernah menggunakan air bersih. Makannya tidak pernah berpinggan. Nasinya tidak pernah berlauk. Semuanya serba kekurangan. … Read more








