Bau najis binatang

Damsyik, Syria – 2009

Tok tok tok!!…. pintu rumah diketuk kuat. Diselangi bunyi loceng rumah yang ditekan bertalu-talu. Ting tong ting tong….Tok tok tok!!. Kami serumah kehairanan. Selama ini jika ada orang yang datang ke rumah kami, pasti beradab. mengetuk pintu perlahan dan bersopan. ini salam pun tidak diberi, pintu pula diketuk kuat. Kemungkinan besar orang yang kurang beradab itu ialah arab. Aku bersama ahli rumah segera bangkit dari duduk dan membuka pintu.

*dialog asal adalah bahasa arab tetapi telah diterjemah kepada bahasa melayu*

“assalamualaikum, bau apa teruk sangat ni?” seorang makcik arab berbadan besar bertanya sambil menutup hidung dengan kain tudungnya.

“bau? Maksud makcik?” kawanku bertanya semula kerana kurang faham maksud soalan tersebut.

“kamu ada bela binatang ke? Ini bau najis binatang”

“binatang? Bila masa pula kami bela binatang? Kalau tak percaya, masuklah tengok”

Makcik arab itu sambil menutup hidungnya, masuk tergesa-gesa ke dalam rumah kami tanpa sempat melucutkan kasutnya. Pada mulanya dia masuk ke bilik air dan tandas. Sedetik kemudian dia keluar semula. Kemudian menjenguk sekitar ruang tamu. Kami hanya memerhati tingkah laku makcik itu. Kami kehairanan. Bau apa yang cuba makcik ini maksudkan?. Makcik arab itu masih tidak berpuas hati. Kali ini dia masuk pula ke dalam ruang dapur. Seminit kemudian dia keluar dengan segera.

“haa…bau ni lah! Bau najis kuat sangat kat dapur ni”

Kami bertambah hairan. Kami segera ke dapur. Mencari sesuatu yang busuk. Tapi tiada apa yang kami temui.

“tak ada apa-apa pun. Bau ok je. Mungkin hidung makcik kot yang bau busuk.”

“korang jangan main-main dengan aku, aku boleh report polis sebab korang ganggu ketenteraman tetangga.” Makcik arab itu melepaskan geramnya.

Aku yang melihat gelagat makcik tu, menggaru-garu kepala. Mencari sesuatu yang agak busuk di rumah kami. stokin, kasut, sampah… makanan…. Ha! Aku dapat jawapan. Aku mengambil sepinggan nasi goreng di atas meja lalu ku hulurkan kepada makcik tu. makcik itu menolak kerana menyangka aku mahu menghidangkan makanan padanya. Aku hulurkan semula dan memberitahunya maksud sebenar.

“makcik, saya bukan nak bagi makcik makan, nak makcik cuba bau makanan ni. Mungkin yang ini makcik maksudkan”

Makcik itu mendekatkan hidungnya dengan pinggan itu.

“ya Allah! Busuknya! Inilah bau busuk tu. korang buat apa dengan makanan ni? Korang makan ker??”

Aku dah agak, rupanya bau nasi goreng ni busuk. Korang nak tau tak sebab apa nasi goreng ni busuk sangat bagi makcik arab tu? sebab masak guna BELACAN dan IKAN BILIS……..

belacan dan ikan bilis yang sedap

Ya, bagi arab bau belacan dan ikan bilis ni macam najis binatang. Kejam kan arab ni. padahal belacan dan ikan bilis lah antara makanan feveret aku. Tak apa lah, hidung masing-masing. Lepas je kejadian tu, kitorang berhati-hati dalam memasak sesuatu. Penggunaan belacan dan ikan bilis dikurangkan. Dan tingkap dapur ditutup rapat supaya bau tidak naik ke atas. Nasib badan.

Sekian….

Comments
32 Responses to “Bau najis binatang”
  1. kpah k-poh says:

    macam tu sekali yaaaaaa…terasa terhina lah pulak…hahahhaaaa…

  2. mak lagenda says:

    Isk..x aci la gitu. tu kan makanan sesbuah negara, Tak leh la hina smpi gitu sekali.

  3. uncle says:

    mgkin sebab lubang idung depa besaq..sebab tu tak tertahan nak bau belacan dengan ikan bilis hahaha

  4. misza says:

    depa tak rasa, memang tak tau.
    ntah² kalau dah rasa jadi suka…

    • izzysabki says:

      huhu…blh jadi gak…sbb mule2 dulu sy pon xminat lgsung maknan arab..tp bile cuba suka plak…

      mcm ada sorg kwn arb ni,dia paling suka karipap dan kueh batik…mknanya btul la kata2 pepatah..xknl maka xcinta:D

      • misza says:

        izzy duk sana dah jadi suka makanan arab ye. makanan arab ni macam kurang rasa(macam diet sihat), sebab lauk dia tak de belacan kot. hehehe…

        ‘kueh batik’ camne yer

      • izzysabki says:

        wahh….ni mst xpnah rasa lg mknan arb ni..sbb 2 xtau…xknl maka xcinta:D

        silap..bkn kueh batik,tp kek batik:D

  5. nurul says:

    hikhik!! lawakla plak..(^_^)

  6. dina darwina says:

    belacan dn ikan bilis lah sedap..org arab ne tersentap dina huhu

  7. erk ? najis binatang ? patik berasa amat terhina kerana itu makanan feberet patik , huh ! rugi tol insan yang membenci belacan yang tidak bersalah tu , huuuu~

  8. jojo says:

    mksih mas infonya

  9. mJ o mJ says:

    hahah… zolim beno mereka.. mJ lagi suka belacan +++ ikan bilis lak kan.. belum masuk petai , jering… woaaaaaa!!!

  10. yanie j says:

    pehh…boleh pulak cakap tahi najis binatang…iskk3,xpatuttt.
    belacan le sodap….makcik tu lom rasa lagi,kalau daaa rasaaaa silap2 umahh dia penuh dgn belacan HAHAAHAHHAA

  11. Scya Lollita says:

    mcm ni lah jdnye kalo slere berbeza . adoii ,susa gak dok oversea kalo cmni . mau kempunan sambal belacan -__-

  12. Cik Rabbit says:

    cian Mak cik Arab tu..xde life hidup kalo xmakan belacan dan ikan bilis..kih kih kih

  13. Hawa 'iffah says:

    Hehehe.lawak eh

  14. Hadijah says:

    haha…aduii, akk ingat apa jer tadi..
    emm adat merantau la izzy..nak wat mcm ne..
    kena hormati antara satu sama lain..jaga rukun persaudaraan tu kan perludlm Islam..
    Sabar jer la yer..huhu.. ^_^

  15. izzysabki says:

    tgh bersabar la ni kak:D

  16. zue says:

    hehehehe,..klakonyer,..tp geram pon ado! feberat akak gak tu,..hehehehe jadi pak2 arab ni xmkn belacan n ikan bilis eee,..sian nyer,..xdpt dorang merasa nikmatnya,..hehehehehe

Leave a reply to izzysabki Cancel reply