Lif berpenghuni (episod 14)

PERKARANGAN MAHKAMAH SYARIAH – Kuala Lumpur

Seorang demi seorang hadirin berjalan keluar dari bangunan mahkamah melalui pintu utama. Perbicaraan kes bunuh di flat sri wangi, kelana jaya baru sahaja selesai. Pesalah bernama Ibrahim Johari bin Abdul Halim dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda berjumlah RM15,000. Pihak Penuduh yang bernama Cheng Pha Lee yang juga anak kepada mangsa yang bernama Cheng Hoi Fui menang atas pertuduhannya.

***

“Alhamdulillah dah selesai semua” khair menghembuskan nafas kelegaan.

“Alhamdulillah? Encik khair suka la ayah saya masuk penjara?” razak tidak berpuas hati dengan kenyataan khair yang juga menjadi salah seorang saksi dalam kes perbicaraan sebentar tadi.

“bukan suka, tapi tenang sikit sebab kes dah selesai. Yang bersalah sudah dijatuhkan hukuman setimpal dan mangsa dapat semula haknya. Kita redha dan doa sahaja. Semua ni ketentuan dari Allah untuk hambanya. Bersabar ye” khair menggosok perlahan bahu razak.

“tapi kenapa ayah saya….”

“bersabarlah razak. kan saya dah cakap tadi, semua ini ketentuan Allah. Kita hanya boleh redha. Kebenaran tidak boleh disorok. Jika kita sorok meskipun pesalah itu ialah dari darah daging kita sendiri dan mangsa ialah orang bukan islam, bermakna kita tidak amanah dengan Allah. Bukan tu sahaja, bimbang kita jatuh ke dalam kesalahan bersubahat” khair menasihati.

“okay. Saya faham semua tu. tapi encik khair pun mesti faham perasaan saya sekarang. Seorang ayah yang selalu menjadi tempat rujukan saya dimasukkan dalam penjara dan terpaksa hidup berjauhan dengan saya. Orang gila je tak sedih” razak melepaskan geram terhadap sikap khair yang seperti tidak berperasaan.

“hati siapa tak sedih kalau orang kesayangan kita masuk penjara? Saya pun sedih jugak. Walaupun ustaz Ibrahim bukan ayah saya, tapi ustaz Ibrahim selalu mengajar saya erti kehidupan. Saya sudah anggap dia sebagai ayah saya sendiri. Dan bagi saya, inilah pengajaran paling berharga yang diajar oleh seorang ustaz yang sebenar. Kerana seorang ustaz bukan sahaja dituntut untuk menyampaikan ilmu, tetapi juga dituntut untuk menjadi contoh teladan kepada masyarakat sekeliling dengan mempraktikkan ilmu yang diajar. Razak terimalah dengan hati terbuka. Semua ini bukan kehendak saya, tapi didesak oleh ustaz Ibrahim sendiri. Dia sendiri mahu dihukum. Dia lebih rela dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat yang jauh lebih berat dan pedih. Insyaallah suatu hari nanti razak akan Nampak hikmah disebalik semua ini. Insyaallah. Redha ye” khair memujuk.

“huh…okey saya redha” razak mengalah kerana tiada hujah kuat untuk membalas.

Razak menoleh ke belakang kerana merasakan ada seseorang sedang mengikuti rapat pergerakan mereka sejak tadi. Telahan razak tepat apabila dia mendapati mr.cheng memasang telinga mendengar semua yang dibincangkan oleh mereka tadi. Razak segera membuat isyarat kepada khair supaya menoleh ke belakang. Tetapi mr.cheng sempat menukar arah langkahnya apabila perasan razak memerhatinya tadi.

“kenapa razak?”

“mr.cheng kat belakang kita tadi. Dia dengar je apa yang kita bualkan. Apa yang dia tak puas hati lagi pun saya tak tau. Geram juga tengok muka dia kat mahkamah tadi. Muka bangga je bila diputuskan dia menang perbicaraan. Lepas tu lagi geram bila dia menolak permintaan encik khair tadi untuk mengurangkan tempoh penjara kepada 5 tahun” razak melepaskan perasaan geramnya setelah memastikan mr.cheng sedang berbual dengan keluarganya di kawasan parkir kereta.

“sudah-sudah lah tu razak. benda dah selesai. Nak buat macam mana. Memang dia punya alasan kukuh untuk menghukum ustaz Ibrahim. Mungkin juga dia dan keluarga dia dah bincang panjang hal ni. Kita redha je la ye” khair memberi nasihat.

“yelah ustaz khair” razak sengaja menggunakan perkataan ustaz di depan nama khair kerana terlalu banyak menasihati seperti seorang ustaz menasihati anak didiknya.

“apa-apa je la razak. ha, lupa pula nak tanya. Mana keluarga razak? diorang dah balik ke?”

