Realiti bagaikan mimpi
Pagi itu Fazil bangun pagi awal dari kebiasaan. Penuh semangat. Solat subuh dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kemudian setelah selesai, dia membuka video bacaan al-quran surah al-Kahf alunan saudara Fatih Seferagic. Sambil bersila di atas tilamnya dan menghirup air coklat panas bagi menghilangkan sedikit kedinginan cuaca pagi. Fazil berasa amat tenang. Meski masih banyak plannya untuk … Continue reading
Perkahwinan dan tanggungjawab
Apabila menyebut tentang perkahwinan, pasti ramai yang suka. Lebih-lebih lagi yang masih belum berkahwin. Ya, memang benar perkahwinan itu sering dikaitkan dengan bahagia, cinta, rindu, hidup bersama dan syurga dunia. Namun, ramai yang terlupa atau buat-buat lupa pada satu perkara yang memang tidak dapat dipisahkan dengan perkahwinan. Iaitu tanggungjawab. Tanggungjawab pada erti kata sebenarnya bermaksud … Continue reading
Hadiah buat perindu
“macam mana imtihan(peperiksaan) tadi mad? Boleh jawab semua tak?” “hmm..jawab tu memang la semua. Tapi tak tau betul ke tak”. Jawab Ahmad bersama keluhan kecil. Sahabatnya hanya tersenyum faham. “bunyi macam lain je mad. Tak apa mad, insyaallah duktur(pensyarah) tolong. Aku pon jeng jugak tadi. Boleh tahan jugak soalan duktur. Soalan standard mufti kot” “tulah. … Continue reading
Bercinta, biarlah ke syurga
Adam. Suatu ketika dahulu. Di saat dirinya masih muda, Jiwanya terlalu mentah, Akalnya masih cetek, Imannya masih lemah, Adam terjebak di dalam cinta remaja sewaktu alam persekolahan. Adam tahu semua itu salah, namun hatinya tidak mampu melawan keinginan nafsu yang kuat menarik. Adam sedar semua itu tidak betul, namun akalnya pendek memikirkan kenikmatan yang sementara … Continue reading
Saya orang Malaysia
Sejak aku berada di Jordan ini, ada beberapa perkara yang agak sama dengan ketika aku di Syria dahulu. Iaitu kebanyakan masyarakatnya yang tidak pandai membezakan di antara bangsa-bangsa asing. Apabila di Jordan ini, perkara sama yang berlaku. Bukan sekali tetapi banyak kali. Sehingga ia mengingatkan aku kepada Negara Syria dan masyarakatnya. Hari-hari pertama aku menjejakkan … Continue reading
Berfikir sebelum bermaksiat
Melakukan dosa atau maksiat itu biasanya dirasakan indah. Luarnya cantik. Rupanya menarik. Malah melakukan dosa biasanya lebih mudah dari melakukan ibadah. Pelbagai jalan dan cara terbentang luas untuk melakukan dosa. Jalannya terbuka dan lurus. Dan biasanya melakukan ibadah pula, jalannya sempit dan bersimpang siur. Kerana itu tidak mustahil ramai manusia lebih memilih untuk bermaksiat pada … Continue reading