“ada lagi. Diorang sekarang kat bilik menunggu khas. Nak jumpa ayah sebelum ayah masuk penjara. Nanti bila pihak polis dah bawa ayah sampai bilik tu, diorang akan telefon saya”

“owh. Bagus sangat macam tu. kita pergi sekarang je la. Tak perlu tunggu keluarga razak telefon. Takut tak perasan. Lagipun saya ada benda penting nak bincang dengan ustaz Ibrahim dan pihak polis. masih ada perkara yang belum selesai”

“belum selesai?”

“ya, nanti razak tahu juga. Jom kita pergi”

***

Mr.cheng yang sedari tadi memerhati khair dan razak dari jauh, merasakan sesuatu perasaan yang pelik. Mr.cheng merasa pelik kerana hubungan khair dan razak sedikit pun tidak terjejas meskipun khair sendiri yang menjadi saksi dalam kes tersebut sehingga menyebabkan ustaz Ibrahim dikenakan hukuman penjara. tambahan pula razak tidak menunjukkan reaksi yang kebiasaan dilakukan oleh keluarga pesalah yang dikenakan hukuman. Pada kebiasaannya keluarga pesalah pasti akan menangis dan meraung.

“kenapa mereka macam biasa je? Macam tak ada apa-apa perasaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pelik!”

Mr.cheng segera memutar kembali ingatannya pada perbualan khair dan razak sebentar tadi. Baginya perbualan itu sangat ajaib. Tidak pernah dia menjangkakan perbualan seperti itu. Seorang menyabarkan seorang lagi dengan kata-kata penuh kesederhanaan. Malah diulang-ulang perkataan redha. Apa itu redha? Perkataan Allah juga disebut. Malah akhirat. Apa semua itu?

Mr.cheng segera mengeluarkan telefon bimbit dari poketnye. Sesuatu yang penting dicatat di dalam note. kemudian di’save’ dan diletakkan di paparan utama telefon bimbitnya. “balik nanti aku pasti cari sampai dapat maksud semua perkataan ni”. Kemudian mr.cheng segera menyisipkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket.

***

BILIK MENUNGGU KHAS

Kelihatan semua ahli keluarga ustaz Ibrahim berada di situ. Semuanya berjumlah 5 orang tidak termasuk razak. 3 orang adik lelaki, seorang ibu dan kakak. Masing-masing termenung jauh mengenangkan nasib ustaz Ibrahim yang bakal dihukum penjara. Razak terus mendapatkan ibunya yang masih tidak perasan kehadirannya dah khair sejak tadi.

“mak, mana ayah? Tak datang lagi?”

“belum zak. Tadi ada polis datang. Dia cakap lagi 10 minit abah kamu datang” mak razak mengesat sisa air matanya di pipi sambil memeluk pilu badan razak.

“sabar mak. Redha. Insyaallah ada hikmahnya” razak memujuk. Khair hanya memerhati dari sudut bilik. Sambil tersenyum.

“mak tak tau la lepas ni mak boleh hidup ke tak. Baik mak mati….” Tangisan mak razak semakin menjadi.

“mak…tak mahu cakap macam tu. tak baik mak. Ingat Allah. Semua benda ni terjadi atas kehendak-Nya. Kita sebagai hamba hanya merancang. Dia yang tentukan..”

“tapi siapa nak tanggung kita? Selama ni ayah je la yang tanggung. Lepas ni tak tahu la”

Kakak razak mencelah untuk meredakan keadaan, “mak, saya kan ada. Jangan risau. 2 minggu lagi saya mula kerja di bank islam. Saya rasa gaji sebanyak tu dah cukup untuk tanggung keluarga kita”

Khair yang memerhati dari jauh tersentuh dengan situasi tersebut. khair mula berkira-kira untuk membantu keluarga razak. mencongak jumlah simpanan yang berbaki dalam akaun bank. ‘rasanya cukup kot untuk tampung keluarga razak dalam masa sebulan’.

“err…razak. sini sekejap. Ada benda nak bincang. Sekejap je” khair memanggil razak sambil menunjukkan isyarat tangan. Mak razak yang baru perasan kehadiran khair terus melenting.

“owh..ni la kawan razak tu? dia ni pengkhianat tau tak. Sebab dia la abah kamu masuk penjara. Dia la punca keluarga kita susah. Pergi kau dari sini. pergi!” reaksi mak razak mengejutkan semua orang di bilik itu. Razak segera merapati maknya dan memujuk. Kakak razak juga turut merapati. Khair hanya diam seribu bahasa.

“mak, dia tak bersalah. Dia ada sebab tersendiri buat macam tu. nanti tunggu mak reda dulu baru razak cerita kat mak. Sekarang ni mak banyak-banyak bersabar ye”

“mak tak kira! Dia jahat! Dia punca segala-galanya. Pergi kau!” mak razak tidak terkawal. Seolah-olah dirasuk jin. Razak dan kakaknya cuba meredakan.

“assalamualaikum sayang…”

“abang!” berlari mak razak dan memeluk rapat sebatang tubuh sasa ustaz Ibrahim. Tangannya bergari dan diiringi oleh 2 orang anggota polis berpangkat sarjan. Mereka hanya memerhati. Kemudian keluar dari bilik dan menunggu diluar pintu.

“sabarlah sayang. Kenapa menangis ni? Terima sahaja apa yang bakal berlaku. Kan abang dah pesan sebelum ni lagi. semuanya ada hikmah, insyaallah”

“abang. Semua ni terjadi sebab dia kan?” jari telunjuk mak razak tepat menuju ke arah khair yang masih berdiri di sudut bilik.

“bukan la sayang. Abang sendiri yang mahu dipenjarakan. Abang yang berdosa. Abang lebih rela dipenjara daripada diseksa di akhirat kelak” kata-kata ustaz Ibrahim mematikan kalam mak razak. tiada lagi ayat untuk menangkis hujah itu.

Khair yang memerhati sempat tersenyum apabila ustaz Ibrahim memandangnya. Ustaz Ibrahim membalas. Kemudian khair menunjukkan isyarat tangan memanggil ustaz Ibrahim. Ustaz Ibrahim tahu pasti ada hal mustahak yang ingin dibincangkan oleh khair.

“err..sayang. sekejap ye. Abang nak jumpa khair sekejap. Ada hal penting nak cakap dengan dia. Sekejap je. Tak lama” mak razak mengangguk dan melepaskan pelukan. ustaz Ibrahim merapati khair. Kemudian mengambil kerusi dan duduk bertentangan dengan khair.

“assalamualaikum khair. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”

“waalaikumussalam ustaz. Saya nak mintak tolong ustaz sikit. Tentang benda di dalam lif tu. saya harap ustaz dapat buang supaya tak ada orang lain yang jadi mangsa lagi. lagipun benda tu kan ustaz yang letak?”

“hmm..insyaallah. nanti saya mintak kebenaran dari pihak polis. harap-harap boleh”

“terima kasih banyak ustaz. Baru-baru ni saya ada mintak tolong beberapa ustaz di kawasan flat tu, tapi semua tak berani bila diorang tahu ada kes kematian disebabkan benda tu. lagipun ada yang cakap benda tu tak boleh dibuang oleh orang lain selain pemiliknya. Saya rasa ustaz mampu”

“sebenarnya benda di lif itu pun bukan saya punya. Orang lain punya.”

“maksud ustaz? Siapa punya?”

“nanti saya akan ceritakan. Insyaallah”

Ustaz Ibrahim meninggalkan khair dalam kebingungan. Timbul persoalan baru di benak fikiran khair. Persoalan yang kembali mengikat segala jawapan yang diperolehnya sebelum ini.

‘rupa-rupanya ada lagi yang aku masih belum tahu tentang lif itu’

# Bersambung lagi….hihi…exam awal sem dah dekat…lagi 2 hari. Doakn ye…mekasih^^

Comments
20 Responses to “Lif berpenghuni (episod 14)”
  1. cheqna says:

    Assalamualaikum dik..

    tunggu sambungan kisah ni…err…mcm betul2 je or mmg betul? 🙂

    Good luck with your exam…insyaAllah u’ll do well, trust in yourself ok?

    • izzysabki says:

      waalaikumussalam….

      cerita ini adalah rekaan semata2..tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yg tlah mninggal dunia…

      terima kasih banyak cheqna sbb doakn exam..ameen~

  2. dhiera says:

    tiba-tiba rasa biar lah cerita ni lambat habis. hek.

    Good luck ye izzy~

  3. dina darwina says:

    suke baca karya izzy..teruskan yerw izzy..good luck izzy utk exam awal sem

  4. ila says:

    salam
    mr cheng cam bminat ngn islam,tak lama lagi tu kan writer^^
    bittaufiqwannajah,do the best k=)

  5. incik says:

    menariknya cerita ni..first time singgah sini..terus suka cerita ni..

  6. embun pagi says:

    suka3..

  7. misza says:

    timbul konflik yg lain pulak.
    x pe. tunggu jawapannya dalam next episod.

  8. Zamri says:

    Izzy,buat novel seram la.serius,gaya bhsa dah sdp.setanding novelis.

    • izzysabki says:

      yeke?tp ana rasa masih sgt jauh dr novelis zaman skrg..kne bljar lg insyaallah,trutama dr anta..apa2 pon syukran ye zamri:D

      • Mawar says:

        Assalamualaikum..dah xde sambungan ke citer ni..nk tahu jugak kesudahannya..cerita yang menarik:)

      • izzysabki says:

        hehe..nasib baik ingtkn..insyaallah akn smbung smula..aritu trhnti sbb byk hal kne slesaikn..idea xkuar plak…trima kasih ingatkn:)

  9. Mawar says:

    sama2, hehe..bkn apa cerita ni ada klainan dan keunikan yg tersendiri..syg lau terhenti cam 2 je:)

    • izzysabki says:

      hehehe…2 la…mmg nk sambung..tp sbnrnye ada beberapa halangan dr segi kekurangan info dn mklumat brkaitan jalan crita yg strusnya…tp insyaallah itu sume akn dihadapi wlaupon trpksa mngakhiri cite ni dgn jln cite yg agak songsang:)

Leave a reply to izzysabki Cancel reply